Syed Azidi Syed Abdul Aziz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dato' Syed Azidi Syed Abdul Aziz (45 tahun) merupakan penduduk Malaysia ke-4 pada bulan Ogos 2008 ditahan di bawah Akta Hasutan. Beilau merupakan penulis blog pelbagai isu politik dengan nama pena Sheikh Kickdefella di laman web "kickdefella.wordpress.com" . Beliau telah ditahan di rumahnya di Demit , Kota Bharu, Kelantan pada 17 September 2008 jam 5.00 petang ketika seluruh umat Islam sedunia sedang berpuasa . Sewaktu beliau ditahan, beliau merupakan kakitangan kerajaaan badan berkanun iaitu sebagai Pegawai Perhubungan Awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 2hb Februari 1970. Syed Azidi merupakan anak bongsu kepada 6 adik-beradik. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Sains Kelantan. Syed Azidi mendapat ijazah pertama dari Universiti Sains Malaysia pada tahun 1994 dalam bidang filem. Pada tahun 2014, beliau menerima Sarjana Kesenian (Masters of Arts, MA) dari University of Edinburgh, Scotland dalam jurusan pengarahan filem. Pada 28 Julai 2016 bersamaan 23 Syawal 1437 Hijrah, Syed Azidi dianugerahkan Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P.) yang membawa gelaran Dato' di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.

Karier Dalam Bidang Filem[sunting | sunting sumber]

Syed Azidi mula mengarah filem pada tahun 1992. Filem pertamanya berjudul Lautan Di Waktu Subuh merupakan sebuah filem eksperimental berdasarkan sajak oleh Zaihasra. Filem keduanya bertajuk Karamnya Bahtera Merdeka yang diarahkan pada tahun 1993 telah terpilih mewakili Malaysia di The Third Film Festival of International Cinema Students di Tokyo, Jepun. Filem ketiganya bertajuk Potret Seorang Patriot diarahkan pada tahun 1994 telah memenangi anugerah filem cereka terbaik di Festival Filem dan Penyiaran anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia.

Setelah tamat pengajian di Universiti Sains Malaysia. Syed Azidi mula bekerja sebagai pengarah dan penulis skrip. Pada tahun 1999, Syed Azidi menerima anugerah cerita terbaik di Festival Filem Malaysia menerusi skripnya bertajuk Perempuan Melayu Terakhir. Pada tahun 2006, Syed Azidi menerima anugerah pengarah harapan menerusi filem arahanya bertajuk Persona Non Grata.

Terkini[sunting | sunting sumber]

Kini, Syed Azidi merupakan seorang perunding politik bebas.

Kesalahan menghasut[sunting | sunting sumber]

Beliau didakwa di atas kesalahan menghasut rakyat Malaysia pada 23 Ogos 2008 agar mengibarkan bendera Malaysia secara terbalik ketika menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos sebagai tanda protes kepada kerajaan. 3 pegawai polis Bukit Aman bertindak merampas komputer riba ketika beliau berada di rumah bersama isterinya Bariah Ishak. Waran tangkap tidak ditunjukkan ketika 3 polis berpakaian preman ke rumahnya. Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner II Amir Hamzah Ibrahim menjelaskan bahawa siasatan tersebut dikendalikan oleh sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.Siasat ini berikutan satu laporan di Balai Polis Dang Wangi bahawa beliau telah menghasut agar Jalur Gemilang dikibarkan secara terbalik menjelang 31 Ogos 2008. [1]Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengesahkan Syed Azidi ditahan dibawah Akta Hasutan Seksyen 4(1). Kesalahan menghasut boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun.

Tahanan reman[sunting | sunting sumber]

Pada 18 September 2008, polis mendapat perintah tahanan reman selama 24 jam dari Majistret Fadzlin Suraya Mohd Shah di Mahkamah Majistret Kota Bharu. Difahamkan , Datuk Husam Musa selaku Exco kerajaan Kelantan akan menyediakan peguambela.

Pada 19 September 2008, Hakim Majistret Kota Bharu, Kelantan, Tengku Amalin A'Ishah Putri Sultan Ismail Petra membenarkan tahanan reman selama dua hari bagi membolehkan polis Bukit Aman meneruskan saisit .

Pada 20 September 2008, setelah ditahan reman selama 3 hari beliau dibebaskan di bawah jaminan polis dan dikehendaki melaporkan diri semula kepada pihak polis pada 17 Oktober 2008. Beliau dibebaskan di Ibu Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan, Jalan Dato' Onn, Kuala Lumpur serta ditemani ahli keluarga. Syed Azidi berkata beliau tidak memberi sebarang kenyataan kepada pihak polis dan hanya akan berbuat demikian sekiranya didakwa di mahkamah kelak.

Kritikan[sunting | sunting sumber]

Yap Swee Seng selaku Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menegaskan bahawa penahanan Syed Azidi 'tidak dapat dijustifikasikan' selain memberi amaran bahawa blogger tidak bebas dan boleh ditahan jika ditafsir boleh mengancam keselamatan negara.[2] Sebelum ini ada beberapa pihak betul-betul telah membakar dan mengoyak bendera negara asing dan negara Malaysia sendiri. Malah ada bendera yang dilukis dalam bentuk yang tidak sempurna .

Selepas dua hari, Syed Azidi telah dibebaskan pada 20 September 2008 jam 1 tengah hari di Ibu pejabat Polis Bukit Aman. Semasa ditemui di Rumah Persekutuan , Syed Azidi menjelaskan beliau telah dibenarkan betarawih dan berzikir. Turut hadir ialah peguamnya, Amrit Pal Singh dan Ahli Parlimen Pas Kubang Kerian, Salahudin Ayub. [3]

Amalan di negara lain[sunting | sunting sumber]

Di British, sengaja mengibarkan bendara British secara terbalik adalah isyarat meminta pertolongan cermas. Bagaimanapun jika dilakukan semasa aman, ia dianggap 'menghina Institusi Diraja - "lese Majeste" (which means: insulting the Crown), dan secara theori masih merupakan satu kesalahan di UK dan komonwelth! [4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]