Syeikh Jumadil Qubro

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Syeikh Jumadil Qubro berasal dari Samarkand, Uzbekistan, Asia Tengah. Beliau diyakini sebagai keturunan ke-10 dari al-Hussein, cucu Nabi Muhammad SAW.

Petilasan[sunting | sunting sumber]

Petilasan-(maqam)-nya dilaporkan berada di beberapa tempat, iaitu di Semarang[1], Trowulan[2], dan di Desa Turgo (dekat Plawangan), Kecamatan Turi, Yogyakarta. Namun demikian, tidak diketahui dengan tepat di mana sebenarnya beliau dimakamkan.

Syiar Islam[sunting | sunting sumber]

Pada awalnya, Syeikh Jumadil Qubro dan kedua anaknya, Maulana Malik Ibrahim dan Maulana Ishaq, datang ke pulau Jawa. Setelah itu mereka berpisah; Syeikh Jumadil Qubro tetap untuk menetap di pulau Jawa meneruskan syiar Islam .

Keturunan[sunting | sunting sumber]

Bila demikian, beberapa Walisongo, iaitu Sunan Ampel (Raden Rahmat) dan Sunan Giri (Raden Paku) adalah cucunya. Sunan Bonang, dan Sunan Drajad adalah buyutnya. Sunan Kudus adalah canggahnya. Jadi boleh dikatakan bahawa para Walisongo merupakan keturunan etnik Uzbek yang menetap di Pulau Jawa..

Hubungan dengan Laksamana Zheng He[sunting | sunting sumber]

Menurut catatan di Goa Batu, Semarang tujuh dari sembilan para Walisongo adalah keluarga dan rakan kepada Panglima Zheng He (Cheng Ho) yang juga berasal Xinjiang / Xin Kiang, sekarang berada di wilayah China.

Rujukan[sunting | sunting sumber]