Syed Sirajuddin Areeb Putra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Syed Sirajuddin Areeb Putra
Pewaris takhta Perlis
Keputeraan (2009-04-12) 12 April 2009 (umur 11)
Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar
Nama penuh
Syed Sirajuddin Areeb Putra Ibni Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
KerabatIstana Arau, Perlis
AyahandaTuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail
BondaTuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil
AgamaIslam

Yang Amat Mulia Syed Sirajuddin Areeb Putra Ibni Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (dilahirkan pada (2009-04-12)12 April 2009 di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar) merupakan anakanda ketiga baginda bongsu dan putera sulung kepada Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Lailatul Akashah Khalil.

Keputeraan[sunting | sunting sumber]

Syed Sirajuddin Areeb Putra seberat 3.4 kilogram telah diputerakan di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, pada jam 10.13 pagi tanggal 12 April 2009 dan merupakan putera tunggal kepada Tuanku Syed Faizuddin Putra bersama Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.[1] Syed Sirajuddin Areeb Putra juga merupakan cucunda keempat baginda berdua kepada Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalulail dan Tengku Fauziah.

Istiadat pemasyhuran ikat nama putera sebagai pewaris takhta negeri Perlis itu diadakan di Balairung Seri, Istana Arau dengan majlis akikah, cukur rambut dan tahnik dilakukan mengikut sunah yang dihadiri kerabat diraja, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu dan isteri, wakil-wakil rakyat, ketua-ketua dan pegawai kanan jabatan kerajaan. Nama baginda bermaksud pemimpin yang mengikuti petunjuk agama secara mendalam dan bijaksana.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Syed Sirajuddin Areeb menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Seri Indera, Perlis.

28.5.2014- Hari Sukan Smart Rendah Kids di Sekolah Kebangsaan Seri Indera, Perlis dan murid pendidikan awal di Sekolah MATRI, Tunjung.

Kehidupan Diraja[sunting | sunting sumber]

Syed Sirajuddin Areeb Putra juga mempunyai dua kekanda perempuan, Sharifah Khatreena Nuraniah, yang dilahirkan pada 10 Feburuari 1995 dan Sharifah Farah Adriana, yang dilahirkan pada 4 Mac 2001. Baginda berkenan melancarkan ‘Buku Wawasan Membaca’ pada tahun 2018 di di Dewan Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis.[2]

Terasul dan gelaran[sunting | sunting sumber]

  • 12 April 2009 – kini: Yang Amat Mulia Syed Sirajuddin Areeb Putra ibni Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail

Senama[sunting | sunting sumber]

  • Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra, Universiti Malaysia Perlis.
  • Pusat Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra, Universiti Malaysia Perlis.
  • Stadium Tuanku Syed Sirajuddin Areeb Putra, Universiti Malaysia Perlis.
  • Piala YAM Syed Sirajuddin Areeb Putra
  • Kejuaraan Putra Bolakid YAM Syed Sirajuddin Areeb

Keturunan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Putera Raja Muda Perlis dimasyhurkan". Utusan Online. 18 April 2009. Dicapai pada 14 Mei 2018.
  2. ^ "PUTERA Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail berkenan melancarkan 'Buku Wawasan Membaca' ketika be". Utusan Online. 30 Mac 2018. Dicapai pada 14 Mei 2018.
  3. ^ Royal Ark Perlis 5
Syed Sirajuddin Areeb Putra
Tarikh keputeraan: 12 April 2009
Susunan penggantian
Didahului oleh
Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail
Pewarisan takhta Jamullail
Kedua dalam susur galur
Diikuti oleh:
Syed Badaruddin