Susu mentega

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Susu mentega (kanan) dibandingkan dengan susu segar (kiri). Susu mentega yang lebih pekat meninggalkan sisa yang lebih kelihatan pada sisi gelasnya.
Susu mentega, rendah lemak
Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz)
Tenaga 169 kJ (40 kcal)
Karbohidrat 4.8 g
Lemak 0.9 g
Protein 3.3 g
Kalsium 116 mg (12%)
Peratusan dianggarkan
menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa.

Susu mentega merujuk kepada sejenis minuman tenusu. Ia asalnya merupakan cecair yang tersisa daripada penggodakan krim yang terkultur menjadi mentega.

Susu ini mempunyai rasa yang agak masam disebabkan kandungan asid di dalamnya. Peningkatan keasidan adalah disebabkan oleh asid laktik dihasilkan bakteria asid laktik semasa penapaian laktosa iaitu gula primer susu. Penghasilan asid laktik ini menyebabkan pH susu berkurangan dan kasein — protein utama susu — menggumpal lalu menyebabkan pendadihan susu. Proses ini menjadikan susu mentega lebih pekat daripada susu biasa. Meskipun kedua-dua jenis susu mentega tradisi dan berkultur mengandungi asik laktik, susu mentega tradisional cenderung menjadi kurang likat berbanding susu mentega berkultur.[1]

Susu ini boleh diminum terus mahupun digunakan dalam masakan. Ia juga digunakan dalam perapan, terutamanya dalam masakan daging ayam dan daging khinzir, di mana kandungan asid laktiknya membantu melembutkan daging, mengekalkan kelembapan daging dan membolehkan perisa yang ditambah untuk meresap ke seluruh bahagian daging yang dikehendaki.[2]

Penghasilan[sunting | sunting sumber]

Susu mentega secara tradisinya yang dihasilkan daripada sisa cecair hasil penggodakan mentega daripada krim berkultur atau ditapai. Secara tradisionalnya, susu mentah akan dibiarkan selama tempoh tertentu sebelum krimnya dapat dipisahkan daripada cecair susu lain. Pada ketika inilah bakteria asid laktik mula menapaikan susu, seterusnya memudahkan proses penggodakan krim menjadi mentega kerana lemak krim yang rendah pH-nya lebih mudah terkumpul berbanding lemak dalam krim segar. Keadaan berasidnya juga membantu mencegah mikroorganisme berbahaya dari membiak lalu meningkatkan jangka hayat produk.[3] Walau bagaimanapun, krim yang dihasilkan dengan kaedah pemisahan krim daripada susu langsung tidak berasid sama sekali.

Susu mentega yang didapati secara komersial pula datang daripada susu yang telah dipasteurkan dan dihomogenkan (dengan 1% atau 2% lemak), dan kemudiannya diinokulasikan dengan kultur Lactococcus lactis serta Leuconostoc citrovorum untuk menyerupai kewujudan bakteria semulajadi dalam produk. Beberapa kilang tenusu tertentu juga menambahkan serpihan mentega berwarna ke dalam susu mentega jenis ini untuk menyerupai sisa mentega yang barangkalinya ada dalam susu mentega hasil tradisional.

Nutrisi[sunting | sunting sumber]

Satu cawan (237 mL) susu penuh mengandungi 157 kalori dan 8.9 gram lemak sedangkan satu gelas susu mentega mengandungi 99 kalori dan 2.2 gram lemak.[4] Buttermilk mengandungi vitamin, kalium, kalsium dan kesan surih fosforus.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Fankhause, David B. (14 Jun 2007). "Making Buttermilk". University of Cincinnati Clermont College. Diarkibkan daripada asal pada 28 Ogos 2007. Dicapai 21 Ogos 2007. 
  2. ^ "Buttermilk marinade". Smoking Meat Forums. 14 November 2014. Dicapai 21 Mac 2016. 
  3. ^ Douma (Ed.), Michael (14 Jun 2007). "Ripening to Ferment Milk Sugars to Lactic Acid". Webexhibits. Dicapai 31 Disember 2008. 
  4. ^ Filippone, Peggy Trowbridge. "Buttermilk health benefits". Dicapai 13 Oktober 2013. 
  5. ^ Aparna, Karthikeyan (13 Mei 2012). "Buttermilk, the best bet". The Hindu. Chennai, India. Dicapai 13 Oktober 2013. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]