Suruhanjaya menyiasat kematian Teoh Beng Hock 2011

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Suruhanjaya menyiasat kematian Teoh Beng Hock 2011 ditubuhkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Julai 2011. Penubuhannya kerana Inkues gagal menentukan siapa yang bertanggungjawab di atas kematian mendiang Teoh Beng Hock yang jatuh dari Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor. Penubuhannya pernah disebut pada 22 Julai 2009.

Suruhanjaya diraja itu akan menyiasat perjalanan atau pengurusan serta kelakuan mana-mana pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang diguna pakai semasa proses soal siasat terhadap setiausaha politik exco Selangor, mendiang Teoh Beng Hock.[1] Tauliah daripada Yang di-Pertuan Agong di bawah Seksyen 2 Akta 119 untuk menyiasat selamat 3 bulan dan disambung jika perlu sebagaimana Seksyen 5 Akta 119. Laporan akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong , Sultan Mizan Zainal Abidin.

Koroner Azmil Muntapha Abas di Mahkamah Koroner Shah Alam membuat keputusan terbuka bahawa Teoh Beng Hock tidak dibunuh pada 16 Julai 2009 dan bukan juga bunuh diri.[2]

Jawatankuasa[sunting | sunting sumber]

  • Pengerusi - Tan Sri James Foong Cheng Yuen, (Hakim Mahkamah Persekutuan)
  • bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman
  • Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Selventhiranathan a/l Thiagarajah
  • Pakar Perunding Patologi Forensik Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr. Bhupinder Singh
  • Pakar Perunding Psikiatri Forensik/Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, Profesor Dr. Mohamed Hatta Shaharom.
  • Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Saripuddin Kasim dilantik sebagai Setiausaha Suruhanjaya.
  • Amarjeet Singh a/l Serjit Singh, (Timbalan Ketua Bahagian Guaman I)
  • Awang Armadajaya Awang Mahmud (Timbalan Pendakwa Raya)
  • Kwan Li Sa (Timbalan Pendakwa Raya).

[3]

Tujuan dan Skop Siasatan[sunting | sunting sumber]

  • Menyiasat unsur ketidakwajaran dalam perjalanan pemeriksaan Teoh Beng Hock dalam perjalanan penyiasatan Laporan Shah Alam Nombor 0052/2009 oleh SPRM.Sama ada protokol siasatan diguna pakai SPRM mengikut standard antarabangsa dan hak asasi manusia.
  • Menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock .[4]

Bantahan dan cadangan[sunting | sunting sumber]

Pelbagai pihak meragui keanggotaan suruhanjaya ini. 123 buah NGO seperti Jemaah Islah Malaysia, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia, Solidariti Mahasiswa Malaysia, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan Kumpulan Peguam Untuk Kebebasan mencadangkan beberapa tokoh terkenal turut dilantik.

Mereka mencadangkan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia , Tun Musa Hitam, bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar , bekas Presiden Majlis Peguam dan Pertubuhan Hak Manusia Kebangsaan (HAKAM), Raja Aziz Addruse. Nama cadangan lain ialah bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Chan Nyan Hoi, bekas Presiden Majlis Peguam dan penerima Anugerah Keberanian Wanita Antarabangsa 2009, Datuk Ambiga Sreenivasan, Pengarah Tenaganita, Dr. Irene Fernandez serta bekas Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Ronald Mc.Coy.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]