Pergi ke kandungan

Syahda Berdendang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Syahda Berdendang
Album studio oleh
Dilancarkan pada21 Mei 2006
TempatMalaysia Sunting nilai ini di Wikidata
GenrePop, Tradisional, Zapin, Keroncong & Ghazal
BahasaBahasa Melayu Sunting nilai ini di Wikidata
SyarikatFantasia Music City
PenerbitPak Ngah, S. Atan, Eddie Hamid
Kronologi Syura
Balaghah
(2004)
Syahda Berdendang
(2006)
Khazanah Pujangga
(2008)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini


Syahda Berdendang ialah album studio keempat oleh penyanyi wanita Malaysia, Syura, dikeluarkan pada 21 Mei 2006 oleh FMC Music.

Album ini memuatkan rangkaian lagu-lagu bernuansa zapin, ghazal, melayu deli, dangdut, joget, keroncong & pop Melayu terbitan komposer terkenal Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah.

"Candak" dan "Syurga Perindu" dikeluarkan sebagai single. Album ini terjual 15,000 unit selepas setahun dipasarkan.

Senarai runut

[sunting | sunting sumber]
No.TajukPenulisKomposerMasa
1."Joget Gadis Melayu"SisoPak Ngah4:24
2."Dendang Berinding"TokwanRosli Selasih4:18
3."Candak"LokmanghaniPak Ngah4:23
4."Mahligai Mawar" (duet bersama Siti Nordiana) BaiduriLY4:14
5."Syurga Perindu"Ku Seman Ku HusseinEddie Hamid4:38
6."Nakasari"LokmanghaniRosli Selasih4:03
7."Ada Bagai Tiada"SisoOmar Taib5:15
8."Nasib Melukut"SisoS.M Nor5:13
9."Bukan Aku Tak Cinta"Rosyid SomantriAdinda Amiro4:29
10."Kamaruzzaman"Copyright ControlledCopyright Controlled3:36


Pencapaian

[sunting | sunting sumber]

Antara kejayaan album ini ialah meraih anugerah Album Pop Etnik Terbaik serta dicalonkan untuk kategori Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik Malaysia ke 14. Lagu Candak pula berjaya layak ke Anugerah Juara Lagu ke 21 untuk kategori Etnik Kreatif.

Sumber:[1]

  • Penerbit Eksekutif : William Lim
  • Penolong Penerbit Eksekutif : C.F Ho
  • Penerbit : Pak Ngah / Idzhar Azwa / Rosli Selasih
  • Penyelaras Produksi : C.F Ho
  • Susunan Muzik : Pak Ngah / Yassin / Belle / S.Atan
  • Studio Rakaman : Pro Studio
  • Jururakam / Juruadun : Vincent / Koh
  • Rekabentuk Kulit Album : Ajoei
  • Fotografi : Bustaman
  1. ^ Syahda Berdendang (catatan media). Syura. Fantasia Music City. 2006. FMCD 27081.CS1 maint: others (link)