Syria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Republik Arab Syria
ريڤوبليك عرب سيريا

الجمهورية العربية السورية
Al-Jumhūriyyah al-ʿArabiyyah as-Sūriyyah
Bendera
Lagu: حُمَاةَ الدِّيَار
Homat el Diyar
Ibu negara
dan bandar terbesar
Damsyik
Bahasa rasmi Bahasa Arab
Kerajaan Republik Berpresiden
 -  Presiden Bashar al-Assad
 -  Perdana Menteri Muhammad Naji Etri
Kemerdekaan daripada Perancis
 -  Pengisytiharan pertama September 1936 
 -  Pengisytiharan kedua 1 Januari 1944 
 -  Diiktiraf 17 April 1946 
 -  Perairan (%) 0.06
Populasi
 -  2007 (anggaran) 19,314,747 (ke-55)
KDNK (PPP) 2005 anggaran
 -  Jumlah $71.74 bilion (ke-65)
 -  Per kapita $5,348 (ke-101)
HDI (2004) 0.716 (sederhana / ke-107)
Mata wang Paun Syria (SYP)
Zon waktu EAT (UTC+3)
 -  Musim panas (DST) EEST (UTC+3)
Kod panggilan 963
Internet TLD .sy
Map of Syria

Syria (Bahasa Arab: سورياSūriyā atau سورية Sūriyah), secara rasminya Republik Arab Syria (Arab: الجمهورية العربية السورية) ialah sebuah negara di Asia Barat Daya yang bersempadan dengan Laut Mediterranean dan Lubnan di barat, Israel di barat daya, Jordan di selatan, Iraq di timur dan Turki di utara. Negara Syria moden ialah bekas mandat Perancis yang mencapai kemerdekaan pada tahun 1946, tetapi sejarahnya bermula seawal alaf ke-4 SM. Ibu negaranya Damsyik pernah dijadikan pusat pentadbiran Empayar Umayyah dan sebuah ibu wilayah Empayar Mamluk.

Syria mempunyai seramai 19.3 juta orang penduduk,[1] kebanyakannya penganut agama Islam Sunah berbahasa Arab iaitu 74% daripada seluruh populasi. Golongan Muslim lain termasuk mazhab Alawit pada 11%, Druze dan mazhab Islam lain pada 5%. Terdapat juga pelbagai mazhab Kristian yang membentuk 10% daripada seluruh populasi.[2] Sejak tahun 1963 negara ini ditadbir oleh Parti Baath; sejak 1970, ketua negeri sentiasa merupakan ahli keluarga Assad. Presiden Syria masa kini ialah Bashar al-Assad, anak kepada Hafez al-Assad yang memegang jawatan dari tahun 1970 sehinggalah meninggal dunia pada tahun 2000.[3] Mengikut sejarah, Syria pernah juga menakluki wilayah Lubnan, Israel, Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan bahagian-bahagian Jordan, tetapi terkecuali rantau Jazira di timur laut kawasan Syira moden.[perlu rujukan] Dalam erti kata sejarah, kawasan ini dikenali sebagai Syria Besar atau nama Arabnya Bilad al-Sham ( بلاد الشام). Kerajaan Syria telah melepaskan tuntutannya terhadap rantau İskenderun, yang sekarang merupakan sebahagian wilayah Hatay di Turki. Kawasan ini pernah dijadikan sebahagian Syria, tetapi pihak Damsyik bersetuju untuk mengiktiraf kedaulatan Turki sebagai sebahagian perjanjian damai dalam sedekad yang lalu. Ketika perang Enam Hari tahun 1967, Israel menawan Tanah Tinggi Golan daripada Syria.[4]

Nama Syria berasal daripada nama Greek kuno "Syrians", Σύροι Syroi, yang dipakai oleh orang Greek untuk menggelar orang Assyria.[5] nama itu mungkin merupakan berasal daripada Ἀσσυρία, Assyria, yang bverasal pula daripada Aššur dalam bahasa Akkadia.[6]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Untuk rencana lanjutan, lihat Sejarah Syria

