Suruhanjaya Persaingan Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Suruhanjaya Persaingan Malaysia
MyCC
Intisari agensi
Dibentuk2011; 13 tahun yang lalu (2011)
Bidang kuasa
Kerajaan Malaysia
Ibu pejabatTingkat 15, Menara SSM @Sentral, 7 Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral, 50623 Kuala Lumpur, Malaysia
Eksekutif Agensi
  • Iskandar Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif
  • Hishamuddin Yunus, Pengerusi
Agensi induk
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia
Laman sesawang
www.mycc.gov.my

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) ialah badan bebas, separa kehakiman Malaysia yang ditubuhkan bagi menguatkuasakan Akta Persaingan 2010. Peranan utama MyCC ialah untuk melindungi proses persaingan bagi kepentingan sektor perniagaan, pengguna dan ekonomi. Ia ditubuhkan pada 2011 dan merupakan agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia.[1]

Sejak 2013, MyCC telah mewujudkan Program Geran Penyelidikan yang bertujuan bagi menggalakkan kajian mengenai isu-isu persaingan dalam konteks ekonomi, dasar dan undang-undang persaingan di Malaysia.[2]

Pada Mac 2017, agensi ini juga berjaya menghantar isyarat kuat untuk komuniti perniagaan di Malaysia mengenai kewajipan dan pematuhan.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Suruhanjaya Persaingan Malaysia siasat komplot tipu tender, lapor polis". The Malaysian Insight. 25 Ogos 2019. Dicapai pada 22 September 2020.
  2. ^ "Geran Penyelidikan Suruhanjaya Persaingan Malaysia tahun 2019". Universiti Kebangsaan Malaysia. 27 Ogos 2019. Dicapai pada 22 September 2019.
  3. ^ "MyCC berjaya hantar isyarat kuat kepada komuniti perniagaan di Malaysia". Utusan Borneo. 7 Mac 2017. Dicapai pada 22 September 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]