Syamsul Amri Ismail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Syamsul Debat
Kelahiran
Syamsul Amri bin Ismail

(1977-08-03) 3 Ogos 1977 (umur 46)
PendidikanDiploma Pentadbiran Awam dan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPendakwah bebas, pengacara, pakar motivasi, ahli politik, personaliti media
Tahun aktif1997–kini
PasanganUngku Norhayati Binti Ungku Abu Bakar


Syamsul Amri Ismail atau lebih dikenali sebagai Syamsul Debat (lahir 3 Ogos 1977) merupakan seorang personaliti televisyen Malaysia.[1][2] Beliau terkenal dengan rancangan televisyen keagamaanya yang kebanyakkannya disiarkan di TV AlHijrah.[3]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan sebagai Syamsul Amri bin Ismail pada 3 Ogos 1977 di Kampung Ayer Dedali, Batu Kikir(TK),Jempol, Negeri Sembilan. Beliau memulakan persekolahannya di Sekolah Kebangsaan Paroi (1983-1989) seterusnya Sekolah Menengah Agama Persekutuan, Labu (1990-1992) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said, Seremban (1993-1994). Beliau telah melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Lendu Alor Gajah , Melaka dalam diploma Pentadbiran Awam dan seterusnya menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda undang-undang juga di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.[4]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Syamsul memulakan kerjaya awalnya di Majlis Perbandaran Seremban. Selain itu, beliau juga mengendalikan urusan membawa jemaah menunaikan ibadah umrah dan program pelancongan.

Beliau paling dikenali sebagai pengacara rancangan keagamaan Syamsul Debat yang bersiaran di TV AlHijrah. Selain itu, beliau juga pernah berlakon dalam filem This Is Pilah yang dikeluarkan pada 2018.[5]

Syamsul mengumumkan telah melepaskan semua jawatan beliau dalam UMNO berkuat kuasa serta merta pada 18 Mei 2018 selepas pilihan raya umum ke-14 setelah Najib Razak kehilangan kuasa sebagai Perdana Menteri,[6] namun beliau kekal sebagai ahli UMNO.[7][8]

Syamsul kini memegang jawatan sebagai Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (Adam) yang terlibat aktif dengan ceramah motivasi serta program pembangunan kerjaya dan masyarakat.[9]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar, beliau lebih mesra dengan panggilan Abang Acoy oleh keluarganya.[10] Pada Mac 2018, Syamsul Debat memberikan respons beliau ketika mengulas laporan akhbar tempatan yang mendakwa dirinya mempunyai skandal dengan isteri orang, namun beliau bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan belum disoal pihak berkuasa.[11] Beliau melahirkan rasa terkejut selepas dihujani pelbagai pertanyaan daripada ahli keluarga sebaik saja pulang dari mengerjakan umrah di Makkah, Arab Saudi.[12][13]

"Saya tidak tahu (kandungan laporan polis itu), cuma saya berdasarkan laporan akhbar yang menyebut dan meletakkan gambar saya, merujuk kepada saya dan meletakkan biodata dan profil saya. Itu pada saya agak (tidak kena). Sebab itu saya panggil sidang media untuk penafian ini. Laporan akhbar tulis ada laporan polis dibuat di Johor Bahru dan kita pun tak tahu siapa, lelaki ke perempuan ke, (dan) orang yang buat tuduhan dan saya tak boleh kata apa cuma kalau tuduhan itu kata libat isteri orang, saya menafikan. Apa tuduhannya pun kita tak jelas,"

Pada Mei 2018, satu rakaman video tular di media sosial kononnya ceramah Syamsul tidak mendapat sambutan orang ramai disahkan palsu. Rakaman tersebut telah diubah suai dipercayai dengan niat memburuk-burukan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat.[14][15]

Syamsul Debat mendedahkan dalam temuramah eksklusif bersama Utusan Malaysia bahawa beliau pernah dirotan oleh Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad ketika berada di tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said (SMKA SHAMS), Seremban. Menurutnya, hukuman itu diterima kerana beliau dan rakan-rakan tidak hadir ke sekolah dan sering menghabiskan masa di luar. Beliau berkata: "Masa itu pernah ponteng sekolah dan melepak bersama kawan-kawan di luar. Waktu itu, Datuk Mohd. Yusof merupakan pengetua di SMKA SHAMS sehinggalah ketidakhadiran kami ke sekolah dapat dihidu oleh guru-guru".[9]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2018 This Is Pilah Dirinya sendiri Filem pertama, penampilan khas
2021 Kampung Latah Kena Kuarantin Bro Aji Penampilan khas

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2021 Janda Kosmopolitan Dirinya sendiri Awesome TV
Lockdown Ustaz Astro Ria
Keluarga Untuk Disewa Ustaz Ismail TV9

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2016 Syamsul Debat Pengacara TV AlHijrah
2017 Sejuta Rahsia
2018 Duo Syamsul

