Sydney Central Business District

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Koordinat: 33°52′2″S 151°12′27″E / 33.86722°S 151.20750°E / -33.86722; 151.20750

Sydney CBD, dilihat dari Farm Cove
Peta CBD

Sydney Central Business District (CBD dan juga disebut sebagai the City), adalah pusat perdagangan utama Sydney, Australia. Merentang ke selatan sepanjang 3 kilometer dari Sydney Cove, titik pertama penempatan Eropah. Paksi utara-selatannya bermula di Circular Quay di utara ke stesen kereta api Central di selatan. Paksi timur-barat menjangkau daripada sejaringan taman yang merangkumi Hyde Park, The Domain, Royal Botanic Gardens dan Farm Cove di Sydney Harbour di timur; ke Darling Harbour dan Western Distributor di barat. Merupakan daerah perniagaan pusat terbesar dan paling sibuk di Australia. [1]

Daerah perniagaan pusat Sydney juga kadang-kadang salah dipetakan sehingga merangkumi pinggiran sekitarnya seperti Pyrmont dan Woolloomooloo.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Sydney CBD adalah daerah yang padat dengan pencakar langit dan bangunan lain, diselang oleh beberapa taman seperti Hyde Park, The Domain, Royal Botanic Gardens dan Wynyard Park. George Street adalah jalan utara-selatan utama di Sydney CBD. Jalan-jalan membentang dalam corak jaringan melengkung di selatan, tapi di CBD utara jalan membentuk beberapa jaringan yang saling bersimpangan, menunjukkan tempat seperti yang berlaku di Circular Quay pada masa penempatan Eropah. CBD menjangkau di sepanjang dua bukit di bawah Macquarie Street dan York Street. Antara bukit-bukit tersebut terdapat Pitt Street, berhampiran rabung Tank Stream (sekarang menjadi terowong). Bridge Street, mengambil nama daripada jambatan timur-barat yang pernah menyeberangi sungai ini. Pitt Street adalah pusat perdagangan bandar yang merangkumi Pitt Street Mall dan Sydney Tower. Macquarie Street adalah sebuah daerah bersejarah yang mengandungi banyak bangunan seperti State Parliament House dan Supreme Court of New South Wales.

Pemerintahan[sunting | sunting sumber]

Secara pentadbiran, Sydney CBD berada dalam pemerintahan Kawasan Kerajaan Tempatan Bandar Raya Sydney.[2] Kerajaan negeri New South Wales juga mempunyai beberapa hartanah di CBD, melalui Sydney Harbour Foreshore Authority. Ini adalah lembaga yang ditugaskan untuk menguruskan pembangunan daerah tepi pantai tertentu di Sydney.

Daerah komersial[sunting | sunting sumber]

Sydney CBD mengandungi banyak pencakar langit tertinggi Australia, seperti Governor Phillip Tower, MLC Centre dan World Tower, menara yang terakhir itu mengandungi pangsapuri. Struktur tertinggi ialah Sydney Tower dengan tinggi 309 meter, tetapi peraturan sistem bandar menyekat pembangunan pada masa depan untuk tidak lebih dari 235 meter.

Sydney CBD juga rumah bagi sejumlah syarikat terbesar Australia, juga berperanan sebagai pejabat Asia-Pasifik bagi banyak syarikat antarabangsa. Industri perkhidmatan kewangan menduduki banyak bidang pekerjaan yang tersedia, dengan syarikat-syarikat seperti Commonwealth Bank of Australia, Citibank, Deutsche Bank, Macquarie Bank, AMP Limited, Insurance Australia Group, AON, Marsh, Allianz, HSBC, AXA dan ABN Amro kesemuanya mempunyai pejabat di Sydney.

Sydney Central Business District, membentang dari The Rocks (kiri) ke Haymarket (hujung kanan)

Budaya[sunting | sunting sumber]

Setiap Januari, bandar ini menganjurkan Sydney Festival. Terdapat pameran seni, muzik dan tarian di dalam dan luar bangunan. Pentas Australia dan antarabangsa sepanjang bulan itu juga diadakan, termasuk seni Orang Asli dan kontemporari. Sebahagian acara ini adalah percuma.

Sydney mempunyai sebuah budaya kafe iaitu kelab dan bar yang tersebar di CBD dan terpusat di beberapa lokasi seperti Oxford Street dan Darling Harbour.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]