Sutera Maya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sutera Maya
Poster Sutera Maya – Slot Akasia TV3.jpg
Negara asal  Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu
Syarikat penerbitan TV3
Penyiaran
Saluran asal Slot Akasia
Julung kali ditayangkan di  Malaysia

Sutera Maya merupakan drama bersiri yang ditayangkan di TV3 dalam slot Akasia pada jam 6.30 petang hingga 7.30 malam setiap hari Isnin hingga Khamis bermula 1 September 2008. Tempoh tayangan setiap episod ialah sejam.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Drama ini mengisahkan tentang 4 adik-beradik, Maya Medina, Maya Zulaika, Maya Karina & Maya Sofea yang berlainan ibu dan personaliti. Sebelum kematian ibu kepada Maya Medina, ibunya telah memberitahu supaya mencari bapa kandungnya. Selepas menjumpai bapanya, Maya Medina terkejut kerana ayah mempunyai banyak rahsia yang tidak diberitahu. Disitulah bermulanya pencarian adik-beradiknya yang lain.Setelah semua adik - beradiknya dijumpai berlakulah konflik apabila ibu tiri mereka, Suria dan Kesuma ingin membunuh dan menghalau mereka dari Desa Botani tersebut. Konflik bertambah rumit apabila Mansur Syah iaitu ayah kepada mereka telah dimasukkan kedalam hospital dan seorang lagi Maya telah mengakui yang bahawa dia ialah salah seorang anak perempuan Mansur Syah dengan dikenali sebagai Maya Kaisara. Situasi yang dialami suaminya itu dimanfaatkan oleh Suria dengan menjalankan rancangan jahatnya untuk memecah belahkan hubungan Maya Mediana, Maya Zulaika dan Maya Sofea, serta mengusir Maya Medina daripada Desa Botani. Suria menghantar Maya Medina ke Siam untuk dijadikan sebagai pelacur.

Ketika berada di Siam, Maya Medina melalui hidup yang sukar dan dikelilingi orang-orang yang lebih jahat daripada Suria dan pengalaman hidup yang getir itu membuatkan Maya Medina bertekad untuk berubah menjadi jahat. Maya Medina kemudian kembali ke Desa Botani, dan berhasrat untuk membalas dendam terhadap Suria dan Kesuma. Setelah mengetahui kepulangan Maya Medina ke Desa Botani, Suria kembali membuat rancangan jahat untuk mengusir Maya Medina sekali lagi namun tidak mudah apabila Suria dikejutkan dengan perubahan sikap Maya Medina yang kini berbeza daripada sebelumnya. Kesemua rancangan jahat Suria untuk mengenakan Maya Medina menemui kegagalan. Maya Zulaika yang mengetahui tentang rancangan licik Maya Medina untuk mengenakan Suria kemudian bertindak menyelamatkan Suria daripada rancangan kakaknya itu. Disbebabkan itu, Suria kemudian berubah menjadi baik. Maya Medina yang mengetahui bahawa rancangannya gagal disebabkan adiknya sendiri, membuatkan dia memusuhi adik-beradiknya yang kini berpihak kepada Suria.

Namun sifat baik Suria tidak bertahan lama apabila dia nyaris dibunuh Maya Medina membuatkan di kembali menjadi jahat. Maya Medina kini menjadi tak tentu arah apabila semuanya rancangan jahatnya menemui kegagalan. Namun akhirnya Maya Medina dan Suria menyedari bahawa dendam diantara mereka tidak akan berpenghujung.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

TV3: Slot Akasia, Isnin–Khamis, 6.30 petang
Sebelumnya Sutera Maya Berikutnya
Ezora Spa Q 2