Sweet Child

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Sweet Child (kumpulan muzik))
SweetChild
Berasal dariMalaysia
GenreRock 'N' Roll
Tahun aktif1992 - kini
Syarikat rakaman
Menora Music / BMG Music
AhliAcong
ijan
Pat
Yem
Bekas ahliSaiful Azlan Ahmad (Aalan Ahmad)
Faizul Affandi (Eleng)
Ahmad Fauzi Saat (Pojie)
Hasmizan Abd Hamid (Choot)

Sweet Child[1] atau juga dieja SweetChild[2], merupakan sebuah kumpulan muzik yang berasal dari Kuala Lumpur dan ditubuhkan pada sekitar tahun 1992. Antara lagu popular mereka ialah Tinggal Sayang Tinggallah Pujaan, Mainan Perkasihanmu dan Terlarang Itu Godaan. Kumpulan Sweet Child masih lagi wujud sungguhpun selama 16 tahun mereka tidak tampil dengan produk terbaru.[3]

Penyertaan Acong SweetChild di dalam acara GegarVaganza turut memberi pendedahan bagi kumpulan SweetChild. Kebangkitan muzik 90-an masa kini sedikit sebanyak membantu mengembalikan populariti mereka terutamanya dikalangan generasi baharu. Lagu-lagu popular mereka seperti Tinggal Sayang Tinggallah Pujaan, Mainan Perkasihanmu dan Terlarang Itu Godaan kini semakin diminati oleh golongan muda.

Kebangkitan lagu-lagu era 90-an memang sedikit sebanyak memberi impak kepada Sweet Child serta turut memberi idea kepada mereka untuk menghasilkan lagu berkonsepkan 90-an kerana ia diminati pendengar. Mereka sedang merancang untuk menghasilkan single terbaharu sebagai hadiah kepada peminat yang sentiasa menyokong karier seni Sweet Child.[4]

Pada tahun 2016, kumpulan Sweet Child telah menghasilkan dua lagu baharu dengan rentak balada berjudul Doa Dariku dan Lepaskanmu. Pada 2017 pula, kumpulan Sweet Child turut menghasilkan dua single baharu.[5]

Anggota asalnya terdiri daripada :-

  1. Acong (Ahmad Fauzi Manat) - penyanyi
  2. Aalan Ahmad (Saiful Azlan Ahmad) - pemain gitar
  3. Eleng (Faizul Affandi) - pemain gitar
  4. Pojie (Ahmad Fauzi Saat) - pemain gitar bass
  5. Choot (Hasmizan Abd Hamid) - Pemain dram

Ahli-ahli sekarang[sunting | sunting sumber]

  1. Acong (Ahmad Fauzi Manat) - penyanyi
  2. Ahmad Zamri Zainal Abidin (Ijan) - pemain gitar bass
  3. Romzi Mohd. Minsawi (Pat)- pemain dram
  4. Suzahari Aziz (Yem) - pemain papan nada

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

  1. Berapinya Imaginasiku (1995)
  2. Anak-Anak Seni (1996)
  3. Meraih Juara (1998)

Album kompilasi[sunting | sunting sumber]

  1. Kemeriahan Di Hari Raya (BMG Music) 1996
  2. Koleksi Terbaik Eddie Hamid (Fantasia Music City - FMC) 2000
  3. Balada Menyengat 2 (Fantasia Music City - FMC) 2000

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]