Syamsul Yusof

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Syamsul Yusof
Syamsul Yusof.jpg
Syamsul Yusof sewaktu menerima trofi Anugerah Khas Juri di Festival Filem Malaysia ke-21 pada 9 Ogos 2008.
Kelahiran Mohd Syamsul bin Mohd Yusof
(1984-05-21) 21 Mei 1984 (umur 33)
Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Malaysia
Warganegara Malaysia
Pendidikan Penyiaran dan Kewartawanan
Pusat pendidikan Akademi TV3 (kini Institut Media Integratif Malaysia)
Pekerjaan Pelakon, penyanyi, penulis skrip, pengarah, penerbit
Tahun aktif 2005–kini
Karya terkenal Evolusi KL Drift
Evolusi KL Drift 2
KL Gangster
Munafik
Pasangan Puteri Sarah Liyana (berkahwin 2014)
Ibu bapa Datuk Yusof Haslam (bapa)
Datin Patimah Ismail (ibu)
Saudara Syafiq Yusof (adik)
Faizal Yusof (abang tiri)
Sabrina Ali (sepupu)
Rizal Ashreff (sepupu)
Anugerah Lihat senarai penuh
Kerjaya muzik
Genre Hip hop, R&B, Nasyid
Instrumen Vokal
Kegiatan berkait Dr. Anwar Fazal, James Baum, Mawi

Syamsul Yusof (lahir 21 Mei 1984) ialah seorang pelakon, pengarah dan penyanyi lelaki Malaysia. Beliau terkenal menerusi filem-filem bercorak aksi di Malaysia dan mencipta rekod sebagai pengarah termuda memenangi anugerah Festival Filem Malaysia ke-23 iaitu pada usia 26 tahun.

Masyarakat umum mengenali dirinya sebagai anak kepada pengarah tersohor yang pernah mendapat jolokan Six Million Dollar Man iaitu sutradara Dato' Yusof Haslam. Hasil kejayaan bapa beliau diteruskannya dengan cemerlang setelah penghasilan beberapa filem yang pecah panggung dan digelar The Twenty Million Man.[1] Secara keseluruhannya, sembilan filem yang diarahkan oleh beliau telah berjaya mengumpul kutipan sebanyak RM 54.36 juta, filem-filem arahannya seperti Evolusi KL Drift (2008), KL Gangster dan Aku Bukan Tomboy (2011) menjadi kejayaan komersial dan mendapat sambutan yang menggalakkan, tawaran berlakon drama TV juga tetap diperolehinya, antara drama lakonannya ialah Cik Ah Cik Nin (2009), Ameera (2012) dan Gerak Khas (2015).[2]

Sebagai penyanyi, beliau telah mengeluarkan dua single kolaborasinya bersama Mawi - "Kalah Dalam Menang" yang merupakan lagu tema filem Munafik arahannya dan lagu "Bukan Propaganda" yang menjadi lagu tema filem Desolasi lakonannya. Beliau juga dilantik sebagai duta jenama motosikal, SYM Motors bersama peman bola sepak, Safee Sali.

Syamsul telah menerima pelbagai anugerah dan penclaonan dalam kerjaya lakonan dan sinematografi, termasuk Festival Filem Malaysia ke-23 bagi Pengarah Terbaik, Anugerah Skrin ke-10 bagi Lakon Layar Terbaik dan Anugerah Blokbuster 2012 bagi Tuan Direktor Terhebat.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Syamsul dilahirkan pada 21 Mei 1984 di Kuala Lumpur dan merupakan anak kedua daripada empat beradik. Merupakan seorang yang berdarah seni, beliau menetap di Kuala Lumpur. Beliau mewarisi bakat seni daripada bapanya, Dato' Yusof Haslam. Sepupunya ialah dramatis Sabrina Ali dan Rizal Ashreff dan pemain sinetron popular Indonesia iaitu Miller Khan dan Aliff Alli. Beliau berkelulusan dalam bidang Penyiaran dan Kewartawanan di Akademi TV3 yang kini dikenali sebagai Insitut Media Integratif Malaysia atau MIIM.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

2005–2007: Permulaan kerjaya dan kejayaan komersial[sunting | sunting sumber]

Walaupun beliau lahir dalam keluarga yang mempunyai syarikat perfileman gergasi di Malaysia, beliau tetap menerima cabaran yang berat, yang datang daripada ayahnya sendiri. Ayah beliau ingin menguji kemampuan anaknya dengan memberi tugasan mengarah drama arahan bapanya, Gerak Khas, untuk beberapa episod. Selepas berjaya mengharungi cabaran tersebut, hasrat beliau untuk duduk di kerusi pengarah filem akhirnya tercapai. Tetapi, cabaran lain pula tiba. Skrip yang dihasilkan beliau bersama sepupunya, Rizal Ashreff, ditolak oleh bapanya dan menyuruh menilai semula skrip tersebut. Setelah penyemakan semula, akhirnya projek filem pertamanya diluluskan dengan bajet bernilai RM 1. 35 juta sebagai kos dan tarikh siap selama 35 hari. Agak membebankan apabila beliau yang baru mula mengarah terpaksa berhadapan situasi yang begitu memberi tekanan kepada beliau. Pada masa pembikinan filem tersebut, beliau terpaksa berbalah dengan bapanya soal kos filem yang terpaksa dinaikkan sehingga RM 2 juta.[3] Beliau menangis dan timbul rasa serik untuk mengarah filem. Tetapi, anak kepada Six Million Dollar Man ini tidak mengenal penat setelah filem pertamanya, Evolusi KL Drift berjaya di pawagam.[4][5] Kini, beliau masih giat mengarah beberapa filem yang pecah panggung dan melangkau kejayaan yang diukir oleh bapanya sendiri.

