Sword of honour of the Reichsführer-SS

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
SS-Ehrendegen
SS-Ehrendegen img 0482-b.jpg
Tiga paparan versi Degen NCO: atas, tanda SS pada tapak gagang; tengah, rekaan dedaun oak dan runik pada gagang dan atas sarung pedang; bawah, seni hiasan pada hujung sarung pedang
JenisPedang
Tempat asalFirma Peter Dan. Krebs dari Solingen, Jerman
Sejarah perkhidmatan
Digunakan olehSchutzstaffel
PerangPerang Dunia II
Sejarah pengeluaran
Dihasilkanc. 1936 - 1945
Spesifikasi
Jenis bilahBilah pedang bermata tunggal dan lurus.

SS-Ehrendegen, juga SS-Degen (secara rasmi Ehrendegen Reichsführer-SS[1], bahasa melayu: Pedang Kehormat Reichsführer-SS), adalah sejenis pedang lurus atau pedang kecil, terutamanya pedang istiadat yang dipakai pada pakaian seragam Schutzstaffel (SS) dari tahun 1935 hingga 1945.

Pertama kali diperkenalkan pada tahun 1935, ia telah direka oleh Profesor Karl Diebitsch, seorang SS-Oberführer, yang juga perunding peribadi Heinrich Himmler bagi semua seni dan rekaan dalaman SS. Pedang degen pada asalnya dihasilkan oleh firma Peter Dan. Krebs dari Solingen, German.[2]

Gambaran[sunting | sunting sumber]

Perbarisan tahun 1935 untuk Adolf Hitler di Berek SS Leibstandarte. Beberapa pedang SS dan sarung pedang kelihatan

Ia mempunyai bilah pedang berlurus nipis yang dihasilkan pada kepanjangan yang berbeza untuk menyesuaikan ketinggian si pemakai. Pedang degen mempunyai gagang buku lima berbentuk "D" (penahan silang) sebagai pemegang yang juga bercirikan hulu kayu bersusuk hitam. Hulu itu terikat dengan dawai perak dan memaparkan cakera inset yang bercirikan huruf rune SS berbentuk pancaran kilat berganda.[2]

Sarung pedang dicat dalam enamel hitam dan mempunyai hiasan bahagian atas yang berwarna perak (loket) dan bahagian bawah (chape). Ia dipakai dengan knot pedang bertali braid aluminium yang dihiasi dengan huruf rune SS berwarna hitam pada bahagian pangkalnya.[2]

Penganugerahan[sunting | sunting sumber]

Degen pegawai secara rasminya dianugerahkan bersama sijil yang ditandatangani oleh Heinrich Himmler kepada pegawai-pegawai terpilih SS-Verfügungstruppe dan SS-Totenkopfverbände sebagai mengiktiraf kepujian yang khusus. Ia juga dianugerahkan kepada para pegawai yang lulus dari SS-Junkerschulen (Sekolah Junker) di Bad Tölz dan Brunswick.[2]

Versi NCO adalah serupa dengan versi pegawai tetapi sarung pedang mempunyai bahagian hujung yang kosong dan tanpa hiasan. Versi gagang NCO juga kekurangan ikatan dawai perak dan huruf rune SS telah dialihkan dari gagang ke penutup cembul.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dienstaltersliste der Schutzstaffel der NSDAP, Berlin, 1943, p. 106
  2. ^ a b c d e Williamson, Gordon, Waffen SS Handbook 1933–1945.