Sweet Dreams

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sweet Dreams
GenreRomantik
Fantasi
Ngeri
Drama
Berdasarkan daripada
Adaptasi Novel Sweet Dreams Karya Acik Lana
Ditulis olehNazri M. Annuar
PengarahMichael Ang
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Ilusi" - iamNEETA
Lagu penutup"Ilusi" - iamNEETA
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Francis Foo
  • Leng Lai
PenerbitMichael Ang
Tempoh siaran42 Minit
Syarikat penerbitan
Juita Viden
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria (Slot MegaDrama)
Siaran asal5 Ogos 2019 – 5 September 2019
Kronologi
MengikutiSetelah Terlafaznya Akad
Diikuti olehCinta Belum Tamat Tempoh

Sweet Dreams ialah sebuah siri drama televisyen melayu tahun 2019 arahan Michael Ang. Dibintangi oleh Mira Filzah, dan Ben Amir. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 5 Ogos 2019 menggantikan Setelah Terlafaznya Akad [1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Puteri seorang gadis bisu yang diberi gelaran Ratu Kelam Kabut atau ‘Minah Clumsy’ sudah cukup sinonim dengan dirinya sejak kecil. Habis semua tiang dan dinding dilanggar, malah sudah banyak kali dia jatuh tertonggeng ke dalam longkang.

Bernasib malang atau dia memang punya masalah koordinasi fizikal tidak seimbang. Namun, beberapa siri kejadian malang tiba-tiba berubah dengan kemunculan seorang jejaka misteri yang sering menyelamatkannya. Tidak sempat mencium tanah, tubuh dia sudah disambut. Tidak sempat tergolek, tangannya sudah dipaut. Pelik, lelaki itu datang tanpa isyarat.

Qash Adam seorang pelukis selalu mendapat mimpi tentang kejadian buruk yang bakal menimpa. Kesengsaraan dialami pada zaman silam membuatkan dia kemurungan dan hidup dalam pengasingan. Anugerah yang dikurniakan membuat seluruh tubuh rasa terbeban.

Dihina, difitnah dan dicaci kerana dikatakan mempunyai kuasa magis membuatkan dia menolak sebarang bentuk hubungan dengan manusia. Dia tertekan, ini kelebihan atau satu sumpahan baginya. Mimpi yang datang bukan biasa-biasa. Ia datang dengan segunung tanggungjawab yang terlalu besar.

Namun, kemunculan seraut wajah dalam mimpinya meletakkan Qash dalam keadaan keliru. Banyak peristiwa lucu, pertelingkahan dan salah faham berlaku apabila si malang bertemu dengan si adiwira. Rahsia demi rahsia terbongkar.

Namun, sebanyak mana pun perbezaan antara Putri dan Qash, ada perasaan halus mengikat hati mereka berdua. Berkahwin dan kemudian bercinta tanpa tahu pengakhirannya.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Sweet Dreams. MyInfoTaip. Dicapai 4 Ogos 2021

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Astro Ria: Slot MegaDrama, Isnin–Khamis, 10:00 Malam
Sebelumnya Sweet Dreams Berikutnya
Setelah Terlafaznya Akad Cinta Belum Tamat Tempoh