2008–2011: Evolusi KL Drift 2, Khurafat dan Pengarah Terbaik[sunting | sunting sumber]

Syamsul bersama trofi Festival Filem Malaysia yang dimenanginya.

Selepas mengarah filem Evolusi KL Drift, beliau meneruskan langkah dengan mengarah filem bercorak aksi kontroversi, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam. Filem ini mendapat perhatian ramai apabila tajuk filem ini yang kurang sesuai untuk tatapan umum. Tetapi beliau mempunyai alasan tersendiri.[6] Beliau masih mengekalkan trademark beliau dengan mengarah filem-filem aksi. Filem ini dilihat berjaya. Seterusnya, beliau meneruskan kesinambungan trilogi Evolusi KL Drift menerusi Evolusi KL Drift 2.[7] Kali ini, penceritaan yang dilakukan kelihatan agak kemas dan begitu baik. Filem yang dibintangi oleh dirinya sendiri, Farid Kamil, Aaron Aziz, Scha Al-Yahya dan Remy Ishak ini mendapat kutipan yang membanggakan. Dengan filem tersebut, bermulanya langkah cemerlang apabila menggondol anugerah Pengarah Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-23.[8] Kejayaan yang beliau kecapi ini telah melampaui apa yang pernah dicapai bapa beliau.

Beliau ingin mewarnai portfolio seorang pengarah dengan mengarah pelbagai jenis genre filem. Percubaan pertama beliau berhasil. Tahun 2011 menunjukkan kebangkitan sentuhan filem beliau apabila filem seram pertamanya, Khurafat: Perjanjian Syaitan lakonan beliau bersama Liyana Jasmay menjengah pawagam dan mencipta rekod baru apabila mencapai kutipan RM 8 juta. Kejayaan ini merupakan satu kejutan bagi industri perfilem di Malaysia.[9]Pengkritik memberi pujian kepada percubaan pertama beliau dalam mengarah filem seram.[10]

Keganasan filem arahan beliau tidak terhenti di situ. Beliau mengganas semula dengan filem aksi pertarungan, KL Gangster. Filem ini membuka mata semua pihak yang sering memperlekeh filem Melayu. Beliau begitu teliti dalam penghasilan filem ini yang dibuat khas untuk tontonan semua.[11] Kejayaan filem ini begitu mengejutkan apabila mendapat kutipan hampir RM 12 juta,[12] dua kali ganda apa yang dicapai oleh bapanya melalui Sembilu II.[12] Filem ini berjaya memberi saingan kepada filem-filem luar yang ditayangkan di Malaysia.[12] Beliau turut menyatakan kesusahan untuk mengumpulkan senarai pelakon yang dikehendaki beliau untuk filem ini. Beliau turut meraih kejayaan pada Festival Filem Malaysia ke-24 apabila berjaya menggondol anugerah Pengarah Terbaik untuk dua tahun berturut-turut menerusi filem KL Gangster.[13]

Filem keenam arahannya, Aku Bukan Tomboy menemui penonton di pawagam pada 17 November 2011, filem ini memperlihatkan Syamsul ingin lari dari kebiasaanya terhadap filem bergenre aksi, apabila beliau mencuba genre komedi romantik untuk filem ini yang mana skrip asalnya ditulis oleh bapanya, filem lakonan Scha Al-Yahya, Shaheizy Sam dan dirinya sendiri mendapat sambutan dan menerima ulasan positif dari pengkritik filem meskipun menjadi kegagalan komersial.[14][15][16]

2012–2014: Anugerah Blokbuster dan KL Gangster 2[sunting | sunting sumber]

Pada 2012, filem ketujuh arahannya, Jalan Kembali: Bohsia 2 yang merupakan kesinambungan daripada filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam ditayangkan pada 7 Jun, beliau sendiri turut berlakon dalam filem ini dengan melakonkan kembali watak Mus bersama-sama pelakon asal, Nabila Huda (Tasya) dan Salina Saibi (Amy).[17] Beliau kemudiannya membintangi filem psiko-thriller romantik SAM: Saya Amat Mencintaimu arahan adiknya, Syafiq yang ditayangkan pada 19 Ogos 2012, dalam filem yang turut dibintangi oleh Shaheizy Sam dan Lisa Surihani sebagai pelakon utama, beliau memegang watak Jeffri yang merupakan rakan sekerja Sam dan Lisa.[18] Beliau bergandingan bersama Rita Rudaini sebagai pelakon utama drama Ameera yang disiarkan di Slot Samarinda TV3, ini merupakan penampilan pertama beliau menerusi drama di TV3 selepas kemunculannya di dalam drama Airmata Maria terbitan Skop Productions pada 2007.

