Suzuka (manga)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Suzuka
Kulit buku Suzuka jilid 1 versi yang diterbitkan untuk pasaran Amerika.
涼風
(Suzuka)
GenreDrama, Cinta, Sukan, Komedi
Manga
PengarangSeo Kouji
PenerbitKodansha
DemografikShōnen
Majalah AsalWeekly Shōnen Magazine
Tarikh Pengeluaran3 Mac 200421 September 2007
Jilid18
Anime
PengarahHiroshi Fukutomi
StudioStudio Comet
Dilesenkan olehKanada Amerika Syarikat FUNimation Entertainment
Penyiaran AsalTV Tokyo, Bandai Channel
Penyiaran LainFilipina Hero TV
Taiwan Animax
Dikeluarkan pada6 Julai 200528 Desember 2005
Novel
PengarangAyuna Fujisaki
IlustrasiSeo Kouji
PenerbitKC Novels
Terbitan17 Mei 2007
Portal Anime dan Manga

Suzuka (Jepun: 涼風) ialah sebuah siri manga Jepun hasil karya Seo Kouji. Manga ini ialah sebuah manga percintaan berpandukan-watak yang menggunakan sukan sebagai tema sampingan. Cerita ini lebih bertumpu kepada kehidupan seorang remaja bernama Yamato Akitsuki. Ia pindah ke Tokyo dengan misi ingin mengubah diri menjadi lebih baik. Suzuka Asahina ialah eorang atlet lompat tinggi berbakat yang tinggal di rumah mak cik Yamato dan sekolah yang sama, Yamato sudah mencintainya sejak keduanya masih kecil.

Suzuka terbit di majalah Kodansha, Weekly Shōnen Magazine. Ia telah dibuat kepada bentuk siri anime dengan 26 episod dan disiarkan di TV Tokyo di Jepun antara 6 Julai 2005 sehingga 28 Desember 2005. Dua novel ringan ditulis oleh Ayuna Fujisaki berdasarkan siri manga Suzuka juga telah diterbitkan. Sebuah siri berkaitan, Kimi no Iru Machi, juga disirikan di majalah Weekly Shōnen Magazine dari 2008 hingga 2014. Sebuah sekuel yang bertajuk Fuuka pula dikeluarkan pada majalah yang sama sejak tahun 2014.