Syed Nasir Syed Ismail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Yang Amat Berbahagia Tun Tan Sri Dato'
Syed Nasir Syed Ismail
SSM, PMN; SPMJ, SSIJ (Joh); JMN; PIS, BSI (Joh)
Yang di-Pertua
Dewan Rakyat Malaysia
Dalam jawatan
9 Januari 1978 – 16 Mac 1982
Ahli Parlimen Malaysia
untuk Pagoh
Dalam jawatan
1974–1978
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehMuhyiddin Yassin
Ahli Parlimen Malaysia
untuk Muar Dalam
Dalam jawatan
1971–1974
Didahului olehAbdul Aziz Ishak
Digantikan olehKonstituensi dibubarkan
Pengarah
Dewan Bahasa dan Pustaka
Dalam jawatan
1957–1969
Didahului olehUngku Aziz
Digantikan olehDatuk Ali Haji Ahmad
Butiran peribadi
Lahir7 Mac 1921
Batu Pahat
Meninggal dunia16 Mac 1982(1982-03-16) (umur 61)
Tempat persemadianMakam Pahlawan
Parti politikBarisan Nasional.png Barisan Nasional
UMNO (Malaysia).svg UMNO
PasanganToh Puan Sharifah Aishah Syed Mohamad
HubunganPuan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil (menantu)
Anak-anak3 (termasuk Syed Mohd Yusof Syed Nasir)
PekerjaanAhli Parlimen
Pilihan Raya Umum Malaysia. 1974
Malaysia
← 1970
1978 →
Calon Syed Nasir Syed Ismail

Allahyarham Tun Syed Nasir Syed Ismail merupakan ahli politik UMNO di Malaysia.

Biodata[sunting | sunting sumber]

Syed Nasir dilahirkan di Batu Pahat, Johor pada 7 Mac 1921 dan meninggal dunia pada 1982. Beliau berasal dari Johor dan berketurunan Syed yang dikaitkan dengan keturunan Nabi Muhammad di tanah Hadramaut / Arab. Gelaran syed diturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Di Johor ramai orang Melayu berketurunan syed dan mendapat tempat istimewa dalam masyarakat. Tokoh lain ialah Syed Jaafar Albar. .

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Anaknya Tan Sri Syed Mohd Yusof Syed Nasir atau lebih dikenali sebagai Tan Sri Jojo[1] merupakan seorang usahawan yang terkenal. Antara perniagaan beliau yang terkenal ialah Hardrock Cafe.

Pengarah DBP[sunting | sunting sumber]

Semasa menjadi Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka,[2] berlaku peristiwa Keranda 152 . Kebanyakan buku teks yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ketika itu ada kata pengantar daripada Tun Syed Nasir Ismail. Tahun 1970-an, semua buku teks dicetak dan dibekalkan oleh DBP. Bahasa Melayu digunakan sebagai meluas selaraskan dengan Penyata Razak.

Speaker Dewan Rakyat[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah menjadi Yang di-Pertua Dewan Rakyat.[3] Semasa menjadi speaker, beliau pernah sendiri ke Kem Tahanan Kamunting untuk majlis angkat sumpah dua orang ahli parlimen DAP yang ditahan di bawah ISA.

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Sebuah sekolah di Johor Bharu telah dinamakan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Nasir Ismail.[4] Biasiswa Tun Syed Nasir[5] diperkenalkan oleh DBP sejak 1992 untuk pelajar yang layak. Politeknik Tun Syed Nasir telah dibina di Hab Pendidikan Tinggi Pagoh sebagai mengenang jasa beliau sebagai Ahli Parlimen Pagoh.[6]

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Beliau meninggal dunia pada 1982. Makam beliau terletak di Makam Pahlawan, bersebelahan Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu Ahli Parlimen Pagoh
1974 - 1978
Penyandang Kemudian
Ahli Parlimen Muar Dalam
Abdul Aziz Ishak
Tan Sri Muhyiddin Yassin