Sut angkasa lepas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sut angkasa Apollo A7L yang dipakai Buzz Aldrin sewaktu misi Apollo 11-nya

Sebuah sut angkasa lepas dipakai manusia untuk memastikan keselamatan dalam persekitaran angkasa lepas, vakum dan suhu yang melampau. Kelengkapan ini sering dipakai di dalam kapal angkasa sebagai langkah keselamatan sekiranya tekanan kabin kenderaan menyusut secara mendadak serta juga menjalankan aktiviti luar kenderaan di luar angkasa lepas. Sut-sut sebegini telah dipakai ketika menjalankan kerja di orbit Bumi, pada permukaan Bulan serta dalam perjalanan kembali ke Bumi dari jasad tersebut.

Reka bentuk moden sut menambah baik asas kelengkapan dengan dengan sistem peralatan yang kompleks peralatan dan sistem alam sekitar direka untuk menjaga pemakai selesa, dan untuk mengurangkan usaha yang diperlukan untuk membengkokkan kaki, melawan tekanan lembut pakaian yang cenderung mengeras apabila berada dalam keadaan vakum. Bekalan oksigen yang tersendiri serta sistem kawalan persekitaran sering digunakan untuk membenarkan kebebasan bergerak jauh daripada kenderaan di angkasa.

Keperluan[sunting | sunting sumber]

Sut angkasa yang lengkap harus memenuhi beberapa kriteria penting bagi memastikan pemakai berada dalam keadaan selamat dan selesa baik di dalam mahupun di luar kapal angkasa seperti:

  • Tekanan dalaman yang stabil - barangkalinya kurang daripada tekanan atmosfera Bumi,
  • Pergerakan - boleh terhalang akibat tekanan dalaman tersebut namun dapat diatasi dengan reka bentuk bahagian sendi-sendi sut yang boleh digerakkan yang teliti,
  • Pembekalan oksigen serta pelepasan karbon dioksida,
  • Pengawalaturan suhu - haba di angkasa yang tidak beratmosfera (lalu boleh dialirkan melalui perolakan seperti di Bumi) hanya boleh dilepaskan melalui sinaran terma atau kekonduksian kepada objek yang bersentuhan dengan permukaan sut; maka sut dilengkapi penebat yang banyak bagi mengatasi perbezaan melampau antara bahagian yang tersinar oleh matahari mahupun bahagian yang terteduh, malah suhu udara juga dikawal pada paras yang bersesuaian,
  • Suatu sistem komunikasi yang berhubung kepada kapal angkasa,
  • Kaedah pengumpulan tinja badan cecair dan pepejal.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]