Susun kelapa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Susun kelapa
Susuh ayam
Susung
Crape Jasmine.jpg
Bunga susun kelapa
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Genus:
Spesies:
T. divaricata
Nama binomial
Tabernaemontana divaricata
R. Br.
Sinonim[2][3]

Susun kelapa (Mal., Sin.), susung (Sum. juga bunga/kembang susu),[4][3] susuh ayam atau mondokaki (dari bahasa Jawa: ꦩꦤ꧀ꦝꦏꦏꦶ mandhakaki,[3] nama saintifik: Tabernaemontana divaricata) merupakan sejenis pokok renek yang bertaburan di Asia Selatan dan Tenggara serta China.[1]

Botani[sunting | sunting sumber]

Pokok ini mampu tumbuh setinggi 2 meter. Helai dedaunnya berbentuk bujur meruncing dengan permukaan berkilat.[5]

Bunga dihasilkan pokok berkelopak putih melapis-lapis menyerupai bunga melur, ia boleh menghasilkan suatu getah berwarna putih apabila dipetik.[5]

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Perubatan[sunting | sunting sumber]

Pokok ini dimanfaatkan untuk merawat penyakit cirit-birit terutamanya air rebusan akarnya;[4][5] air rebusan ini juga diminum untuk merawat sakit tekak/tenggorok dan masalah kencing disertakan herba tertentu lain. Akar boleh dikunyah sendiri untuk melegakan sakit gigi.[4] Air daunnya diminum untuk mengurangkan sakit batuk (tussis).[4]

Tujuan lain[sunting | sunting sumber]

Pokok ini sering ditanam sebagai suatu hiasan kebun atau pagar.[5]

Masyarakat di Kepulauan Mentawai menggunakan getah bunga susung dalam sumpitan buruan.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Lakhey, P. & Pathak, J. (2020). "Tabernaemontana divaricata". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2020: e.T149853146A149853842. Dicapai pada 15 July 2021.
  2. ^ "Tabernaemontana divaricata (L.) R.Br. ex Roem. & Schult". Plants of the World Online. Board of Trustees of the Royal Botanic Gardens, Kew. 2017. Dicapai pada 7 September 2020.
  3. ^ a b c Dalimartha, Setiawan (2007). Atlas Tumbuhan Obat Indonesia. 3. Jakarta: Puspa Swara. m/s. 73 – 77. ISBN 979-3235-73-X.
  4. ^ a b c d Hembing Wijayakusuma (2000). "Mondokaki, Ervatamia divaricata (L.) Burkill". Ensiklopedia milenium: Bunga-bungaan. Gema Insani. m/s. 125–128.
  5. ^ a b c d e Beng-Jin Chee (Mac 2013). "Herba: Susun Kelapa Antara Penawar dan Racun". Dewan Kosmik. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. m/s. 38–40.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]