Suruhanjaya Stratigrafi Antarabangsa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Suruhanjaya Stratigrafi Antarabangsa (Bahasa Inggeris: International Commission on Stratigraphy, ICS), merupakan pertubuhan sains yang berkecimpung dalam hal-ehwal stratigrafi, geologi, dan geokronologi sedunia.

ICS merupakan anak pertubuhan dan lembaga sains terbesar dalam Kesatuan Antarabangsa Sains-sains Geologi (IUGS), malah merupakan jawatankuasa pengkaji tetap yang lebih kerap bersidang daripada sidang-sidang empat tahun sekali IUGS, apabila bersidang sebagai kongres atau keseluruhan keahlian.

Tujuan[sunting | sunting sumber]

Salah satu tujuan utamanya sebagai projek yang dimulakan pada tahun 1974 adalah memantapkan sebuah piawaian aneka bidang dan skala masa geologi sejagat yang akan mempermudah perbandingan paleontologi dan geobiologi antara rantau berasaskan penanda aras dengan kriteria strata yang ketat dan rapi iaitu Global Boundary Stratotype Section and Point (GSSP) di dalam rekod fosil (iaitu sesebahagian rekod batu setakat sesebahagian sampel teras atau strata terbongkar yang sedia tercapai, yang mana sesuatu sampel teras itu lazimnya diaturkan dalam bentuk jalur-jaluran sepanjang satu meter.)

Perkaedahan[sunting | sunting sumber]

Selain itu, ICS menakrifkan suatu jenis penanda aras dan kriteria alternatif yang bergelar Global Standard Stratigraphic Age (GSSA) yang mana ciri-ciri dan kriteria penentuan usia ditentukan hanya mengikut kaedah-kaedah sains fizikal (seperti jujukan penjajaran magnetik, kriteria radiologi, dsb.) di samping memupuk perbahasan antarabangsa yang terbuka sesama ahli sains bumi dalam bidang-bidang paleontologi, geologi, geobiologi dan chronostratigrafi, antara lainnya.

ICS telah mewujudkan pelbagai jawatankuasa bawahan yang diselia di peringkat seluruh negara atau serantau iaitu jawatankuasa pengkaji sebenar IUGS, malah inilah yang melakukan kerja lapangan, perbandingan asasi di persidangan atau mesyuarat koordinasi jawatankuasa penyelidikan setempat atau besar-besaran.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Sejarah geologi