Syahrizan bin Zainaldin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Syahrizan bin Zainaldin (lebih mesra dipanggil E-jan dikalangan peminat-peminatnya) adalah seorang ahli kumpulan penyanyi Malaysia Antz. E-jan dahulunya sering menggantikan tempat ahli anggota Q-face jika ahli kumpulan tersebut tidak dapat hadir mana-mana persembahan.

E-jan merupakan ahli anggota Antz yang paling disenangi peminat-peminatnya berikutan sikapnya yang ramah-tamah. Anak ke-4 dari 5 beradik ini mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Dato' Bentara Luar, Batu Pahat mempunyai cita-cita mahu menjadi pensyarah muzik satu hari nanti. E-jan yang berbintang Pieces ini menyambut hari jadinya pada 18 Mac.