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Kahwin Bukan Nak Suko-Suko Jo, Jang (2017)
  • Saya Bukan Ustaz Tapi Baru Nak Start (2017)

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • Johan Pidato UiTM Melaka (1998)
  • Johan Debat Piala Provos UiTM Melaka (1998)
  • Tempat Ketiga Debat DiRaja di USM Pulau Pinang (Pendebat Terbaik Keseluruhan) (1999)
  • Johan Pidato Kenegaraan Negeri Sembilan (2000)
  • Johan Pidato Kenegaraan Peringkat Kebangsaan di Ipoh (2000)
  • Tempat Ketiga Debat DiRaja di UUM (Ranking Pertama Pendebat Terbaik Seluruh Malaysia) (2002)
  • Johan Debat Perdana anjuran Majlis Peguam Malaysia (2002)
  • Johan Debat Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) (Pendebat Terbaik Keseluruhan) (2002)
  • Johan Debat Komuniti Bestari Negeri Sembilan (2003)
  • Johan Debat Komuniti Bestari (Pendebat Terbaik Pertandingan Akhir) (2003)
  • Johan Pidato KEMAS Negeri Sembilan (2003)
  • Johan Pidato anjuran KEMAS Negeri Sembilan (2004)
  • Ketua Hakim bagi pertandingan debat
  • Jurulatih Debat dan memiliki Sijil Penghakiman Debat oleh MADUM
  • Johan Pidato Perdana Islam Hadhari Kebangsaan di PWTC (2006)
  • Jurulatih sambilan untuk Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh serta beberapa buah Universiti Tempatan termasuk UNIMAS di Sarawak

Keputusan Pilihan Raya[sunting | sunting sumber]

Tahun DUN Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Jumlah undi Majoriti
2018 Sikamat, Negeri Sembilan Syamsul Debat BN (UMNO) 6,419 Aminuddin Harun PH (PKR) 9,832 17,579 3,413
Rahim Yusof PAS 1,331
Bujang Abu BEBAS (RUMAH) 15

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor (24 Jun 2018). "Syamsul Debat masih 'ligat'". Berita Harian. Dicapai pada 24 Jun 2018.
  2. ^ "Daripada lantai debat, Syamsul ke pentas dakwah". Berita Harian. 31 Ogos 2016. Dicapai pada 14 Disember 2016.
  3. ^ Raja Noraina Raja Rahim (28 April 2018). "Syamsul Debat tak kejar populariti". Harian Metro. Dicapai pada 20 Mei 2018.
  4. ^ Nor Akmar Samudin (9 November 2016). "'Saya bukan ustaz'". Harian Metro. Dicapai pada 20 Mei 2018.
  5. ^ Raja Noraina Raja Rahim (22 Jun 2018). "Saya tidak kisah berlakon, asalkan tiada babak atas katil: Syamsul Debat". Astro Awani. Dicapai pada 22 Jun 2018.
  6. ^ Raja Noraina Raja Rahim (19 Mei 2018). "Syamsul Debat letak jawatan dalam UMNO". Berita Harian. Dicapai pada 20 Mei 2018. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  7. ^ Raja Noraina Raja Rahim (19 Mei 2018). "Syamsul Debat quits party post, but remains UMNO member". New Straits Times. Dicapai pada 20 Mei 2018. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  8. ^ Haradian Shah Hamdan (19 Mei 2018). "Syamsul Debat letak semua jawatan dalam UMNO". Utusan Malaysia. Dicapai pada 20 Mei 2018. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  9. ^ a b Hasif Idris (26 Mac 2018). "Syamsul Debat pernah dirotan mufti". Utusan Malaysia. Dicapai pada 31 Mei 2019.
  10. ^ Dulu Abang Acoy, kini Ustaz Syamsul Debat Agenda Daily (21 November 2016). Dicapai pada 7 Mei 2017.
  11. ^ Khairulkheiza Mohd Najib (26 Mac 2018). "Syamsul Debat nafi terlibat skandal isteri orang". Sinar Harian. Dicapai pada 20 Mei 2018.
  12. ^ "Syamsul Debat nafi skandal seks". Free Malaysia Today. 27 Mac 2018. Dicapai pada 20 Mei 2018.
  13. ^ Tuty Haryanti Ahmad Rodzi (26 Mac 2018). "Syamsul Debat: Nak jejaskan reputasi saya?". Harian Metro. Dicapai pada 20 Mei 2018.
  14. ^ Hasif Idris (1 Mei 2018). "Video ceramah Syamsul Debat palsu tiada sambutan". Utusan Malaysia. Dicapai pada 1 Mei 2018.
  15. ^ Raja Noraina Raja Rahim (1 Mei 2018). "'Bila masa saya ceramah tiada orang': Syamsul Debat". Harian Metro. Dicapai pada 1 Mei 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]