Swarovski

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Swarovski
Swasta
IndustriFesyen, kristal, dan perhiasan
Ditubuhkan1895; 126 tahun yang lalu (1895) (dengan nama A. Kosmann, D. Swarovski & Co.)
PengasasDaniel Swarovski
Armand Kosmann
Franz Weis
Ibu pejabatWattens, Daerah Innsbruck-Land, Austria
Tokoh penting
Markus Langes-Swarovski, Robert Buchbauer, Nadja Swarovski, Mathias Margreiter, Dr Christoph Swarovski, Andreas Buchbauer, Arno Pilcher
KeluaranKristal, batu permata asli, batu buatan, aksesori, dan pencahayaan
Hasil€3,5 bilion Euro
Bilangan kakitangan
~34.500 (2018)
Laman web rasmi
swarovski.com

Swarovski (/swɒˈrɒfski/, bahasa Jerman: [svaˈrɔfski]  ( dengar)) ialah sebuah pengeluar kaca yang beribu pejabat di Wattens, Austria, dan telah wujud sebagai sebuah syarikat keluarga sejak ditubuhkan pada tahun 1895 oleh Daniel Swarovski.

Syarikat ini dibahagi menjadi tiga cabang perniagaan utama, iaitu Swarovski Crystal Business, yang terutama menghasilkan kaca kristal, perhiasan, dan aksesori; Swarovski Optik, yang menghasilkan instrumen optik seperti teleskop, penglihatan teleskopik untuk senapang, dan teropong; serta Tyrolit, pengilang peralatan untuk menggergaji, menggerudi, dan membalut, serta membekalkan peralatan dan mesin.

Saat ini, Swarovski Crystal Business merupakan salah satu unit perniagaan dengan pendapatan terbesar di dalam Swarovski, dengan sekitar 3.000 kedai tersebar di sekitar 170 negara, lebih dari 29.000 pekerja, dan pendapatan sekitar 2,7 bilion euro pada tahun 2018.[1]

Swarovski kini dijalankan oleh generasi kelima dari keluarga pengasasnya.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Swarovski Fact Sheet 2019". factsheet.swarovskigroup.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 August 2019. Dicapai pada 7 August 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]