Syamsul (kiri), bersama bapanya, Yusof Haslam (tengah) dan adiknya, Syafiq (kanan).

Pada masa yang sama, beliau membintangi telefilem Asmara Beijing arahan bapanya, Datuk Yusof Haslam, bersama Salina Saibi dan Norman Hakim, telefilem yang disiarkan di Astro Citra mengisahkan tentang Dira yang membawa dirinya ke Beijing, China selepas merajuk dengan cintanya kepada Rizal, telefilem ini menjalani penggambaran di Beijing dan selebihnya dilakukan di Kuala Lumpur.[19] Syamsul bergandingan bersama Kamal Adli dan Hanis Zalikha sebagai pelakon utama filem aksi komedi arahan bapanya, Datuk Yusof Haslam dan Ahmad Idham,[20] Gangster Celop yang merupakan gabungan daripada filem KL Gangster dan drama Apa Celop!, filem yang ditayangkan pada 21 Februari 2013 ini berkisarkan berkisar mengenai dua orang bekas gangster iaitu Adam (Syamsul Yusof) dan Aman (Kamal Adli) yang baru selesai menjalani hukuman penjara selama lima tahun, bertekad untuk menjadi insan yang lebih baik.[21] Filem ini turut dibintangi oleh Yus Raja Lawak, Azad Jazmin, Usop Wilcha dan Reen Rahim. Selepas Gangster Celop, beliau berlakon dalam filem Oh Mak Kau! arahan Ain Nordin yang ditayangkan pada 16 Mei 2013.[22] Pada Oktober, beliau meraih kemenangan besar dengan membawa pulang lima trofi termasuk filem arahannya, KL Gangster merangkul kategori Filem Terhebat Anugerah Blokbuster, yang julungkali diadakan.[23] Selain itu, filem Khurafat arahannya turut memenangi Anugerah Filem Takut Terhebat, KL Gangster menerusi Filem Aksi Terhebat, Anugerah Tuan Direktor Terhebat serta Anugerah Khas PFM daripada penganjur majlis anugerah ini iaitu Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM).[23][24]

Filem kelapan arahannya, KL Gangster 2[25] menemui penonton di pawagam, masih mengekalkan Aaron Aziz, Adi Putra, Soffi Jikan dan Zizan Razak serta dirinya sendiri dan juga Rosyam Nor. Namun, dua bulan sebelum ditayangkan, industri filem negara telah dikejutkan dengan dengan penyebaran filem ini secara haram menerusi internet.[26] Beliau mengambil langkah segera dengan membuat laporan kepada pihak berkuasa bagi membendung penyebaran meluas filem ini,[27] sambil memberi amaran keras kepada pihak yang bertanggungjawab melakukan perkara tersebut. Meskipun kontroversi itu, filem ini mendapat sambutan meluas daripada penonton dan mencatat kutipan sebanyak RM4.96 juta, jumlah kutipan yang agak terendah daripada filem KL Gangster.[28] Insiden ini menyebabkan Syamsul berasa tertekan dan kecewa hingga tidak menghadiri majlis pratonton dan tayangan perdana serta mempromosikan filem ini,[29][30][31][32] sehingga beliau nekad untuk berhenti mengarahkan filem.[33] Syamsul sekali lagi berlakon di bawah arahan adiknya, Syafiq Yusof menerusi filem Abang Long Fadil yang merupakan spin-off dari filem KL Gangster, dalam filem yang dibintangi oleh Zizan Raja Lawak dan Kamal Adli, beliau memegang tiga watak – iaitu Zack (watak lakonannya dalam Evolusi KL Drift), Mus (dari Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam) dan Shark (KL Gangster), filem ini merupakan satu kejayaan komersial dan mendapat sambutan positif dari penonton dan pengulas filem serta meraih kutipan kasar sebanyak RM 4.61 juta.[34]

2015–kini: Kebangkitan semula, Gerak Khas dan Munafik[sunting | sunting sumber]

Pada Mei 2015, Syamsul membintangi watak utama sebagai Supritendan Jefri dalam Gerak Khas musim ke-15, [35][36] sebelum ini beliau pernah menjayakan beberapa episod Gerak Khas sebagai pelakon undangannya.[37] Selepas tiga tahun menyepi dari kerjaya sinematografinya akibat terjejas terhadap nasib yang menimpa filem KL Gangster 2 arahannya, Syamsul bangkit semula[38] menerusi filem terbaru beliau Munafik ditayangkan di pawagam pada 27 Februari 2016, Syamsul sendiri turut berlakon dalam filem kesembilan arahannya dengan melakonkan watak utama sebagai Ustaz Adam, seorang ustaz yang dikurniakan ‘kelebihan’ kerana setiap pesakit yang mengalami ‘gangguan’ sering berjaya diubatinya mengikut cara perubatan Islam. Filem yang turut dibintangi oleh Nabila Huda, Pekin Ibrahim dan Fizz Fairuz ini melayakkan Syamsul menerima anugerah Pengarah Terbaik dan Suntingan Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-28.

