Syafiq Farhain

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Syafiq Farhain
Nama lahirNursyafiq Farhain bin A.M Salim
Juga dikenali sebagai
Syafiq Farhain
Kelahiran (1994-02-19) 19 Februari 1994 (umur 25)
Berasal dariKampung Chalok, Setiu, Terengganu, Malaysia
GenreBalada, Pop
PekerjaanPenyanyi, Pelakon, Pengacara
InstrumenVokal
Tahun aktif2016–kini
Syarikat rakaman
MVM Production

Nursyafiq Farhain bin A.M Salim (lahir 19 Februari 1994) merupakan seorang ahli bomba dan penyanyi Malaysia. Beliau merupakan anak ke-empat Allahyarham Saleem bersama bekas isteri Allayarham, Ita @ Juwita.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Syafiq memulakan kerjayanya menjadi penyanyi apabila beliau aktif menyanyi menggunakan aplikasi Smule. sejak hujung tahun 2016. Antara nyanyian 'cover' Syafiq iaitu lagu MIMPI YANG PULANG, LUHUR, WARISAN dan BINTANG.

Selain bergelar penyanyi solo, beliau juga adalah vokalis kepada kumpulan muzik 'Fire Fingers JDT' yang dianggotai oleh beberapa anggota bomba yang lain. Kumpulan ini aktif menerima undangan untuk majlis-majlis berkaitan bomba, termasuk acara korporat dan kenduri kahwin.

Syafiq juga merupakan ahli bomba di Balai Bomba Dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Putrajaya. Beliau juga pernah berkhidmat di Balai Bomba Dan Penyelamat, Tebrau, Johor.

Persembahan Big Stage[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan Big Stage:

Persembahan dan keputusan Big Stage 2018
Konsert Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 "Sayang Maafkan Aku" Dirinya sendiri Kekal
Minggu 2 "Sambutlah Kasih" Lovehunters Kekal
Minggu 3 "Laksamana Raja Di Laut"

(duet bersama Shiha Zikir)

Iyeth Bustami Kekal
Minggu 4 "Sway" Michael Buble Kekal
Minggu 5 "Bunga" Ara Johari Kekal
Minggu 6 "Mencari Cinta Sejati" Cakra Khan Kekal
"Drama King"

(duet bersama Baby Shima)

Meet Uncle Hussain & Black Hanifah Kekal
Minggu 7 "Kau Lupa Janji" Jamal Abdillah Kekal
"Joget Angan Tak Sudah"

(duet bersama Hazama)

Jay Jay Kekal
Minggu 8 "Antara Hujan dan Air Mata" Sudirman Naib Juara
"Aku Jatuh Cinta" Dirinya sendiri

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Single Album
2017 Sayang Maafkan Aku Single
2018 Kamar Hati Single
2018 Aku Jatuh Cinta Single
2019 Manis Manis Cinta (Duet Baby Shima) Single
2019 Demi Setia Single
2019 Aidilfitri Mulia Single
2019 Pakat Maghi Ganu Single

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2019 Hero: Jangan Bikin Panas Azizi "Chunk" Adnan Filem pertama

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Beliau juga pernah menjadi peserta Big Stage terbitan Astro (2018). Beliau dinobatkan sebagai NAIB JUARA Big Stage.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nur Asyikin Mayudin (24 Julai 2018). 10 artis muda berentap dalam pertandingan realiti baharu 'Big Stage' mStar Online. Dicapai pada 25 Julai 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]