Syed Sobri Syed Hashim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Datuk Syed Sobri Syed Hashim adalah ahli politik Malaysia yang juga Ahli Dewan Undangan(ADUN) kawasan Kuala Nerang. Di dalam Pilihan raya umum Malaysia 2008, beliau menang bertanding di kawasan itu atas tiket UMNO/Barisan Nasional menewaskan calon PAS, Zawawi Ahmad dengan majoriti 805 undi. Di peringkat akar umbi, beliau adalah Naib ketua Umno Bahagian Padang Terap, Kedah.

Beliau pertama kali bertanding dalam pilihan raya dan terbukti menang ketika ramai calon BN/UMNO tewas Kedah.

Syarikat yang diasaskan oleh beliau, Kulim Enterprise Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang berjaya sebelum muflis pada 2011. mSyarikat ini dikatakan mendapat projek penswastaan lebuh raya iaitu Kuala Lumpur-Kajang Highway (Grand Saga Sdn Bhd comprising Kumpulan Perangsang Bhd, Europlex Sdn Bhd, Kulim Enterprise Sdn Bhd and Cerahsama Sdn Bhd .Turut terlibat ialah Syed Sobri Syed Hashim, Azizah Samad, Wan Shaari Wan Hassan, Yahaya Che Him, Ahmad Ishak Haron, Hairi Abdullah, Minhat Mion). [1]

Muflis 1[sunting | sunting sumber]

Pada Disember 2010, Syed Sobri diisytihar muflis ekoran kegagalan syarikatnya membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Sejak 2003, KWSP menuntut Syed Sobri memjelaskan baki caruman lebih RM700,000. Syed Sobri ketika dihubungi The Malaysian Insider menafikan beliau muflis dan itu semua hanyalah fitnah oleh musuh politiknya.[2] Beliau bercadang menyaman portal berita itu kerana menjejaskan reputasi saya sebagai Adun dan ahli perniagaan.Tindakan portal berita itu mendahului keputusan mahkamah, sedangkan mahkamah tidak pernah mengeluarkan perintah muflis terhadap saya.[3]

Muflis 2[sunting | sunting sumber]

Pada Disember 2011, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Syed Sobri Syed Hashim diisytihar muflis setelah gagal membayar baki hutangnya dengan bank tempatan berjumlah RM8 juta. Hutang tersebut adalah sebahagian daripada pinjaman RM50 juta yang diambil pada 1998 untuk membolehkan syarikatnya, Kulim Enterprise Sdn Bhd, disenaraikan di papan kedua Bursa Saham Malaysia pada masa itu.

Ekoran negara mengalami kegawatan ekonomi ketika itu dan syarikatnya gagal disenaraikan, menyebabkan beliau terpaksa menanggung hutang berkenaan. Pada 3 April 2012, Syed Sobri di hadapan 300 anggota dan pemimpin akar umbi Umno menjelaskan kedudukan sebenar tentang kes itu.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak telah dimaklumkan tentang perkara itu. Azizan tetap menyuruhnya hadir pada persidangan Dewan Negeri Kedah yang akan bermula 17 April 2012. Syed Sobri tidak tergamak hadir kerana Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah, beliau telah hilang kelayakan sebagai wakil rakyat berikutan statusnya sebagai muflis.[4] Lagipun kehadirannya akan dipersoalkan oleh wakil rakyat yang lain .

Perkara 47(1)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan negeri Kedah menyatakan seorang anggota Dewan Negeri hilang kelayakan jika ia seorang muflis yang belum dilepaskan. [5] Berita beliau muflis dipengap oleh media arus perdana dan tidak dapat dihidu oleh parti pembangkang.

UMNO negeri Kedah dipimpin oleh Dato' Seri Shafie Apdal yang juga Naib Presiden UMNO. Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah ialah Dato' Ahmad Bashah Md Hanipah.


Pilihan raya kecil tidak diadakan kerana telah melepasi had tempoh dan Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Najib Tun Razak menanti saat-saat akhir mengumumkan tarikh PRU13.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]