Syed Sheh Hassan Barakbah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Tuan Yang Terutama Tun Tan Sri

Syed Sheh Hassan Barakbah
Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-3
Dalam jawatan
1 February 1969 – 1 February 1975
Didahului olehSyed Sheh Shahabudin
Digantikan olehSardon Jubir
Yang Dipertua Dewan Negara
Dalam jawatan
27 January 1969 – 5 February 1969
Didahului olehAbdul Rahman Mohd Yassin
Digantikan olehMohamad Noah Omar
Lord President of the Federal Court
Dalam jawatan
1966–1968
Didahului olehJames Beveridge Thomson
Digantikan olehMohamed Azmi Mohamed
Butiran peribadi
Lahir(1906-11-10)10 November 1906
Alor Setar, Kedah
Meninggal dunia8 Oktober 1975(1975-10-08) (umur 68)
Alor Setar, Kedah
PasanganPegiran Puan Zaneriah Binti Aluharum Pengiran Bendahara Pengiran Muda Abdul Hasim

Tun Tan Sri Syed Sheh bin Syed Hassan Barakbah (lahir 10 November 1906 - 8 Oktober 1975) menjadi Gabenor / Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang dari 1969-1975. Beliau menggantikan Tun Tan Sri Syed Sheh bin Syed Abdullah Shahabudin (1967 - 1969) yang meninggal dunia. Selepas beliau ialah Sardon Jubir (1975 - 1981).

Beliau pernah menjadi hakim, Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan , dan rakyat Malaysia yang pertama memegang jawatan itu. Selepas bersara dari bidang perundangan, beliau menjadi Yang Dipertua Dewan Negara dan kemudian Yang di-Pertua Negeri (Governor) Pulau Pinang .

Awal kehidupan[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Alor Star , Kedah , Syed Sheh adalah keturunan Arab Hadhrami yang berhijrah . Nenek moyangnya berhijrah dari Hadhramaut/ Yaman dan menetap di Kedah untuk beberapa generasi sebagai puak Barakbah. Keluarganya Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah menjadi isteri ketiga Perdana Menteri Malaysia , Tunku Abdul Rahman .

Syed Sheh belajar di Kolej Sultan Abdul Hamid dan di England dengan biasiswa Kerajaan Negeri Kedah. Beliau belajar undang-undang di Inner Temple dan lulus pada tahun 1934 dengan ijazah LL.B.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Syed Sheh menjadi majistret khas dalam Perkhidmatan Undang-Undang Kolonial pada tahun 1946. Selepas kemerdekaan 31 Ogos 1957, beliau berkhidmat sebagai seorang hakim di Mahkamah Rayuan.Pada 1963, dilantik sebagai Ketua Hakim Malaya . Pada tahun 1968, Syed Sheh menjadi Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan , jawatan tertinggi dalam badan kehakiman Malaysia . Beliau yang pertama rakyat Malaysia untuk jawatan itu,menggantikan James Beveridge Thomson.

Selepas bersara[sunting | sunting sumber]

Selepas bersara sebagai Ketua Hakim Negara, Syed Sheh telah dilantik sebagai Senator di Dewan Negara iaitu badan perundangan selelas Parlimen Malaysia . Beliau menjadi Presiden Dewan Negara pada tahun 1969.Beliau bersara dari Senator dan dilantik sebagai Gabenor Pulau Pinang ke-3 oleh Yang di-Pertuan Agong ,Sultan Ismail Nasiruddin . Beliau telah berkhidmat dua penggal (empat tahun dan dua tahun) sehingga Februari 1975.


Majlis pelantikan Gabenor Pulau Pinang[sunting | sunting sumber]

Pada 3 Mac 1969, 1969, Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin selaku Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik Tun Syed Sheh Syed Hassan sebagai Gabenor Pulau Pinang. Gabenor sebelumnya meninggal dunia pada 31 Januari 1969. Majlis pelantikan diadakan di Istana Negara dengan disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia Tunku Abdul Rahman,Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Wong Pow Nee; Ketua Hakim Negara, Tan Sri Azmi Mohamad; Speaker Dewan Rakyat, Dato’ C.M. Yusof bin Sheikh Abdul Rahman dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Kader Yusof. Majlis angkat sumpah diadakan di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.[1]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Tun Syed Sheh meninggal dunia pada 8 Oktober, 1975, di Alor Star , Kedah .

Rujukan[sunting | sunting sumber]