Politik dan Kerajaan[sunting | sunting sumber]

Untuk rencana lanjutan, lihat Politik Syria

Daerah[sunting | sunting sumber]

Untuk rencana lanjutan, lihat Daerah Syria

Geografi[sunting | sunting sumber]

Untuk rencana lanjutan, lihat Geografi Syria

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Industri petroleum[sunting | sunting sumber]

Loji penapis minyak di Homs
Lebuhraya M5 berhampiran Al-Rastan

Industri petroleum Syria telah menunjukan kejatuhan ketara. Pada September 2014, ISIS telah mengeluarkan minyak lebih banyak iaitu 80,000 bbl/d (13,000 m3/d) berbanding 17,000 bbl/d (2,700 m3/d) rejim Syria. Menteri Minyak Syria mengatakan bahawa pada penghujung tahun 2014, pengeluaran minyak menjunam kepada 9,329 bbl/d (1,483.2 m3/d); ISIS sejak itu telah menawan lebih banyak medan minyak, dan meningkatkan anggaran pengeluaran minyak kepada 6,829 bbl/d (1,085.7 m3/d).[7] Pada tahun ketiga Perang Saudara Syria, timbalan menteri ekonomi, Salman Hayan mengatakan bahawa dua loji penapisan minyak utama Syria beroperasi dengan kurang daripada 10% kapasiti.[8]

Berdasarkan sejarah, Syria mengeluarkan minyak bergred berat daripada medan-medan yang terletak di timur laut sejak akhir 1960-an. Pada awal 1980-an, minyak bergred ringan, rendah sulfur telah ditemui berhampiran Deir ez-Zor di timur Syria. Kadar pengeluaran minyak Syria menurun secara drastik daripada puncaknya kepada 600,000 barrels per day (95,000 m3/d) (bpd) pada tahun 1995 sehingga kurang daripada 140,000 bbl/d (22,000 m3/d) pada tahun 2012.[9] Sebelum kekacauan meletus, lebih daripada 90% minyak Syria dieksport ke negara-negara Eropah, dan selebihnya dijual ke Turki.[10] Pendapatan gas dan minyak menyumbang sekitar 20% daripada keluaran negara kasar dan 25% daripada jumlah pendapatan kerajaan.[10]

Demografi[sunting | sunting sumber]

Untuk rencana lanjutan, lihat Demografi Syria

Budaya[sunting | sunting sumber]

Untuk rencana lanjutan, lihat Budaya Syria

Izzudin al-Qassam[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Syria CIA - The World Fact Book. 31 Mei 2007. Dipetik 13 Jun 2007.
  2. Syria Foreign and Commonwealth Office. Dipetik 13 Jun 2007.
  3. Baath Party The Columbia Encyclopedia Sixth Edition 2001–05. Dipetik 13 Jun 2007.
  4. Pipes, Daniel. Is the Hatay Problem Solved? Daniel Pipes Blog. January 10, 2005. Dipetik 13 Jun 2007.
  5. dalam Herodotus The Histories 7.63
  6. Pertama kali dicadangkan oleh Theodor Nöldeke pada tahun 1881; cf. Harper, Douglas (November 2001). "Syria". Online Etymology Dictionary. Diperoleh pada 2007-06-13.  .
  7. "Syria regime revenues shrink as losses mount". The Daily Star. AFP. 30 May 2015. Diperoleh pada 31 May 2015. 
  8. Al-Khalidi, Suleiman (January 27, 2015). "Syria raises fuel prices to snuff out black market, soothe unrest". Reuters. Diperoleh pada January 28, 2015. 
  9. "Syria says preparing to finalize oil deal with Russia". Reuters. Diperoleh pada 28 August 2012. 
  10. 10.0 10.1 "The Syrian Economy: Hanging by a Thread". Carnegie Endowment for International Peace. 20 June 2012. 

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.