Sylvester Gozzolini
Penampilan
Sylvester Gozzolini (bahasa Itali: Silvestro Guzzolini) (1177 - 26 November 1267 ) ialah seorang santo Itali, pengasas aliran Sylvestrina.[1] Beliau datang daripada keluarga bangsawan Gozzolini di Osimo, Marche. Beliau telah dihantar untuk menuntut hukum perkara di Bologna dan Padua, namun beliau meninggalkan pengajiannya dan sebaliknya mempelajari teologi dan Kitab Suci Kristian sambil beribadat sehari-hari. Terjadi konflik antara beliau dan bapanya akibat tindakannya itu, lantas bapanya enggan menegurnya selama 10 tahun. Sylvester kemudian menerima kekanunan (canonry) di Osimo dan melakukan kerja-kerja kepadrian.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "St. Sylvester Gozzolini". Catholic Encyclopedia. New York: Robert Appleton Company. 1913.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.