Syamsul dilaporkan bakal menghasilkan kesinambungan filem itu yang menjalani penggambaran pada hujung 2016[39][40] yang dilaporkan bakal dibintangi oleh Mawi dan Maya Karin serta pelakon jelita Indonesia, Dian Sastrowardoyo.[41] Ia telah dilaporkan yang Nabila Huda tidak akan terlibat dalam Munafik 2 dan skrip filem ini juga ditulis semula oleh Syamsul walaupun ia hampir disiapkan kerana merasakan skrip berkenaan tidak melangkaui apa yang pernah dihasilkan menerusi filem pertama sebelum ini.[42] Kini, Syamsul menyiapkan filem terbarunya, Makrifat Cinta[43] dan filem ini merupakan filem romantik sulung arahannya bersama Kamal G.[44] Bagaimanapun, ketika menjalani penggambaran filem itu, Syamsul mengalami kecederaan di bahagian kiri bahunya ketika melakonkan babak letupan.[45][46][47] Beliau bagaimanapun berada dalam keadaan stabil selepas mendapat rawatan di sebuah hospital di ibu negara.[48][45][49]

Bakat[sunting | sunting sumber]

Muzik[sunting | sunting sumber]

Selain bidang lakonan dan pengarahan, Syamsul juga berjinak-jinak untuk menjadi penyanyi[50][51] apabila beliau pernah menghasilkan sebuah album EP bersama Dr. Anwar Fazal yang bertajuk The Love Legacy yang mengandungi empat lagu yang terdiri daripada Bidadari, Apakah Semuanya Itu, Ya Robbi dan Hingga Hujung Dunia. Pada 2016, beliau muncul dengan lagu “Kalah Dalam Menang” duet bersama Mawi dan lagu ini merupakan lagu tema filem seram arahannya, Munafik.[52] Selang beberapa bulan selepas itu, lagu tema untuk filem Desolasi pula keluar bertajuk "Bukan Propaganda" menggabungkan kolaborasi kedua bersama Mawi.[53][54]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Syamsul di hari perkahwinannya dengan Puteri Sarah.

Beliau berkahwin dengan pelakon Puteri Sarah Liyana pada 8 Mac 2014. Majlis perkahwinan Syamsul dan Puteri Sarah telah berlangsung di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara, pasangan ini diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri yang sah oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid Al-Mukarramah, Mat Syaharuddin Ar Rashid pada jam 11:30 pagi dengan hanya sekali lafaz bersertakan mas kahwin berjumlah RM 1,111. Majlis perkahwinan Syamsul dan Puteri Sarah dihadiri oleh ahli keluarga pengantin lelaki dan perempuan, sahabat handai dan sanak saudara serta rakan-rakan artis.[55][56]

Pada November 2016, Syamsul berkongsi khabar gembira apabila isterinya, Puteri Sarah disahkan hamil anak lelaki.[57] Perkara gembira itu diketahui ketika membawa isterinya membuat pemeriksaan kehamilan, dua minggu lalu.[57] Menurutnya, dia masih belum membuat sebarang persiapan kelengkapan bayi memandangkan mereka baru sahaja mengetahui jantina bayi mereka.[57] Syamsul dan Puteri Sarah pada awalnya merahsiakan berita baik itu termasuk kepada ahli keluarga kerana mahu kandungan itu betul-betul kuat.[58] Syamsul memberitahu, isterinya turut mengalami alahan muntah dan cepat penat.[58] Pada 19 April 2017, Syamsul dan Puteri Sarah menyambut kedatangan cahaya mata sulung mereka — anak lelaki bernama Syaikhul Islam.[59][60][61][62]

Kontroversi tuduhan ciplak[sunting | sunting sumber]

Pada 17 Februari 2016, Syamsul dan bapanya Yusof Haslam dan syarikat mereka, Skop Productions telah menang dalam kes saman yang dikemukan oleh penulis novel Aku Bohsia, Elias Idris yang mendakwa filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam arahan Syamsul diciplak dari novelnya, Aku Bohsia yang diterbitkan pada 1995.[63] Elias yang menggunakan nama pena Anne Natasha Nita telah diarahkan membayar ganti rugi RM100,000 dan kos berjumlah RM40,000 kepada ketiga-tiga defendan. Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datin Azizah Nawawi selepas mendapati plaintif gagal membuktikan defendan melanggar hak cipta terpelihara novel Aku Bohsia dalam filem yang diterbitkan pada 2009.[64][65][66]

Pada masa sama, Syamsul juga melahirkan rasa syukur apabila namanya telah dibersihkan. Terdahulu, Syamsul memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak pernah membaca dan memiliki novel Aku Bohsia sebelum penerbitan filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam.[67] Syamsul berkata beliau mendapat idea untuk menghasilkan skrip filem itu daripada isu semasa iaitu isu "mat rempit".[67]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Melakonkan watak sebagai Johan dalam filem Khurafat, bersama Liyana Jasmay (Aishah).
Filem
Tahun Judul & Arahan Peranan Nota
2005 Gila-Gila Pengantin Popular

Skop Production
Ace Motion Pictures

Ijam

Watak pembantu

2008 Evolusi KL Drift

Skop Production
Primeworks Studios

Pengarah
Penulis Skrip
Cerita Asal
Zack

Watak utama

  • Anugerah Khas Juri FFM 21-Keberkasan aksi lasak di layar perak
2009 Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam

