Swastika

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Swastika dalam kegunaan agama Hindu.
Swastika digunakan sebagai lambang Parti Nazi.

Swastika (Bahasa Sanskrit: स्वस्तिक svástika) atau banji adalah sebuah palang sama sisi dengan lengan bengkok serenjang menghadap sama ada ke arah kanan (卐) atau terbalik menghadap arah kiri (卍). Ia masih digunakan secara meluas dalam agama-agama Timur/Dharmik seperti Hinduisme, Buddhisme dan Jainisme.[1][2][3]

Bukti arkeologi mendapati swastika berasal dari zaman Neolitik dan pertama kali ditemui di Tamadun Lembah Indus di sub-benua India. Simbol ini juga terdapat pada hari ini yang digunakan dalam budaya moden India, kadang-kadang sebagai motif geometri dan kadang-kadang sebagai simbol keagamaan.

Peristilahan[sunting | sunting sumber]

Istilah swastika dari bahasa Sanskrit ini terbitan kata स्वस्ति swasti menggabungkan सु su "baik, bagus" dan अस्ति – asti "ialah".[4]

Nama banji (Jawi: بنجي) pula menyerap dari ungkapan bahasa Cina yang turut ditulis sebagai 卍字 (Cina Tradisional: 萬字, Cina Ringkas: 万字, pinyin: wànzì, "aksara puluh ribu") melalui bahasa Jawa (Hanacaraka: ꦧꦤ꧀​ꦗꦶ banji).

Perlambangan[sunting | sunting sumber]

Di Timur[sunting | sunting sumber]

Dalam agama Hindu, dua bentuk palang ini memberikan maksud berlainan: swastika yang merenjang ke kanan melambangkan matahari dan dewanya[5] manakala sauwastika yang menghadap ke kiri melambangkan malam serta dewi Kali jelmaan Durga.[5] Bentuk ini turut berkaitan dengan perlambangan karma dan peredaran.[1][2]

Ajaran Buddha mengaitkan bentuk ini dengan telapak kaki milik pengasas ia, Siddharta Gautama.[5][6][7]

Di Barat[sunting | sunting sumber]

Meskipun seketika dulu biasa digunakan di seluruh dunia, simbol ini dicemari sehingga sampai ke tahap menjadi larangan di dunia Barat kerana penggunaannya sebagai ikon oleh Nazi di Jerman. Terutamanya di Jerman, simbol ini dilarang jika digunakan sebagai simbol Nazisme (penggunaan tanda oleh kumpulan-kumpulan keagamaan yang dibenarkan). Banyak ekstremis politik moden dan kumpulan neo-nazi seperti Afrikaner Weerstandsbeweging, Parti Nasionalis Sosial Syria dan Kesatuan Bangsa Rusia menggunakan simbol bergaya swastika atau simbol yang serupa dengannya. Hari ini, lambang ini juga digunakan oleh kumpulan Skinhead yang berfahaman perkauman.Tetapi khususnya skinhead yang berada di negara-negara eropah.Dan sebilangan mereka memahami kehendak swastika itu sendiri.

Kegunaan dalam seni[sunting | sunting sumber]

Di India[sunting | sunting sumber]

Bentuk ini sering digubah dalam hiasan berwarna atau lampu pelita yang dipersembahkan menyambut Deepavali; malah corak ini sering ditunjukkan sekeliling rumah untuk tujuan sama.[8]

Di alam Nusantara[sunting | sunting sumber]

Pengaruh Hindu-Buddha berkaitan lambang banji ini turut diturunkan dalam seni alam Nusantara diperkenalkan orang Cina ke Jawa.[9] Ia ada dalam hiasan halaman salinan Al-Quran terutamanya yang dikerjakan di Jawa Barat.[10] Ia sering muncul dinampakkan pada kekisi dan ukiran kayu rumah dan bangunan Melayu.

Corak banji juga ada ditemukan pada batik dikaitkan dengan bunga teratai melambangkan Brahma, Vishnu dan Buddha melambangkan kemakmuran, Keabadian dan keteraturan dalam kehidupan;[9][11][12]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Bruce M. Sullivan (2001). The A to Z of Hinduism. Scarecrow Press. m/s. 216. ISBN 978-1-4616-7189-3.
  2. ^ a b Adrian Snodgrass (1992). The Symbolism of the Stupa. Motilal Banarsidass. m/s. 82–83. ISBN 978-81-208-0781-5.
  3. ^ Cort, John E. (2001). Jains in the World: Religious Values and Ideology in India. Oxford University Press. m/s. 17. ISBN 978-0195132342 – melalui Google Books.
  4. ^ Heinrich Schliemann (1880). Ilios. J. Murray. m/s. 347–348.
  5. ^ a b c Swastika: SYMBOL, Encyclopædia Britannica (2017)
  6. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan silverblatt109 tidak disediakan
  7. ^ Pant, Mohan; Funo, Shūji (2007). Stupa and Swastika: Historical Urban Planning Principles in Nepal's Kathmandu Valley. National University of Singapore Press. m/s. 231 with note 5. ISBN 978-9971-69-372-5.
  8. ^ "Significance of Swastika in Diwali celebrations". India Tribune. 27 Oktober 2010. Dicapai pada 11 November 2018.
  9. ^ a b Wessing, Robert. “WEARING THE COSMO (1986). "Wearing the Cosmos: Symbolism in Batik Design". Crossroads: An Interdisciplinary Journal of Southeast Asian Studies,. 2 (3): 40–82 – melalui JSTOR.CS1 maint: extra punctuation (link)
  10. ^ Afidah Rahim (21 Februari 2021). "Central Illuminations of Malay Qurans". Museum Volunteers Jabatan Muzium Malaysia.
  11. ^ Cici Soewardi (2008). Mix & Match Busana Batik Untuk Anak dan Remaja. Jakarta: Gramedia Pustaka Utama. m/s. 5.
  12. ^ "Design Traditions – the Javanese Heritage". Malaysia: Batik Traditions on The Move. Muzium Sejarah Budaya Universiti Oslo. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Mei 2019.