Sutung Umar RS

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Wan Omar bin Wan Ahmad (1948-2016) atau lebih dikenali sebagai Sutung Umar RS ialah seorang penulis dan penyair dari Malaysia. Beliau dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1948. Beliau telah menghembuskan nafas terakhir disisi isterinya pada 30 Mei 2016 akibat masalah kesihatan.

Pengalaman[sunting | sunting sumber]

Sutung Umar RS memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Penulisan Kreatif dan Deskriptif dari Universiti Malaya pada tahun 1982. Beliau kemudian bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera dan di Bahagian Majalah. Beliau juga pernah bertugas sebagai Editor Kumpulan Majalah terbitan DBP. Kemudian bertugas pula dengan Kumpulan Berita Harian.

Bidang penulisan utama Sutung ialah puisi. Banyak puisinya telah tersiar di dalam akhbar dan majalah perdana tanah air seperti majalah Dewan Sastera dan Berita Minggu. Selain daripada puisi, beliau juga turut menghasilkan esei, kritikan, dan rencana. Pada masa ini, menjadi kolumnis "Rentak Kalam" di akhbar Berita Minggu.

Hasil penulisan[sunting | sunting sumber]

  1. Makyung : The Mystical Heritage of Malaysia, susunan, Rahimidin Zahari & Sutung Umar RS : Institut Terjemahan Negara Malaysia, 2010.
  2. Wau Bulan (Fajar Bakti, 1982)
  3. Kampung Halaman (Fajar Bakti, 1983)
  4. Taburkan Bunga : DBP, 1996.
  5. Sikap dan Pemikiran Usman Awang / diselenggarakan oleh Dinsman dan Sutung Umar RS. : Fajar Bakti, 1983.
  6. Api Cinta (novel: Pustaka Nusa, 2009)
  7. Seluang Lepas Melaut Jilid 1 dan 2 (Novel Kita: 2011)