Syed Sheikh Syed Ahmad Al-Hadi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Syed Sheikh Syed Ahmad Al-Hadi

Syed Sheikh bin Ahmad Al-Hadi (22 November 1867 - 20 Februari 1934) merupakan pelopor gerakan Kaum Muda di Malaya.

Kehidupan Awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Kampung Hulu, Melaka. Ibunya berketurunan Melayu, manakala bapanya, Syed Ahmad ibn Hasan ibn Saqaf al-Hady al-Ba’alawi merupakan peranakan Arab dari Hadrami, Yemen. Ketika beliau kecil, beliau menjadi anak angkat kepada Raja Ali Kelana, Sultan Riau ketika itu dan dibesarkan bersama-sama putera raja di istana. Beliau belajar ilmu teologi dan bahasa Arab di Madrasah Raja Ali Haji. Beliau merupakan salah seorang pengasas Persekutuan Rashidiyyah, sebuah kumpulan pengajian yang aktif di Melaka dan Singapura pada tahun 1890-an. Beliau pernah mengembara di negara-negara Arab dan belajar di Makkah, Beirut dan Kaherah. Di Universiti Al-Azhar, beliau terpengaruh dengan pemikiran reformis dari Mesir, Muhammad Abduh.

Kembali Dari Pengajian[sunting | sunting sumber]

Kembali ke Malaya, beliau terpengaruh dengan Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin al-Azhari yang mendedahkannya dengan pemikiran Muhammad Abduh dan Rashid Rida. Bersama-sama Shaikh Mohamad Tahir, Sheikh Mohamad Salim al-Kalili dan Haji Abbas Mohamad Tahar, mereka memulakan penerbitan Majalah Al-Imam pada 23 Julai 1906 di Singapura. Pada 4 Februari 1908, beliau membuka Madrasah al-Iqbal al-Islamiyyah di Singapura. Antara tahun 1909 - 1915, beliau menjadi peguam di mahkamah syariah di Johor Bahru. Tetapi pada tahun 1915, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan kerjaya tersebut membolehkan beliau kembali ke Melaka dan membuka madrasah di sana bersama Haji Abu Bakar Ahmad yang kemudian dikenali sebagai Madrasah Al-Hadi.

Pindah Ke Pulau Pinang[sunting | sunting sumber]

Tetapi masyarakat Melayu di Melaka tidak menyukai cara pengajaran yang disampaikan oleh beliau yang ketika itu disifatkan terlalu radikal dan kontroversi. Kemudian pada tahun 1919, beliau berpindah ke Pulau Pinang dan membuka Madrasah Al-Mashoor, dimana salah seorang tenaga pengajar di madrasah itu ialah Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin al-Azhari. Madrasah al-Mashhor juga antara antara madrasah yang terkenal dengan pengaruh gerakan radikal pada zaman penjajah. Madrasah tersebut merupakan sebagai instrumen untuk memberi pendidikan kepada pemikir dan aktivis reformis muda Muslim ketika itu.

Pada tahun 1927, beliau meninggalkan profesion perguruan dan membuka Percetakan Jelutong di Pulai Pinang yang merupakan penerbitan yang bersifat reformasi Islam. Beliau menerbitkan Tafsir Al-Quran oleh Muhammad Abduh dan juga lain-lain penerbitan berkaitan artikel dan buka reformasi. Pada tahun 1926, beliau melancarkan jurnal bulanan, Al-Ikhwan dan pada tahun 1928, beliau menerbitkan akhbar harian, Saudara. Antara penulis untuk akhbar Saudara ialah Abdul Rahim Kajai.

Syed Sheikh al-Hadi meninggal dunia pada 20 Februari 1934.

Hasil Penulisan[sunting | sunting sumber]

Hasil penulisannya termasuk:-

  1. Hikayat Faridah Hanum, 1925
  2. Anak dara Ghasan, jilid 1-2. Singapura: Harmy, 1959.
  3. Hikayat setia asyik kepada maksuk. Pulau Pinang: Jelutong Press.
  4. Rokombul dalam Sibiria. Pulau Pinang: Jelutong Press.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Alijah Gordon, (ed.) The real cry of Syed Sheikh al-Hady. 1999. William Roff, The origins of Malay nationalism, 1967.
  • Sejarah Malaysia