Syaiful Reza bin Mohamed

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
REZA MOHAMED
DR.JPG
Latar belakang
Berasal dari Malaysia Sibu, Sarawak, Malaysia
Pekerjaan Penyampai Radio/Pengacara/Penghibur
Tahun aktif 2006–kini
Laman sesawang

Myspace

Era FM

Biografi[sunting | sunting sumber]

Syaiful Reza bin Mohamed atau dikenali sebagai Reza Mohamed dilahir di Kampung Dato, Sibu, Sarawak pada 25 Ogos 1978. Beliau memulakan kerjaya beliau pada tahun 2006 sebagai penyampai di Radio Era FM yang ke udara dari jam 4 petang hingga 8 malam setiap Isnin hingga Jumaat dalam segmen Petang ERA. Kini beliau mengusahakan Patung Studio dan disewakan untuk berlatih tarian mahupun lakonan.

Reza juga mempunyai pertalian darah dengan penyanyi Noh Hujan aka Noh Salleh yang juga sepupunya.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sebelum memulakan kerjaya dalam bidang nyanyian dan penyiaran, Reza merupakan seorang penari. Kemudiannya beliau beralih ke sesuatu yang amat berbeza iaitu sebagai penyanyi/penghibur di hotel-hotel dan kelab-kelab pada tahun 1998. Selama lebih kurang 7 tahun berkecimpung dalam kerjayanya di kelab dan hotel, Reza mencuba nasib dalam menyertai rancangan realiti Akademi Fantasia Musim ke 3 atas dorongan rakan-rakan dan keluarganya dan di situ bermulalah kerjayanya dalam bidang penyiaran.

Pada tahun 2006, Reza dipilih sebagai pengacara rancangan Durian Runtuh untuk Astro Ria dan tampil di layar perak buat pertama kalinya sebagai Azam dalam filem Malaikat Maut arahan Bade Hj Azmi, terbitan Tayangan Unggul.

Pada tahun 2008 pula, Reza dipertanggungjawabkan untuk mengacara rancangan terbitan Astro Ria, Kelab POP.

Sepanjang kerjayanya di radio nombor 1 negara, Era FM, bakat suaranya disalurkan dalam pelbagai iklan radio tanahair.


Pautan luar[sunting | sunting sumber]