Syamim Farid
Syamim Farid | |
---|---|
![]() Syamim di Dewi Remaja Glam Night 2015. | |
Kelahiran | Syamim binti Mohd Farid 29 Januari 1991 |
Pendidikan | Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Perniagaan |
Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA |
Pekerjaan | Pelakon, Model, Pengacara |
Tahun aktif | 2014–kini |
Pasangan | YM Tengku Ezrique Ezzudean (k. 2016) |
Che' Puan Syamim Mohd Farid (lahir 29 Januari 1991) merupakan seorang pelakon, pengacara dan model wanita Malaysia. Kerjayanya bermula selepas bergelar Naib Juara Dewi Remaja 2014/15.[1][2]
Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]
Che' Puan Syamim dilahirkan dan dibesarkan di Batu Caves, Selangor. Beliau merupakan anak ketiga daripada empat adik-beradik. Beliau juga merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Perniagaan dari Universiti Teknologi MARA.[3]
Pada 19 Mac 2016, beliau telah berkahwin dengan Yang Mulia Bentara Raja Tengku Ezrique Ezzudean bin Tengku Dato’ Ardy Esfandiari Al-Haj yang juga merupakan kerabat diraja Selangor.[4][5] Bapa mertuanya iaitu Yang Dimuliakan Tengku Seri Paduka Shah Bandar Tengku Dato’ Ardy Esfandiari Al-Haj bin Tengku Abdul Hamid Shah merupakan Orang Besar Istana.[6]
Kerjaya[sunting | sunting sumber]
Beliau mula menceburi dunia hiburan tanah air selepas menjadi sebagai salah seorang finalis sekaligus bergelar Naib Juara Dewi Remaja 2014/15 yang turut disertai Raysha Rizrose yang merangkul gelaran Dewi Remaja, Balqish Maarif, Deeba Halil, Puteri Aishah, Fify Azmi, Mimi Lana, Natrah Khalid dan Mawar Rashid.[7]
Selepas Dewi Remaja tamat, beliau ditawarkan menjadi pengacara rancangan hiburan Astro Ria, HLive! bersama CK Faizal, Donna Muslim, Dahlia Shazwan dan Adriana Adnan. Kerjaya lakonan beliau bermula dengan membintangi drama Lelaki Macam Dia, kemudian diikuti oleh drama online Mata Cinta sebagai Ejay di HyppTV (kini Unifi TV).
Beliau juga memegang watak sebagai Shanie dalam drama Cinta Tiada Ganti, adaptasi dari drama Filipina, Sana'y Wala Nang Wakas, yang memerlukan beliau untuk menyanyi.[8] Ia mengisahkan percintaan Ara dan Mukhriz yang penuh dengan ujian.[9]
Filemografi[sunting | sunting sumber]
Drama[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2016 | Lelaki Macam Dia | Astro Ria | ||
2017 | Mata Cinta | Ejay | Astro Gempak | Web drama |
2018 | Cinta Tiada Ganti | Shanie | Astro Prima | Adaptasi drama Filipina |
Kan Ku Kejar Cinta Kamu | Kalsom | Astro Ria | Adaptasi dari Novel | |
2019 | Surat Cinta Buat Tuhan | Nina | Astro Oasis | |
2020 | Dua Takdir Cinta | Laila | Astro Prima | Adaptasi telenovela Colombia |
Seindah Tujuh Warna Pelangi | Erni | TV3 | ||
2021 | Hati Yang Dikhianati | Athira (Tyra) | Astro Prima | Adaptasi telenovela Veneuzela |
2022 | Tumpang Lalu Bang | Azura | TV9 | |
Sekali Lagi Cinta Kembali | Elina & Heliza | TV3 |
Televisyen[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|
2014-15 | Dewi Remaja | Astro Ria | Dirinya sendiri/Peserta |
2016 | HLive! | ||
2017 | Go Shop | Go Shop | |
2018 | Gaya VIP | My Freeview | |
2019 | Tumit Tinggi | TV1 |
Pencapaian[sunting | sunting sumber]
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2014 | Dewi Remaja 2014/15 | N/A | Naib Juara |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Nor Eryani Yusop (11 Oktober 2017). Status bukan penghalang Diarkibkan 2018-07-23 di Wayback Machine Kosmo!. Dicapai pada 21 Oktober 2017.
- ^ Nor Akmar Samudin (27 Jun 2017). Pengacara berilmu fokus Syamim Harian Metro. Dicapai pada 21 Oktober 2017.
- ^ Mustazah GP. (9 September 2018). [1]. Iluminasi.
- ^ Aqmar Mustaza (18 Oktober 2017) Che Puan Syamim keluar dari zon selesa Sinar Harian. Dicapai pada 21 Oktober 2017.
- ^ Lynn Mazlina. (16 Mei 2021). [2]. SinarPlus.
- ^ Laman web rasmi Darjah Kebesaran Negeri Selangor Darul Ehsan. [3]
- ^ Rudy Imran Shamsuddin (24 Mei 2015). Detik penentuan Diarkibkan 2018-06-19 di Wayback Machine Harian Metro. Dicapai pada 19 Jun 2015.
- ^ Zulaikha Yusof (8 September 2018). Syamim Farid Sahut Cabaran Jadi 'Penyanyi' Astro Gempak. Dicapai pada 8 Disember 2018.
- ^ (12 Julai 2018). Cubaan cetus fenomena Harian Metro. Diperoleh pada 27 Julai 2018.