Suzanne Collins

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Suzanne Collins
Collins pada tahun 2010
Collins pada tahun 2010
LahirSuzanne Marie Collins
(1962-08-10) 10 Ogos 1962 (umur 61)[1]
Hartford, Connecticut, Amerika Syarikat
PekerjaanPenulis skrip televisyen, pengarang novel, penerbit eksekutif
WarganegaraAmerika Syarikat
PendidikanUniversiti Indiana (B.A.)
Universiti New York (M.F.A.)
GenreFantasi, Sains Fiksyen, Sastera Kanak-Kanak, Fiksyen Remaja
Karya terkenalTrilogi The Hunger Games
The Underland Chronicles
Tandatangan

Suzanne Marie Collins (lahir 10 Ogos 1962) ialah seorang penulis skrip televisyen dan pengarang novel Amerika Syarikat. Beliau dikenali sebagai pengarang siri The Underland Chronicles dan trilogi The Hunger Games (yang terdiri daripada The Hunger Games, Catching Fire dan Mockingjay).

Karier[sunting | sunting sumber]

Collins memulakan kariernya pada tahun 1991 sebagai penulis rancangan televisyen kanak-kanak.[2] Beliau bekerja untuk beberapa rancangan televisyen Nickelodeon termasuk Clarissa Explains It All, The Mystery Files of Shelby Woo, Little Bear dan Oswald.[2] Beliau juga merupakan ketua pengarang untuk Clifford's Puppy Days.[2] Diantara tahun 2003 dan 2007, beliau menulis lima buku Underland Chronicles: Gregor the Overlander, Gregor and the Prophecy of Bane, Gregor and the Curse of the Warmbloods, Gregor and the Marks of Secret dan Gregor and the Code of Claw. Dalam tempoh tersebut, Collins juga menulis buku bergambar, When Charlie McButton Lost Power (2005), ilustrasi oleh Mike Lester.[2]

Pada bulan September 2008, Scholastic Press mengeluarkan The Hunger Games, buku pertama daripada sebuah trilogi oleh Collins.[3] Buku kedua trilogi ini, Catching Fire, dikeluarkan pada bulan September 2009 dan buku ketiga, Mockingjay, dikeluarkan pada 24 Ogos 2010.[4] Lions Gate Entertainment mendapatkan hak pengedaran sedunia untuk sebuah adaptasi filem The Hunger Games, diterbitkan oleh syarikat produksi Color Force.[5][6] Collins sendiri mengadaptasi novel ini untuk filem.[6] Diarahkan oleh Gary Ross, penggambaran bermula pada tahun 2011 dimana Jennifer Lawrence melakonkan watak utama, Katniss Everdeen.[7] Dua novel susulan juga diaptasi kepada filem.

Terbitan[sunting | sunting sumber]

The Underland Chronicles
  1. Gregor the Overlander (2003)
  2. Gregor and the Prophecy of Bane (2004)
  3. Gregor and the Curse of the Warmbloods (2005)
  4. Gregor and the Marks of Secret (2006)
  5. Gregor and the Code of Claw (2007)
Trilogi The Hunger Games
  1. The Hunger Games (2008)
  2. Catching Fire (2009)
  3. Mockingjay (2010)
Buku-buku lain
  • Fire Proof: Shelby Woo #11 (1999)
  • When Charlie McButton Lost Power (2005)
  • Year of the Jungle (2013)
  • "Hello Sofia" (2016)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Suzanne Collins". OpenISBN Project. Dicapai pada February 8, 2013.
  2. ^ a b c d "Biography". www.suzannecollinsbooks.com. Dicapai pada December 14, 2008.
  3. ^ Collins, Suzanne. "Planning the Trilogy" (Temu ramah). Diarkibkan daripada yang asal (Video) pada 2009-02-12. Dicapai pada December 14, 2008. Unknown parameter |program= ignored (bantuan)
  4. ^ Staskiewicz, Keith (February 11, 2010). "Final 'Hunger Games' novel has been given a title and a cover". Entertainment Weekly. Dicapai pada February 11, 2010.
  5. ^ Sellers, John A. (March 12, 2009). "Hungry? The Latest on 'The Hunger Games'". Publishers Weekly. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-06-02. Dicapai pada March 14, 2009. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  6. ^ a b Fernandez, Jay A.; Kit, Borys (March 17, 2009). "Lionsgate picks up 'Hunger Games'". The Hollywood Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-03-22. Dicapai pada March 18, 2009. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  7. ^ Weinstein, Joshua L. "Jennifer Lawrence Gets Lead Role in 'The Hunger Games'", TheWrap.com. March 16, 2011. Retrieved March 17, 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]