Syed Mohamad Asri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"Usop Wilcha" dan "Shy8" dilencongkan di sini.
Usop Wilcha
Shy801.jpg
Ketika sesi fotografi dengan akhbar KOSMO!.
Kelahiran Syed Mohamad Asri bin Syed Zainal Abidin Jamalullail
(1965-01-11) 11 Januari 1965 (umur 53)
Ipoh, Perak, Malaysia
Nama lain Syed Mohamad Asri, Shy8
Pekerjaan Pelakon, penyanyi, pegawai perhubungan korporat, penyampai radio
Tahun aktif 1996 - kini
Pasangan Noorafizah Abdul Aziz
Anak 1
Saudara Scha Al-Yahya (anak saudara)

Syed Mohamad Asri bin Syed Zainal Abidin Jamalullail atau lebih dikenali sebagai Usop Wilcha atau Shy8 (lahir 11 Januari 1965) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Dilahirkan di Ipoh, Perak, beliau telah membintangi beberapa drama dan filem dan sering kali membintangi drama dan filem arahan pengarah Mamat Khalid. Beliau kini memegang jawatan sebagai Pengurus Komunikasi Korporat syarikat Tanjung Offshore Berhad, dan masih meneruskan kerjaya profesional beliau itu.

Usop memulakan kerjaya muzik pada 1996 apabila beliau mengeluarkan satu-satunya album studio beliau, Terasing di Bumi Sendiri yang memuatkan single dengan judul sama yang digunakan sebagai lagu tema kempen anti AIDS. Beliau juga merupakan bapa saudara kepada pelakon, Scha Al-Yahya[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Muzik[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan langkah seni dengan menjadi penyanyi dan sempat melahirkan sebuah album bertajuk Terasing Di Bumi Sendiri edaran syarikat Ambang Klasik pada 1996. Walau bagaimanapun, percubaan beliau tidak berjaya dan hanya bertahan kurang daripada setahun.[2] Lagu "Terasing di Bumi Sendiri" nyanyian beliau menjadi lagu tema bagi kempen anti AIDS oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan muzik videonya juga disiarkan di RTM dan TV Pendidikan. Beliau juga menyanyikan lagu ini secara langsung dalam rancangan Muzik Muzik di TV3.

Lakonan[sunting | sunting sumber]

Selepas gagal dalam bidang nyanyian, beliau menumpukan kepada bidang lakonan dan akhirnya beliau berjaya mendapat tawaran berlakon sebagai pelakon tambahan dalam beberapa drama. Perkenalan beliau dengan pengarah Mamat Khalid membawa lembaran baru bagi beliau brjaya mendapat tawaran berlakon beberapa drama arahan beliau[3].

Memegang watak sebagai Usop Wilcha dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah

Dalam filem, beliau mendapat watak kecil dalam filem Man Laksa. Dari situ, karier lakonan beliau semakin cerah selepas melakonkan watak bekas penari kebudayaan bernama Usop dalam Zombi Kampung Pisang. Populariti beliau meningkat selepas filem pecah panggung arahan Mamat Khalid, Hantu Kak Limah Balik Rumah, denga memegang peranan yang sama tetapi berkerusi roda. Hasil lakonannya, beliau tercalon untuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-17.

Selain itu, beliau turut berlakon dalam drama siri, Cer Citer....

Radio[sunting | sunting sumber]

Pada pertengahan 2011, beliau mendapat tawaran sebagai penyampai radio untuk Hot FM apabila aksi beliau semasa ABPBH 2010 mendapat perhatian ramai. Beliau bersama Fara Fauzana, Faizal Ismail, dan AG mengisi slot Hot FM AM Krew dan keudara pada 6-10 pagi, Isnin hingga Jumaat[4].

Kini, beliau telah menamatkan khidmatnya sebagai penyampai radio. Beliau ingin menumpukan perhatian bersama keluarga dan masih meneruskan kerja-kerja beliau dan meneruskan pengambaran filem bersama Mamat Khalid[5].

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan Noorafiza Abdul Aziz dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Syed Caliph Umar.[6]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2006 Man Laksa Pelakon pentas Mamat Khalid Filem pertama, pelakon tambahan
2007 Zombi Kampung Pisang Usop Mamat Khalid
2010 Hantu Kak Limah Balik Rumah Usop @ Usop Wilcha Mamat Khalid
2012 Cinta Kura-Kura Atok (suara) Nizam Zakaria
Adik Manja Returns Pelumba Playboy Dharma Harun Al Rashid Penampilan khas
Kahwin 5 Kassim Sameon @ Dr. K Nizam Zakaria
2013 Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit Usop Mamat Khalid
Gangster Celop Pegawai Polis Ahmad Idham
KL Zombi Bro Khalid Woo Ming Jin
2014 Zombie Kilang Biskut Usop Mamat Khalid
Hantu Nan Sempit Tok Laris Ahmad Idham
2015 Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh Usop Mamat Khalid
Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium Usop Mamat Khalid
2016 Radhi Rudy Bin Dadu Tuan Haji Kassim Arjin Uppal

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2017 Misteri Wan Peah Tok Hashim TV3 Seramidi (Seram + Komedi)
Seharum Mawar Tuan Jamal TV1
2018 Tok Adi Astro Oasis

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2013 Abang Long vs Kak Yong TV3

Diskografi[sunting | sunting sumber]

  • Terasing di Bumi Sendiri (1996)

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2010 Festival Filem Malaysia ke-23 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]