Skop Production
Primeworks Studios

Pengarah
Penulis Skrip
Cerita Asal
Penyunting
Muz

Watak utama

  • Pencalonan - Penyuntingan Terbaik FFM 22
2010 Evolusi KL Drift 2

Skop Production

Pengarah
Cerita Asal
Lakon Layar
Peyunting
Zack

Watak utama

  • Pengarah Terbaik FFM 23
  • Penyuntingan Terbaik FFM 23
  • Lakon Layar Terbaik Filem ASK 2010
  • Pencalonan - Filem Terbaik ASK 2010
  • Pencalonan - Pengarah Terbaik ASK 2010
2011 Khurafat

Skop Production

Pengarah
Lakon Layar
Cerita Asal
Penyunting
Johan

Watak utama

  • (Pencalonan) - Lakon Layar Terbaik FFM24
  • (Pencalonan) - Cerita Asal Terbaik
  • (Pencalonan) - Penyuntingan Terbaik bersama Hisham Jupri
KL Gangster

Skop Production

Pengarah
Lakon Layar
Cerita Asal
Penyunting
Shark

Watak utama

  • Pengarah Terbaik FFM 24
  • Penyuntingan Terbaik FFM 24
  • Pencalonan - Filem Terbaik ASK 2011
  • Pencalonan - Pengarah Terbaik ASK 2011
Aku Bukan Tomboy

Skop Production

Pengarah
Lakon Layar
Penyunting
Burn

Watak utama

2012 Jalan Kembali: Bohsia 2

Skop Production

Pengarah
Lakon Layar
Penyunting
Muz

Watak utama

SAM: Saya Amat Mencintaimu

Skop Productions
e-mas

Penyunting
Jefri

Watak utama

2013 Gangster Celop

Skop Productions
Excellent Pictures

Adam

Watak utama

Oh Mak Kau! O.M.K
  • Nurul Ain Nordin

Star Scope Production

Lutfan

Watak pembantu

KL Gangster 2

Skop Production
Grand Brilliance

Pengarah
Lakon Layar
Cerita Asal
Penyunting
Shark

Watak utama

2014 Abang Long Fadil

Skop Production Sdn Bhd

Zack / Shark /Mus

Watak utama

2016 Mat Moto

Skop Production Sdn Bhd & Viper Studios Sdn. Bhd.

Mus

Penampilan Khas

  • Heroin :
Munafik
  • Syamsul Yusof

Skop Production Sdn Bhd

Ustaz Adam

Watak Utama

Desolasi

Syafiq Yusof

Skop Production Sdn Bhd

Aiman

Watak Utama

Heroin :Nabilah Dally

2017 Abang Long Fadil 2

Syafiq Yusof

Skop Production Sdn Bhd

Inspektor Wahab

Watak Utama

KL Special Force

Syafiq Yusof

Skop Production Sdn Bhd

(Akan Datang)
Makrifat Cinta
  • Kamal G

Dhananawodd Films Sdn. Bhd.

Mahathir

Watak Utama

2018 Munafik 2
  • Syamsul Yusof

Skop Production

Ustaz Adam

Watak Utama

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran
2006 Gerak Khas (Musim 8) - Episod: "Dendam Remaja" Pelakon undangan TV3
2007 Airmata Maria TV3
2008 Farah Syafikah TV2
2009 Cik Ah Cik Nin[68] Astro Prima
2012 Tanah Kubur (Musim 4) - Episod: "Bunga Haram" Malek Astro Oasis
Ameera Ameer TV3
Evolusi KL Drift: The Series[69] Zack TV2
2015 Gerak Khas Supt. Jefri TV2

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran
2009 Maisara Mus Astro Prima
2012 Asmara Beijing Rizal Astro Citra

Diskografi[sunting | sunting sumber]

EP[sunting | sunting sumber]

Tajuk Maklumat album Catatan
The Love Legacy
  • Dikeluarkan: 2012
  • Label: Red Room Studio
Bersama Dr. Anwar Fazal

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Catatan
2016 "Kalah Dalam Menang"[70][71] Duet bersama Mawi (OST filem Munafik)
"Bukan Propaganda"[72][73] Duet bersama Mawi (OST filem Desolasi)

