Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan
Jenis/bentuk sahKerajaan
Ditubuhkan1959
Ibu pejabatKota Bharu, Kelantan, Malaysia
Tokoh pentingYBM. Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz (Pengerusi)
PemilikKerajaan Negeri Kelantan
Tapak webwww.spn.kelantan.gov.my (Portal Rasmi)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan (SPN) ditubuhkan di bawah peruntukan dalam Perkara 61 Bahagian Yang Pertama Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan. Ia memainkan peranan penting dalam aspek Pengurusan Sumber Manusia Negeri Kelantan.

Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan merupakan badan pengasingan atau sebagai badan bebas. Penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan bermula pada tahun 1959 setelah cadangan penubuhannya dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Kelantan (DUN) pada 14 April 1959. Pada 21 Mei 1959 cadangan penubuhannya diluluskan. Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan ditubuhkan secara rasminya pada 25 Jun 1959 dan penubuhannya dikuatkuasakan.

Bidang tugas yang terdapat dalam Suruhanjaya ini termaktub dalam Perlembagaan Negeri dan ia bertanggungjawab terhadap semua kategori kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan iaitu merangkumi semua jawatan daripada Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan Profesional dan Kumpulan Sokongan.

Dalam melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan, Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan sentiasa memastikan segala tindakan dan keputusan yang dibuat tidak terkeluar dan selari dengan dasar-dasar dan garis panduan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia melalui Pekeliling-pekeliling Perkhidmatan, Perintah-Perintah Am Kerajaan, Surat-surat Arahan dan lain-lain sumber rujukan dari semasa ke semasa.

Ahli-Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan[sunting | sunting sumber]

Pengerusi

YBM. Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz (Tengku Temenggong Kelantan)

Timbalan Pengerusi

YBhg. Dato' Hj. Nik Kazim bin Hj. Nik Yusoff[1]

Ahli-Ahli:

YBhg. Dato' Ir. Yusoff bin Ismail
YBhg. Dato' Nik Kamaruddin bin Ismail
YBhg. Jeneral (B) Tan Sri Dato' Sri Nik Ismail bin Nik Mohamed
YBhg. Dato' Azmi bin Mohd Ali
YBhg. Dato’ Hj. Serpudin bin Mohamad
YBhg. Dato' Hj. Mohd Faudzi bin Che Mamat

Alamat[sunting | sunting sumber]

Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan
Blok 6, Kompleks Kota Darulnaim
15503 Kota Bharu, Kelantan
TEL : 09-7485089
FAX : 09-7486884
EMAIL : spn[at]kelantan.gov.my

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]