Pergi ke kandungan

Synanceia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Synanceia
Synanceia horrida, gambaran 1796
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Actinopterygii
Order: Perciformes
Suborder: Scorpaenoidei
Keluarga: Synanceiidae
Subkeluarga: Synanceiinae
Genus: Synanceia
Bloch and J. G. Schneider, 1801
Spesies jenis
Scorpaena brachion
Sinonim[1]

Synanceia ialah genus ikan bersirip ruji dalam subkeluarga Synanceiinae yang dikelaskan dalam keluarga Synanceiidae, iaitu depu batu. Synanceia adalah ikan paling berbisa yang diketahui; sengatannya boleh membunuh manusia.[2][3] Ia terdapat di kawasan pesisir.

Spesiesnya mempunyai neurotoksin kuat pada duri berkelenjar yang keluar dari pangkal sirip belakang seakan-akan jarum yang melekat ketika terganggu atau terancam.[4][5]

Spesies depu yang ada dalam genus ini adalah seperti berikut:[6]

ImejNama saintifikTaburan
Synanceia alula (Eschmeyer & Rama Rao, 1973)utara Lautan Hindi ke Kepulauan Solomon
Synanceia horrida (Linnaeus, 1766)India ke China, Filipina, Papua New Guinea, Australia dan Vanuatu
Synanceia nana (Eschmeyer & Rama Rao, 1973)Laut Merah dan Teluk Parsi
Synanceia platyrhyncha (Bleeker, 1874)Indonesia
Synanceia verrucosa (Bloch and J. G. Schneider, 1801) Laut Merah dan Hindi-Pasifik
  1. 1 2 Eschmeyer, William N.; Fricke, Ron & van der Laan, Richard (penyunting). "Genera in the family Synanceiinae". Catalog of Fishes. California Academy of Sciences. Dicapai pada 11 April 2022.
  2. Smith, M.M.; Heemstra, P.C., penyunting (2003). Smiths' Sea Fishes. Penguin Random House South Africa. ISBN 1-86872-890-0.
  3. "Puffer Fish" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 January 2017.
  4. Amang (5 Oktober 2019). "Ikan Air Masin Yang Berduri Menyengat". Umpan.
  5. "Notesthe robusta - Family Scorpaenidae". O'Connor,J. Southern Cross University. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Ogos 2004. Dicapai pada 14 Jun 2009.
  6. "Synanceia". Integrated Taxonomic Information System.