Sutiyoso

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sutiyoso
Sutiyoso, 2013
Pengarah Badan Intelijen Negara
Dalam jawatan
8 Julai 2015 – 9 September 2016
PresidenJoko Widodo
Didahului olehMarciano Norman
Digantikan olehBudi Gunawan
Gabenor DKI Jakarta Ke-12
Dalam jawatan
6 Oktober 1997 – 7 Oktober 2007
LeftenanFauzi Bowo
Didahului olehSoerjadi Soedirdja
Digantikan olehFauzi Bowo
Butiran peribadi
Lahir6 December 1944 (1944-12-06) (age 79)
Semarang, Hindia Timur Jepun
Parti politikNasdem (2021–kini)[1]
Sekutu gabungan
politik lain
PKPI (2010–15)[2]
Perkhidmatan ketenteraan
Kesetiaan Indonesia
Perkhidmatan/
cawangan
TNI Angkatan Darat
Tahun perkhidmatan1968–1996
Pangkat Leftenan Jeneral
UnitInfantri

Sutiyoso (lahir 6 Disember 1944) ialah seorang ahli politik dan bekas jeneral Indonesia yang berkhidmat sebagai Pengarah Badan Intelijen Negara dari Julai 2015 hingga September 2016.[3][4][5] Dikenali secara tidak rasmi sebagai Bang Yos, beliau juga berkhidmat sebagai gabenor Jakarta, ibu kota negara itu, semasa tempoh politik bergolak dari 1997 hingga 2007. Pada masa ini terdapat seramai lima orang presiden di Indonesia (Suharto, BJ Habibie, Gus Dur Wahid, Megawati, dan SBY). Peralihan antara presiden sering disertai dengan banyak kekacauan dan gangguan di jalan-jalan Jakarta. Sutiyoso juga pernah berkhidmat sebagai pengerusi Persatuan Bulu Tangkis Seluruh Indonesia (PBSI) bagi tempoh 2004–2008.[6]

Beliau amat terkenal dengan kerjanya dalam menyokong pengenalan Transjakarta, sistem transit aliran bas ibu kota.[7] Adalah dipersetujui secara meluas bahawa pengaturan pengangkutan awam yang lebih baik amat diperlukan di Jakarta maka pengenalan sistem TransJakarta dilihat sebagai satu inisiatif yang penting. Walau bagaimanapun, ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk memastikan sistem bas TransJakarta berfungsi dengan baik supaya pengaturan itu pada masa ini dianggap sebagai kejayaan yang bercampur-campur.

Sutiyoso mengumumkan beliau bertanding jawatan presiden Indonesia pada pilihan raya 2009 dan 2014, tetapi gagal mendapat sokongan yang mencukupi untuk memenangi pencalonan. Beliau juga merupakan pengerusi Partai Keadilan dan Perpaduan Indonesia antara 2010–2015.

Pendidikan dan latar belakang[sunting | sunting sumber]

Lahir di Semarang, Sutiyoso merupakan anak keenam daripada lapan adik-beradik. Beliau ialah anak kepada pasangan Tjitrodihardjo dan Sumini. Setelah tamat Sekolah Menengah Atas di Semarang pada 1963 serta setahun dalam jurusan kejurteraan awam Universitas 17 Agustus, beliau memasuki Akademi Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (AKABRI) di Magelang. Setelah lulus pada 1968, beliau sering berpindah-pindah tugas dalam bidang ketenteraan.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada 1988–1992, beliau menjabat pembantu peribadi, pembatu operasi serta wakil komandan jeneral Komando Pasukan Khusus (Kopassus). Sosoknya mulai mencuat saat terpilih sebagai komandan rejimen terbaik se-Indonesia ketika menjabat ketua kakitangan Kodam Jaya pada 1994. Prestasi yang digenggamnya itu kemudian ikut menghantarkannya pada jabatan Panglima Kodam Jaya. Posisinya sebagai panglima, kemudian merentangkan jalan menjadi gubernur. Gaya kepemimpinannya disebut-sebut banyak meniru mantan gabenor Ali Sadikin.

Tempoh pertama (1997–2002) sebagai Gabenor DKI Jakarta berlanjut ke penggal kedua (2002-2007). Jabatan lain yang dipegang oleh Sutiyoso termasuk ketua Persatuan Bulu Tangkis Seluruh Indonesia (PBSI) pada 2004 hingga 2008. Ia juga terpilih sebagai pengerusi Organisasi Amatir Radio Indonesia (ORARI) pada 2006 hingga 2011.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Felldy Utama (17 June 2021). "Tinggalkan PKPI, Sutiyoso Gabung Partai Nasdem" (dalam bahasa Indonesia). Sindonews. Dicapai pada 20 June 2021.
  2. ^ Amriyono Prakoso (30 June 2015). "Sutiyoso: Saya Sudah Mengundurkan Diri dari PKPI" (dalam bahasa Indonesia). Tribunnews. Dicapai pada 20 June 2021.
  3. ^ Margareth S. Aritonang and Tama Salim (11 June 2015). "House works for quick approval of Sutiyoso as new BIN chief". The Jakarta Post. Dicapai pada 7 October 2015.
  4. ^ Dylan Amirio (30 June 2015). "All parties approve Sutiyoso as new BIN chief". The Jakarta Post. Dicapai pada 7 October 2015.
  5. ^ M. Agung Rajasa (8 July 2015). "Sutiyoso to modernize BIN's equipment to face future challenges". Antra News. Dicapai pada 7 October 2015.
  6. ^ Irawaty Wardany (6 May 2015). "Indonesia digs deep for future badminton stars". Dicapai pada 7 October 2015.
  7. ^ DIS (7 October 2009). "Fewer cars, more art, please: Jakartans have their say". The Jakarta Post. Dicapai pada 7 October 2015.