Endorsmen[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Senarai anugerah dan pencalonan yang diterima oleh Syamsul Yusof
Tahun Anugerah Kategori Penerima/Pencalon Keputusan
2008 Festival Filem Malaysia ke-21 Keberkesanan Aksi Lasak Di Layar Perak Syamsul Yusof, Evolusi KL Drift Menang
2009 Festival Filem Malaysia ke-22 Penyuntingan Terbaik Syamsul Yusof, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam Dicalonkan
2010 Anugerah Skrin 2010 Lakon Layar Filem Terbaik Syamsul Yusof, Evolusi KL Drift 2 Menang
Filem Terbaik Evolusi KL Drift 2 Dicalonkan
Pengarah Terbaik Evolusi KL Drift 2 Dicalonkan
Festival Filem Malaysia ke-23 Pengarah Terbaik Syamsul Yusof, Evolusi KL Drift 2 Menang
Penyuntingan Terbaik Evolusi KL Drift 2 Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 Pelakon Filem Lelaki Popular Syamsul Yusof Dicalonkan
2011 Festival Filem Malaysia ke-24 Lakon Layar Terbaik Syamsul Yusof, Khurafat: Perjanjian Syaitan Dicalonkan
Cerita Asal Terbaik Khurafat: Perjanjian Syaitan Dicalonkan
Penyuntingan Terbaik Syamsul Yusof, Hisham Jupri, Khurafat: Perjanjian Syaitan Dicalonkan
Pengarah Terbaik KL Gangster Menang
Penyuntingan Terbaik Syamsul Yusof, KL Gangster Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 Pelakon Filem Lelaki Popular Syamsul Yusof Dicalonkan
Anugerah Skrin 2011 Filem Terbaik KL Gangster Dicalonkan
Pengarah Terbaik KL Gangster Dicalonkan
2012 Anugerah Blokbuster 2012[75] Anugerah Tuan Direktor Terhebat Syamsul Yusof Menang
Anugerah Khas PFM Syamsul Yusof Menang
Anugerah Filem Takut Terhebat Khurafat: Perjanjian Syaitan Menang
Anugerah Filem Terhebat KL Gangster Menang
2013 Anugerah Blokbuster 2013[76] Tuan Direktor Terhebat Syamsul Yusof, Jalan Kembali: Bohsia 2 Menang
Festival Filem Malaysia ke-26 Pengarah Terbaik Syamsul Yusof, KL Gangster 2 Dicalonkan
Sinematografi Terbaik Syamsul Yusof, Hisham Jupri, KL Gangster 2 Menang
Penataan Bunyi Terbaik Syamsul Yusof, Hisham Jupri, KL Gangster 2 Menang
2016 Festival Filem Malaysia ke-28[77][78] Pengarah Terbaik Syamsul Yusof, Munafik[79] Menang
Penyuntingan Terbaik Syamsul Yusof, Munafik Dicalonkan
Filem Terbaik Bahasa Kebangsaan[80] Munafik Menang
2017 Anugerah MeleTop Era 2017 Bintang Filem MeleTOP Munafik Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ (Inggeris) Rusli, Aidil (19 March 2016). "Box-office storm brewing for Malaysian cinema?". The Malay Mail. Dicapai pada 22 March 2016. 
  2. ^ Azlan, Arina (3 Mar 2016). "Syamsul modenkan Gerak Khas". Kosmo!. Dicapai pada 22 March 2016. 
  3. ^ http://www.sinemamalaysia.com.my/main/clippingnews/Syamsul_terpaksa_berbalah_dengan_bapa_694
  4. ^ Wahiduzzaman (27 Februari 2008). "Syamsul Yusof talks about his directorial debut in "Evolusi KL Drift"". Cinema Online. Dicapai pada 14 Mac 2015. 
  5. ^ http://www.sinemamalaysia.com.my/main/clippingnews/Syamsul_lega_berjaya_sahut_cabaran_bapa_513
  6. ^ http://ohartis.com/2009/04/filem-bohsia-jangan-pilih-jalan-hitam/
  7. ^ Wahiduzzaman (24 Mac 2010). ""KL Drift 2" Menderum Dengan 'Enjin Lama'". mStar Online. Dicapai pada 2010-03-30. 
  8. ^ http://www.izyan.com/2010/10/syamsul-yusof-menangis-menang-anugerah.html
  9. ^ Khurafat Sangat Menyeramkan, Menggugurkan Jantung!, Murai.com.my. Dicapai pada 8 Februari 2011.
  10. ^ http://ohartis.com/2011/01/review-filem-khurafat-perjanjian-syaitan/
  11. ^ http://www.gua.com.my/hiburan/ulasan/KL_Gangster_Filem_Aksi_Yang_Realistik.html
  12. ^ a b c Aqeef Azizan (27 Jun 2011). "KL Gangster dan RM11 Juta – Formula Kejayaan Syamsul Yusof". Majalah Niaga. Dicapai pada 2011-11-30. 
  13. ^ Farizan Zainal (8 Februari 2015). Dari pelakon ke kerusi pengarah Tupai.com.my. Diperoleh pada 26 Februari 2017.
  14. ^ "Filem Aku Bukan Tomboy Selongkar Dunia Tomboy". Sensasi Selebriti. 1 November 2011. Dicapai pada 2011-11-30. 
  15. ^ "Aku Bukan Tomboy sarat mesej & komedi". Sinar Harian. 18 November 2011. Dicapai pada 2011-11-30. 
