Syed Esa Alwee

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berhormat Dato'

Syed Esa Alwee

DPMJ; JMN; PIS, PLP, JP
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Batu Pahat Dalam, Johor
Dalam jawatan
1959–1971
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehFatimah Abdul Majid
Butiran peribadi
LahirJohor Batu Pahat Dalam, Johor
PasanganDatin Sharifah Enson Ali
PekerjaanBekas Ahli Parlimen

Dato' Syed Esa bin Alwee al-Syahab (lahir 23 Oktober 1901) dilantik sebagai Timbalan dan kemudian Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang kedua, selama 6 bulan 6 hari, antara 18 Mei 1964 - 24 November 1964. Mulanya beliau menjadi Timbalan kepada Chik Mohamad Yusuf bin Sheikh Abdul Rahman. Selepas itu, beliau diganti oleh Tan Sri Dato' Haji Mohamad Noah Omar .


Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1959, beliau menang di Parlimen Batu Pahat Dalam, Johor atas tiket Perikatan/UMNO. Rakannya Ali bin Ahmad turut menang di Pontian Selatan dan Datin Fatimah Hashim, (Jitra-Padang Terap) dan Datin Fatimah Abdul Majid (Johor Bharu) Timur.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau belajar di English College, kerajaan Johor dan mengajar di Sekolah English Bukit Zahara pada 1926.[1]

Beliau pernah menjadi pengetua Maktab Latihan Guru-Guru Johor di Jalan Air Molek, Johor Bharu . Setelah maktab itu ditutup pada 1928, Syed Esa bi Alwee menjadi Penolong Nazir dan Nasir Pelajaran.[2]

Ketika menjadi Nazir Sekolah-sekolah Melayu Daerah Batu Pahat , Sekolah Kebangsaan Seri Tanjong , Batu Pahat telah dibina dengan kos RM4100.00 dari kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (23 Disember 1953). Penghulu Mukim 4 ketika itu ialah Tuan Haji Mohamad Salleh bin Abdul Karim atau gelarannya Panglima Salleh.

Pengakap[sunting | sunting sumber]

Beliau aktif dalam persatuan Pengakap , menjadi Ketua Pesuruhjaya Pengakap Johor (1946) dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara (Malaysia) ke-3 dari 1963-1968. Beliau menjadi tokoh Pengakap Johor dan Dewan Dato'Syed Esa sempena nama beliau. Dewan ini dibuka pada 1954 di Tanjung Laboh, Batu Pahat. Tanjung Laboh terletak kira-kira 15 km dari Bandar Penggaram menghala ke Pontian.Ia telah dirasmikan oleh Tengku Mahkota Johor, Tengku Ismail Ibni Sultan Ibrahim pada 23 Mac 1956.

Menentang Malayan Union[sunting | sunting sumber]

Beliau adalah Naib Presiden Persatuan Melayu Semenanjung Johor (PMSJ) dan 15,000 orang turut sama mengadakan tunjuk perasaan menentang Malayan Union pada 12 Februari 1946. Dato’ Onn Jaafar menjadi Presiden persatuan ini dan berjaya menyatukan orang Melayu mnghadapi keganasan Bintang Tiga/Parti Komunis Malaya. Perbincangan penubuhan PMSJ telah diadakan di rumah Syed Ahmad bin Syed Alwee.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Antara anugerah yang diterimanya ialah DPMJ, PLP, JMN, PIS, JP. Isterinya Datin Sharifah Enson bte Ali. SMK Jalan Kolam Air ditukar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Esa, Batu Pahat sempena nama beliau.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Beliau antara diaspora Arab Yaman yang berjaya dalam kerjaya dan politik di Tanah Melayu, Malaysia. Tokoh lain ialah Syed Jaafar Albar, Syed Hamid Albar dan Tan Sri Syed Nasir Syed Ismail, kesemuanya dari Johor.Lee Kuan Yew - (PAP) telah mempermainkan isu DKA terutama membabitkan Syed Jaafar Albar.

Pada 20 Disember 1973, seorang pelajar Cina berusia 14 tahun, Lok Kim Eng telah diambil dari rumah ibu bapanya Lok Wan Fah di Banang Estate, Batu Pahat. Pelajar tersebut dikatakan telah memeluk Islam tetapi umurnya masih 14 tahun dan melanggar Fasal 12, Perlembagaan Persekutuan. Lim Kit Siang selaku peguam dan wakil rakyat parti pembangkang telah mengusulkan kes ini di Dewan Rakyat. Jabatan Agama Johor menyatakan bahawa gadis itu, Loh Kim Eng, tinggal di rumah YB Datuk Syed Isa bin Alwee di Batu Pahat dengan keizinan ibu bapa.Namun setelah diungkit-ungkit , ibu bapa tersebut sebenarnya tidak memberi kebenaran.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

=