Saharul Ridzwan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Syarul Ridzwan)
Lompat ke: pandu arah, cari
"Syarul Ridzwan" dilencongkan di sini.
Saharul Ridzwan
SaharulRidzwan.jpg
Saharul Ridzwan semasa sesi fotografi bersama The New Straits Times pada 3 Februari 2016.
Kelahiran Mohd Saharul Ridzwan bin Hashim
(1989-01-26) 26 Januari 1989 (umur 28)
Kuantan, Pahang, Malaysia
Kediaman Kuala Lumpur
Warganegara Malaysia
Pendidikan Diploma in Aircraft Maintenance Technology
Pekerjaan Pelakon, model
Tahun aktif 2013 - kini
Terkenal kerana Romi Cinta Julia
Hati Perempuan
Kau Aku Kita
Pasangan Deena Emir
Laman web

Mohd. Saharul Ridzwan Hashim atau lebih dikenali sebagai Saharul Ridzwan (lahir 26 Januari 1989) [1] merupakan seorang pelakon dan model Malaysia. Beliau merupakan finalis Hero Remaja 2012 dan sering muncul dalam beberapa drama dan telefilem Melayu. Pada Mac 2016, beliau menjenamakan semula dirinya sebagai Saharul Ridzwan, sambil menyatakan bahawa nama "Syarul Ridzwan" sebagai sebahagian daripada proses kematangan usianya.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 26 Januari 1989 di Kuantan, Pahang dan dibesarkan di Chabang Empat, Kelantan. Beliau berkelulusan Diploma dalam Teknologi Penyelenggaraan Pesawat di sebuah universiti tempatan di Kuala Lumpur.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Saharul membuat penampilan pertama dalam pertandingan Hero Remaja 2012. Beliau memperoleh tempat ketiga dalam pertandingan tersebut di belakang pelakon Fattah Amin dan Syafiq Kyle. Kemudian beliau menceburi bidang lakonan dengan memegang watak pembantu dalam beberapa buah telefilem dan drama. Lakonan beliau sebagai Faizal dalam drama Love You Mr Arrogant (2013) berjaya mendapat perhatian orang ramai. Susulan daripada kejayaan Syarul memegang watak psiko dalam drama tersebut, beliau diberi peluang memegang watak utama dalam drama Romi Cinta Julia (2014).

Saharul pada majlis pengumuman finalis Anugerah Bintang Popular BH 2014 (ABPBH 2014) di Hotel Royal Chulan.

Saharul turut dicalonkan sebagai Artis Baharu Lelaki Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014.Saharul juga memenangi Artis Aksi Selfie Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2015.

Populariti Saharul semakin meningkat apabila beliau memegang watak Tengku Zaril dalam drama Hati Perempuan yang ditayangkan di slot Akasia TV3. Hati Perempuan merupakan sebuah drama adaptasi daripada novel Hati Perempuan karya Nur Ain Al-Abbas. Gandingan mantap antara Syarul dengan pelakon wanita baharu, Mia Ahmad berjaya menarik perhatian ramai pihak. Keserasian dan keberkesanan watak yang dilakonkan antara dua pelakon ini membuatkan drama Hati Perempuan "trending" di twitter hampir setiap hari.

Beliau juga digandingkan bersama pelakon remaja bersinar, Janna Nick dalam drama Kau Aku Kita.

Syarul muncul dengan drama adaptasi novel iaitu Seindah Takdir Cinta gandingan pelakon Amyra Rosli yang ditayangkan sekitar bulan Ramadhan tahun 2016 dan telemovie Kau Aku Kita Raya bersama Janna Nick ,Hafidz Roshdi dan Issey Fazlisham pada Aidilfitri 2016.

Beliau kali pertama muncul drama dan filem arahan Michael Ang iaitu #AssalamualaikumCinta bergandingan Kamal Adli & Hantu Rumah Sakit Jiwa watak sebagai hantu bersama dengan Abam Bocey & Fizz Fairuz bakal ditayangkan hujung tahun ini.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Saharul bersama Janna Nick ketika memenangi Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016.

