Syed Husin Ali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Senator

Syed Husin Ali

100px


Ahli Dewan Negara
Tempoh jawatan
16 Disember 2009 – 16 Disember 2012

Parti politik Lambang keadilan.png(PKR)(2003–kini)
PRM.gif(PRM) (1974–2003)
Pekerjaan Ahli politik
Agama Islam

Senator Dr Syed Husin Ali adalah ahli aktivis, politik Malaysia berketurunan Melayu yang merupakan ahli Dewan Negara yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Selangor. Di peringkat akar umbi beliau adalah bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas penggabungan Parti Rakyat Malaysia (PRM) dengan Parti Keadilan Nasional (keADILan). Beliau pernah menjadi Presiden Parti Rakyat Malaysia(PRM) sebelum parti itu bergabung

Latarbelakang[sunting | sunting sumber]

Syed Husin @ Hussein bin Ali dilahirkan di Batu Pahat, pada tahun 1936. Mempunyai seorang isteri dan tiga orang anak. Mendapat ijazah B.A. Hons serta M.A. (dari UM) dan Ph.D. (dari LSE). Menjadi Timbalan Presiden keADILan 2003-2010 ; sebelum itu Presiden PRM selama 13 tahun mulai 1990. Akibat penglibatan aktif dalam politik, beliau dipaksa meletakkan jawatannya sebagai Profesor di Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Universiti Malaya (UM), selepas berkhidmat di UM selama hampir 30 tahun.

Telah menulis dan mengedit hampir 20 buah buku, menyediakan lebih 100 buah kertas untuk jurnal dan persidangan antarabangsa serta tempatan dan artikel-artikel untuk media tempatan. Antara bukunya: “Pimpinan Masyarakat Kampung”, “Masa Depan Orang Melayu”, “Kemiskinan dan KelaparanTanah di Kelantan” dan “Dua Wajah”.

Pernah terlibat sebagai pakar penyelidik dan perunding dengan Universiti PBB (UNU) dan UNESCO, dan menyiapkan beberapa laporan penilaian ke atas gerakan pekerja dan wanita untuk badan-badan antarabangsa. Menjadi Professor Pelawat British Academy dalam 2005.

Terlibat dengan pelbagai kegiatan untuk memperjuangkan hak asasi manusia dan hak perumahan peneroka bandar (setinggan). Juga menjadi Setiausaha PENA. Semasa mahasiswa, pernah menjadi Setiausaha/Presiden PBMUM, Setiausaha Agung/Timbalan Presiden GPMS dan Setiausaha Agung Jawatankuasa Bersama GPMS-UMSU-NUSU.

Di peringkat antarabangsa, beliau pernah menjadi anggota Misi Antarabangsa Menyelidik Pembunuhan Beramai-ramai di Bangkok, Panel Pengadil bagi Tribunal Rakyat Mengenai Ancaman Industri dan Alam Sekitar di Bhopal, India, dan Penyiasatan Antarabangsa Ke Atas Rakyat Terusir di Sri Lanka.

Syed Husin ditahan di bawah ISA selama enam tahun (1974-80) tanpa bicara, berikutan tunjuk perasaan petani-petani di Baling dan pelajar-pelajar di Kuala Lumpur. .[1]

Politik[sunting | sunting sumber]

Syed Husin pernah menjadi Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM). Beliau pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 3 Disember 1974 hingga September 1980.[2][3]


Pandangan-pandangan beliau[sunting | sunting sumber]

Ilmuwan diminta jangan menikus[sunting | sunting sumber]

Pada 19 Mac 2010, Persatuan Sains Sosial Malaysia (PSSM) dibidas oleh beliau yang merupakan bekas presidennya kerana bersikap menikus dalam menyatakan pandangan mereka kerana bimbang 'melukakan (perasaan) kerajaan.' Beliau berasa "hilang ghairah" dengan ilmuwan yang kurang berhubung dengan masyarakat dan menahan diri daripada memberikan analisis kritikal.Baginya, "Ini sikap yang sangat salah, ia mencerminkan ketakutan psikologi. Sekarang terlalu banyak ketakutan dan kawalan; (oleh) polis, media, mahkamah, pelajar, pekerja dan juga ahli akademik," katanya ketika menutup Persidangan Pengajian Malaysia (MSC) ketujuh di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.[4]

Hasil penulisan[sunting | sunting sumber]

  1. The Malays : their problems and future:The Other Press, c2008.
  2. Ethnic relations in Malaysia : harmony and conflict :SIRD, 2008
  3. Dua Wajah : tahanan tanpa bicara :Strategic Information and Research Development Centre, 2008
  4. Two faces : (detention without trial) :Strategic Information and Research Development Centre , 1996c
  5. Patah tumbuh : Cerita-cerita pendek dikumpulkan dan dibicarakan oleh Syed Husin Ali / Keris Mas.:Penerbit Fajar Bakti, 1991.
  6. Poverty and landlessness in Kelantan, Malaysia / S. Husin Ali edit oleh Prof. Dr. Hans-Dieter Evers :Saarbrucken, 1983.
  7. Masyarakat dan pimpinan kampung di Malaysia :Fajar Bakti, 1982.
  8. Orang Melayu: masalah dan masa depan:Penerbit Adabi, 1979.
  9. Kemiskinan dan kelaparan tanah di Kelantan:Karangkraf, 1978.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Francis Paul (18 Jun 2007). "Anything but politics: The revered Dr Syed Husin Ali". malaysiakini. Dicapai pada 21 Mei 2009. 
  2. ^ S. Hussin Ali (1996). Dua Wajah (Tahanan Tanpa Bicara). Kuala Lumpur: INSAN. p. 169. ISBN 9839602047. 
  3. ^ Subky Abdul Latif (2006). I.S.A., Ia Sah Aniaya. Kuala Lumpur: Gerakan Mansuhkan ISA. p. 150. ISBN 9833172199. 
  4. ^ "Ilmuwan diminta jangan menikus", Malaysiakini.com, 19 Mei 2010.