Syahmi Sazli

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Syahmi Sazli
Kelahiran
Muhd Syahmi bin Sazli

(1995-03-23) 23 Mac 1995 (umur 25)
Kampung Gertak Kechupu, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
PendidikanKejuruteraan Elektrik
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM) (berhenti belajar)
PekerjaanSelebriti internet, YouTuber, pelakon, pengarah
Tahun aktif2013–kini
Terkenal keranaMael Totey The Movie (2020)
PasanganAnnisa Faizul (k. 2018)
Anak1
Maklumat YouTube
Saluran
Genre
Pelanggan2,410,000
Jumlah tontonan362,462,839
YouTube Silver Play Button 2.svg 100,000 pelanggan 2019
YouTube Gold Play Button 2.svg 1,000,000 pelanggan 2020

Muhd Syahmi Sazli (lahir 23 Mac 1995) merupakan seorang pelakon, pengarah dan selebriti internet Malaysia.[1] Beliau mula dikenali menerusi video pendek pertama arahannya, Baso Jate Pilih Rupo pada 2017 dan sebagai pelakon dan pengarah filem sulungnya, Mael Totey The Movie yang dikeluarkan pada 2020.[2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Syahmi Sazli memulakan kerjayanya di YouTube apabila beliau memuat naik video pendek sulungnya, Baso Jate Pilih Rupo yang turut menampilkan Asif Suhaimi dan Yoe Parey. Syahmi seterusnya muncul dalam Drama Spontan (2019) yang telah dinobatkan Video Pendek Baek di Konsert Throwbaek 2019.[3] Bekerja di bawah arahan Abdul Razak Mohaideen, mereka berlakon dalam filem Syif Malam Raya yang meraih kutipan RM3 juta di Astro First.[1][4] Beliau mula menduduki kerusi pengarah menerusi filem sulung arahannya, Mael Totey The Movie yang dikeluarkan di Astro First pada 22 Oktober 2020. Filem ini menjadi kejayaan komersial dan telah meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM6.4 juta dalam tempoh 24 hari tayangan.[5][6]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Syahmi dilahirkan di Kampung Gertak Kechupu, Kota Bharu, Kelantan. Beliau merupakan pelajar Kejuruteraan Elektrik di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Shah Alam, Selangor, namun tidak memperolehi ijazah kerana beliau memutuskan untuk berhenti belajar.[1] Beliau berkahwin dengan Annisa Faizul dan dikurniakan seorang anak, Ainul Mardhiah.[1]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama pendek
Tahun Tajuk Peranan
2017 Baso Jate Pilih Rupo
2019 Drama Spontan
2020 Mael Totey Mael Totey
Filem
Tahun Tajuk Peranan Catatan
2020 Syif Malam Raya Filem pertama lakonan
Mael Totey The Movie Mael Totey Filem pertama arahan

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan Ruj.
2019 YouTube Gold Play Button N/A Dirinya sendiri Menang [7]
Konsert Throwbaek 2019 Video Pendek Baek Drama Spontan Menang [8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "Pengorbanan Syahmi Sazli berhenti belajar berbaloi". Sinar Harian. 10 Ogos 2020. Dicapai pada 21 November 2020.
  2. ^ Ridzuan Abdul Rahman (15 Oktober 2020). "Syahmi Sazli sedia dikritik". Harian Metro. Dicapai pada 21 November 2020.
  3. ^ "Drama Spontan: What is actually happening behind the Syahmi-Asif feud" [Drama Spontan: Apa yang sebenarnya berlaku antara Syahmi-Asif] (dalam bahasa Inggeris). Hype.my. 3 September 2019. Dicapai pada 21 November 2019.
  4. ^ Mya Amri (21 Mei 2020). "Dari YouTube ke bintang filem, sebak pula bila Syahmi cakap "kami ini hanya..."". Astro Gempak. Dicapai pada 21 November 2020.
  5. ^ "Filem pertama selebriti YouTube, Syahmi Sazli kini di Astro First". Utusan Borneo. 22 Oktober 2020. Dicapai pada 21 November 2020.
  6. ^ Mumtaj Begum (16 November 2020). "Mael Totey The Movie earns RM6.4mil in 24 days" [Mael Totey The Movie raih RM6.4 juta dalam tempoh 24 hari] (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 21 November 2020.
  7. ^ Amynur Akmal (20 Ogos 2019). "Anak Kelate 'sohor' di YouTube, Syahmi Sazli terima Anugerah YouTube Gold Play Button". Media Hiburan. Dicapai pada 21 November 2019.
  8. ^ "Riuh habis pentas, Syahmi Sazli raih anugerah di Konsert Throwbaek 2019". Erin Sakura. Dicapai pada 21 November 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]