Filem[sunting | sunting sumber]

Filem
Tahun Judul & Arahan Peranan Nota
2017 Rumah Hantu Sakit Jiwa
  • Pengarah: Michael Ang

Cube Film & Astro Shaw

Heroin: Emma Maembong

Telefilem
Tahun Tajuk Watak Catatan Saluran TV
2013 Kabin Di Tepi Tasik Razi Watak Pembantu Astro Ria
2013 Cinta Laila Majnun Kamal Watak Pembantu Astro Oasis
2013 Syair Untuk Bonda Along Astro Oasis
2013 Cinta Mat Semperit Mahad Watak Pembantu TV3
2014 Sirna Johan Watak Pembantu TV2
2014 Kata Samseng Suffian Watak Pembantu TV2
2014 Airis Azad Watak Utama TV1
2014 Titisan Keinsafan Syukri Watak Pembantu TV3
2014 Papa Yibbie Irham Watak Utama TV9
2014 Love You Mr. Arrogant Raya Faizal Watak Utama TV3
2014 Kimchi Raya Kang Gary Watak Utama TV9
2014 Opps Terlebih Pulak Adrie Watak Utama TV9
2014 Klon Ustaz Amir Watak Utama TV9
2015 Harus Berpisah Hakim Watak Pembantu Astro Prima
2015 Jodoh Ke Uolls Tengku Zaril Watak Utama TV3
2016 Mak Cun Pi New York Aryaan Watak Pembantu TV3
2016 Kau Aku Kita Raya Iman Firdaus Watak Utama TV3
2016 Kapcai Ayah Aliff Watak Utama TV3
2016 Liga Masjid Remy Watak Pembantu Astro Prima
2017 Trauma Budin Watak Utama TV3
2017 Jalan Balik Surau Salim Wata Antagonis TV3
2017 Hanya Tuhan Yang Tahu Iskandar Watak Utama TV3
2017 Bo Bajet Ramli Watak Utama Astro First

Drama

Tahun Tajuk Watak Catatan Saluran TV
2013 Hujan Azaril Watak Utama TV3
2013 Kisah Cinta Azmi muda Watak Undangan TV3
2013 Maskara Hamdan [2] Watak Pembantu TV1
2013 Love You Mr. Arrogant Faizal Watak Pembantu TV3
2013 Sweetheart Fantasia Jimmy Daeng Watak Utama
2014 Tanah Kubur S13 Ep: 6 Kejinya Zina Jamal Watak Undangan Astro Oasis
2014 Romi Cinta Julia Romi Suffian Watak Utama TV3
2014 Kifarah Fuad Episod: Duit & Kenan TV3
2014 Mat Cepat Sam Watak Utama TV2
2014 Fajar Aiman Aiman Watak Utama TV3
2014 Berlima Ramadan Ilham Watak Pembantu TV1
2015 Puteri Bukan Nama Sebenar Mirza Watak Utama TV3
2015 Hati Perempuan Tengku Zaril Watak Utama TV3
2015 Street Vendetta Fakruzi/Kojie Watak Utama TV2
2015 Kau Aku Kita Iman Firdaus / Im Aus Watak Utama TV3
2015 Sayap Jibril(Episod 6:Keluarga Sakinah Dijentik Jahiliah) Syam Penampilan Istimewa Astro Oasis
2016 Kifarah Mistik Jie Episod: Nifaq TV3
2016 Seindah Takdir Cinta Shahriman Watak Utama TV3
2016 #AssalamualaikumCinta Rykal Safuan Watak Utama Astro Ria
2016 Rumi & Jawi Afiq Watak Utama Astro Prima
2017 Arluna Johan Arif Watak Utama Astro Ria
Teater
Tahun Tajuk Watak
2015 Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck Muluk
2015 Bawang Merah Bawang Putih Putera Raja

Lain[sunting | sunting sumber]

Pernah menjadi pengacara bagi program Aksi yang ditayangkan TVi 180 setiap hari Khamis pada awal tahun 2014.Antara program TV yang disertainya sepanjang bergelar artis adalah:

  • Melodi-TV3
  • Yeke? -TV3 (2016)-bersama neelofa,kamal adli,izreen azminda,nabila huda,nazim othman
  • Jangan Gelak Raya -TV9 (2014)
  • Ketuk -Ketuk Ramadhan (2015) & (2016)

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2014 Anugerah Bintang Popular Berita Harian Artis Baru Lelaki Popular Dicalonkan
2016 Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016 Aktor Pilihan (Kau Aku Kita) Menang
2016 Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016 Pasangan Pilihan (bersama Janna Nick) Menang
2016 Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-29 Artis Aksi Selfie Popular Menang
2016 Anugerah Pilihan Online 2016 Aktor Terbaik Pilihan Online Menang
2016 Anugerah Pilihan Online 2016 Lelaki Tampan Pilihan DNARS Menang
2016 Anugerah Melodi Personaliti Drama Melodi Dicalonkan
2016 Anugerah Stail EH! Selebriti Harapan Pilihan Dicalonkan
2016 Anugerah Telenovela 2015 Pelakon Lelaki Popular (Hati Perempuan) Menang
2017 Anugerah Stail EH! Selebriti Lelaki Bentuk Badan Segak Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]