  16. ^ Noor Ashreen Ismail (17 November 2011). "Eksperimental komedi sulung Syamsul". Kosmo!. Dicapai pada 2011-11-30. 
  17. ^ Nurezzatul Aqmar Mustaza (8 Jun 2012). "Jalan Kembali: Bohsia 2 sarat mesej". Sinar Harian. Dicapai pada 2012-06-09. 
  18. ^ Roni Hidayat Riduan (18 Julai 2012). Syamsul rela diarah adik sendiri Kosmo!. Dicapai pada 26 Februari 2017.
  19. ^ Beijing lokasi pilihan Kosmo!. 29 Mac 2012.
  20. ^ Ahmad Idham & Yusof Haslam Bergabung, Arah Filem Bertajuk “Gangster Celop” Oh Bulan!. 13 Julai 2012.
  21. ^ REBUT PELUANG TONTON GANGSTER CELOP! Media Hiburan. 14 Februari 2013.
  22. ^ OMK bukan filem syok sendiri Sinar Harian. 11 Mei 2013.
  23. ^ a b Siti Juliana Mohd Johar (7 Oktober 2012). Anugerah Blokbuster: Malam Gemilang Bagi Syamsul Yusof Sinar Harian. Diperoleh pada 1 Mac 2015.
  24. ^ Syamsul Yusof Dominasi Anugerah Blockbuster 2011 Rentak Artis.com. 7 Oktober 2012. Diperoleh pada 31 Oktober 2012.
  25. ^ Feride Hikmet Atak (4 Oktober 2013). KL Gangster 2' Filem Termahal Arahan Syamsul Setaraf Hollywood mSTAR Online. Diperoleh pada 14 Mac 2014.
  26. ^ Raziatul Hanum A. Rajak (29 Ogos 2013). KL Gangster 2 bocor, Syamsul lapor polis Sinar Harian. Diperoleh pada 1 Mac 2014.
  27. ^ Filem KL Gangster 2 bocor ke internet, salah satu strategi pemasaran Rotikaya. 7 Oktober 2013.
  28. ^ Nazeri Nong Samah (7 Oktober 2013). KL Gangster 2 isytihar perang Utusan Malaysia. Diperoleh pada 1 Mac 2014.
  29. ^ KL Gangster 2 Sudah Kutip RM3 Juta! Oh Bulan!. 7 Oktober 2013.
  30. ^ Nadia Azam (19 Februari 2016). Syamsul menangis cerita dirompak 'lanun' Malaysiakini. Diperoleh pada 1 Mac 2016.
  31. ^ SYAMSUL YUSOF BERANG 'KL GANGSTER 2' BOCOR Media Hiburan. 29 Ogos 2013.
  32. ^ Melati Pusaka (20 Oktober 2013). Shamsul semakin matang dengan KL Gangster 2 Free Malaysia Today. Diperoleh pada 1 Mac 2014.
  33. ^ Feride Hikmet Atak (12 September 2013). Syamsul vows to give up film-making The Star Online. Diperoleh pada 14 Mac 2014.
  34. ^ Abang Long Fadil sentuhan ala Hollywood Utusan Malaysia. 25 Mei 2014. Diperoleh pada 2 Mac 2015.
  35. ^ Aqmar Mustaza (16 Februari 2016). "Impian Syamsul jadi kenyataan". Sinar Harian. Dicapai pada 14 Jun 2016. 
  36. ^ Ridzuan Abdul Rahman (12 Februari 2016). "Tidak mampu galas tugas bapa: Syamsul". Harian Metro. Dicapai pada 14 Jun 2016. 
  37. ^ "Gerak Khas musim baharu kembali di TV2". Sensasi Selebriti. 12 Mei 2015. Dicapai pada 14 Jun 2015. 
  38. ^ Fitrie Zariq Zainol (15 Mac 2015). "Syamsul Yusof kembali mengarah". Utusan Malaysia. Dicapai pada 14 Jun 2015. 
  39. ^ Ashraf Naseer (14 Mac 2017). "Syamsul Yusof bakal tampil dengan "Munafik 2"". Cinema Online. Dicapai pada 14 Mac 2017. 
  40. ^ "'Munafik 2' to start shooting by end-2016". The Malay Mail. 11 April 2016. Dicapai pada 14 Mac 2017. 
  41. ^ "Mawi, Maya Karin bakal bintangi filem 'Munafik 2'". Berita MediaCorp. 3 Mac 2017. Dicapai pada 14 Mac 2017. 
  42. ^ Mohd Al Qayum Azizi (5 Ogos 2016). "Syamsul Yusof Tulis Semula Skrip 'Munafik 2'". mSTAR Online. Dicapai pada 14 Mac 2017. 
  43. ^ Rozdan Mazalan (22 November 2016) Syamsul Yusof patah tulang bahu lakon babak letupan BH Online. Diperoleh pada 23 November 2016.
  44. ^ Syamsul Yusof to continue doing movie stunts on his own Yahoo! Sports. 25 November 2016. Retrieved 1 December 2016.
  45. ^ a b Rodzan Mazalan (22 November 2016). "Syamsul Yusof patah tulang bahu lakon babak letupan". Berita Harian. Dicapai pada 14 Mac 2017. 
  46. ^ Ashraf Nasser (23 November 2016). "Syamsul Yusof patah bahu ketika penggambaran filem "Makrifat Cinta"". Cinema.com.my. Dicapai pada 14 Mac 2017. 
  47. ^ Kemalia Othman (22 November 2016). "Syamsul Yusof Patah Bahu Kiri Lakonkan Babak Aksi". mSTAR Online. Dicapai pada 14 Mac 2017. 
  48. ^ "Syamsul Yusof Patah Tulang Bahu Ketika Jalani Penggambaran 'Makrifat Cinta'". Berita RTM. 23 November 2016. Dicapai pada 14 Mac 2017. 
