Syafiqah Aina
Syafiqah Aina | |
|---|---|
| Kelahiran | Nursyafiqah Aina binti Abdul Wahab 18 Jun 1994 |
| Warganegara | Malaysia |
| Pendidikan | Ijazah Sarjana Muda Komunikasi |
| Pusat pendidikan | Universiti Teknologi Mara |
| Pekerjaan | Usahawan Kosmetik, personaliti media sosial, Model |
| Tahun aktif | 2015–kini |
| Terkenal kerana | Pengasas AINAA Beauty |
| Pasangan | Hafiz Mahamad (k. 2017) |
| Anak-anak | 1 |
Nursyafiqah Aina Abdul Wahab (lahir 18 Jun 1994) lebih dikenali sebagai Syafiqah Aina ialah seorang usahawan kosmetik, personaliti media sosial dan Model Malaysia. Beliau merupakan pengasas jenama penjagaan kulit dan kosmetik AINAA Beauty bersama suaminya, Hafiz Mahamad. [1]
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Aina dilahirkan pada 18 Jun 1994 di Johor Bharu, Johor, Malaysia. Beliau merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari Universiti Teknologi Mara. Sebelum berkecimpung dalam bidang perniagaan, beliau aktif dalam media sosial dan dikenali melalui kandungan video motivasi dan kejutan romantik yang tular.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]AINAA Beauty
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2017, beliau bersama suaminya menubuhkan AINAA Beauty, sebuah jenama tempatan yang memfokuskan pada produk penjagaan kulit. Syarikat ini berkembang ke pasaran serantau termasuk Singapura, Brunei, dan Indonesia.
Media sosial
[sunting | sunting sumber]Aina aktif di pelbagai platform media sosial seperti Instagram, TikTok dan YouTube. Kandungannya yang sering menonjolkan nilai kekeluargaan, penghargaan kepada pekerja dan bantuan masyarakat telah menjadikan beliau seorang influencer yang berpengaruh.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Aina berkahwin dengan Hafiz Mahamad pada 24 November 2017. Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan bernama Raisya Arisa. Mereka sering berkongsi kehidupan seharian melalui media sosial.
Kebajikan dan kerja sosial
[sunting | sunting sumber]Aina dikenali kerana sering melakukan aktiviti kebajikan, termasuk membawa pekerjanya menunaikan umrah, menyediakan bonus serta kemudahan kerja, dan memberi bantuan kewangan kepada pekerja ketika pandemik COVID-19.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Hafiz Mahamad
- AINAA Beauty
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Aiman Zaharuddin (26 Oktober 2025). "Biodata Usahawan Syafiqah Aina, Isteri Hafiz Mahamad". Iluminasi. Dicapai pada 27 Oktober 2025.