Susuk
Untuk rencana mengenai filem bertajuk Susuk, lihat Susuk (filem).
Susuk merujuk kepada memasukkan sesuatu bahan asing ke dalam badan bagi mendapatkan sesuatu kelebihan. Pelbagai bahan boleh digunakan, bergantung kepada apakah keinginan pengguna. Antara kebaikan yang kononnya boleh didapati dengan memakai susuk adalah muka sentiasa dipandang manis, tidak berusia, kebal dsb.
Pemakai susuk biasanya mempunyai beberapa pantang larang seperti tidak boleh memakan beberapa bahan tertentu iaitu pisang tanduk, pisang abu, tidak boleh melintas di bawah tali kain, dan lain-lain, bergantung kepada jenis susuk yang dipakainya.
Susuk yang dipakai dikatakan boleh dikesan melalui perubatan moden, contohnya melalui sinar-X. Salah seorang pemakai susuk dikatakan Daisy Fajarina, ibu kepada Manohara Odelia Manz yang dikatakan mengenakan susuk berlian dan emas pada bahagian dagu. Suaminya, George Manz berkata:[1]
.. "Pernah ketika kami bersama, saya membawa Daisy ke doktor gigi yang terkejut apabila dia melihat X-raynya. Dia memiliki jarum emas kecil dan intan terbenam pada dagunya."
.. "Once when we were together, I took Daisy to a dentist who was shocked when he saw her X-ray. She had small gold needles and diamond stones embedded inside her chin."
Jenis
[sunting | sunting sumber]Terdapat pelbagai jenis susuk yang boleh digunakan, antaranya yang dikelaskan menurut bahan:
Kebaikan
[sunting | sunting sumber]- Pemakai susuk percaya bahawa susuk itu akan membantu mereka menjadi bertambah cantik, bertambah berani, semakin dikasih, semakin manis, dan lain-lain kebolehan menurut susuk yang dipakai.
Keburukan
[sunting | sunting sumber]- Pemakai susuk terpaksa mematuhi pantang-larang tertentu. Sekiranya terlanggar pantang-larang, susuk itu akan keluar dengan sendirinya dan menjadi tawar.
- Susuk ini terpaksa dibuang, sebaiknya oleh dukun yang memakaikan susuk itu, ataupun melalui cara yang diajari. Sekiranya dukun tersebut telah mati atau cara membuang susuk tidak dipelajari, pemakai susuk ini sukar hendak mati.
- Jika si pemakai susuk melanggar pantang larang, maka susuk yang dipakainya boleh juga menjadi racun kepadanya.
- Susuk HARAM dipakai terutamanya bagi yang beragama ISLAM, kerana susuk adalah sejenis ilmu hitam yang menyesatkan dan murtad pada sesiapa yang melakukannya.
Contoh pantang
[sunting | sunting sumber]Antara makanan yang menjadi pantang pemakai susuk (bergantung kepada jenis susuk).
- Labu air
- Pisang tanduk
- Daun kelor
- Sate
Antara perbuatan yang menjadi pantang pemakai susuk (bergantung kepada jenis susuk).
- Melalui bawah penyidaian
- Melalui di bawah tangga/rumah
Penilaian secara saintifik
[sunting | sunting sumber]Pemakai susuk biasanya akan merasa lebih yakin kerana menganggap susuk tersebut akan memberi kelebihan seperti menjadi bertambah cantik, bertambah berani, semakin dikasih, semakin manis, dan lain-lain. Dengan itu, bolehlah dianggap susuk ini sebagai satu cara meningkatkan keyakinan diri (self-esteem) seseorang, walaupun sebenarnya tidak ada apa-apa perubahan fizikal yang berlaku.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Canadian Medical Association Journal article on the analysis of the health effects of multiple susuks in a patient, as detected by radiology
- Royal College of Physicians, Edinburgh article on the detection and analysis of susuks; includes photos of skull x-rays with susuks (requires Acrobat Reader)
- Dentomaxillofacial Radiology article on susuks
- Analysis of the Islamic stance on susuks, at Islam Online Diarkibkan 2011-01-04 di Wayback Machine