  49. ^ Dennis Chua (16 December 2016). "No stopping Syamsul Yusof, fractured shoulder or not, the show must go on". New Straits Times. Dicapai pada 30 Mac 2017. 
  50. ^ Hizreen Azleena Kamal (2017-02-25). "When popular actors become singers". New Straits Times. Dicapai pada 2017-02-25. 
  51. ^ Norhayati Nordin (2016-02-28). "Syamsul cuba nyanyi pula". Harian Metro. Dicapai pada 2017-02-25. 
  52. ^ Syanty Octavia Amry (25 Mei 2016). Syamsul 'rapper' Islamik Harian Metro. Dicapai pada 25 Mei 2016.
  53. ^ Zaidi Mohamad (2016-11-22). "Syamsul dedah alasan pilih Mawi rakan duet". Berita Harian. Dicapai pada 2017-02-27. 
  54. ^ Kenneth Chaw (30 Disember 2016). "Munafik's Syamsul Yusof finds success as a director and rapper". Star2. Dicapai pada 30 Mac 2017. 
  55. ^ Rahman, Ifqdar (10 March 2014). "Demi cinta Syamsul, Puteri Sarah". Utusan Malaysia. Dicapai pada 18 May 2016. 
  56. ^ "Saat indah dua hati bersatu". Harian Metro. Dicapai pada 18 May 2016. 
  57. ^ a b c Nur Sarah (21 November 2016). "Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Bakal Timang Anak Lelaki". Jelita. Dicapai pada 21 November 2016. 
  58. ^ a b "Puteri Sarah Hamil, Syamsul Yusof Bakal Bergelar Ayah". My News Hub. 28 September 2016. Dicapai pada 21 November 2016. 
  59. ^ "Syamsul Yusof, Puteri Sarah timang bayi lelaki". Sinar Harian. 19 April 2017. Dicapai pada 21 April 2017. 
  60. ^ Muhammad Azrul Mohd. Radi (19 April 2017). "Syaikhul Islam nama anak Syamsul Yusof". Utusan Malaysia. Dicapai pada 21 April 2017. 
  61. ^ Feride Hikmet Atak (19 April 2017). "Syamsul, Puteri Sarah dapat bayi lelaki". Berita Harian. Dicapai pada 21 April 2017. 
  62. ^ Syafil Syazwan Jefri (19 April 2017). "Cahaya mata sulung Syamsul". Harian Metro. Dicapai pada 21 April 2017. 
  63. ^ Ashraf Nasser (17 Februari 2016). "Syamsul Yusof menang kes saman penulis novel "Aku Bohsia"". Cinema Online. Dicapai pada 18 May 2016. 
  64. ^ "Terdapat Persamaan Ketara Antara Novel Aku Bohsia Dengan Filem Arahan Syamsul". mSTAR Online. 19 Oktober 2015. Dicapai pada 20 Oktober 2015. 
  65. ^ "Pengarah filem menang kes saman isu ciplak novel Aku Bohsia". Agenda Daily. 19 Februari 2016. Dicapai pada 31 Mac 2016. 
  66. ^ "Syamsul Yusof wins suit against "Aku Bohsia" author". Yahoo! Singapore. 17 Februari 2016. Dicapai pada 31 Mac 2016. 
  67. ^ a b "Tidak pernah baca novel 'Aku Bohsia'". Sinar Harian. 20 Oktober 2015. Dicapai pada 18 May 2016. 
  68. ^ 'Cik Ah Cik Nin' kisah 2 gadis lurus bendul dan kuat berangan mSTAR Online. 5 Oktober 2009.
  69. ^ Siti Juliana Mohd Johar (21 September 2012). "Syamsul yakin kebolehan Syafiq arah drama bersiri". Sinar Harian. Dicapai pada 14 Mac 2015. 
  70. ^ Kalah Dalam Menang (catatan media). Syamsul Yusof dan Mawi. Arteffects International. 2016. 
  71. ^ "Kalah Dalam Menang". iTunes Store (MY). Apple. Dicapai pada 2017-02-27. 
  72. ^ Bukan Propaganda (catatan media). Syamsul Yusof dan Mawi. Arteffects International. 2016. 
  73. ^ "Bukan Propaganda". iTunes Store (MY). Apple. Dicapai pada 2017-02-27. 
  74. ^ Nurul Fathiah Muah (20 Oktober 2014). Teraju jenama SYM Sinar Harian. Diperoleh pada 1 Januari 2015.
  75. ^ Keuptusan Anugerah Blokbuster 2012 Malaysia
  76. ^ Budiey (16 Jun 2013). Senarai Penuh Pemenang Anugerah Blokbuster 2 Sensasi Selebriti. Diperoleh pada 1 Mac 2015.
  77. ^ Senarai Penuh Keputusan Pemenang Filem Festival Malaysia Ke-28 Astro Gempak. 28 Septemebr 2016.
  78. ^ Rudy Imran Shamsudin (4 September 2016). Malam Syamsul, Shanjhey, Nabila, Pekin... Harian Metro. Dicapai pada 28 September 2016.
  79. ^ Filem Munafik ungguli Festival Filem Malaysia ke-28
  80. ^ Ruhaya Ab. Hamid (4 September 2016). Munafik Filem Terbaik Nasional Utusan Malaysia. Diperoleh pada 5 September 2016.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]