Pergi ke kandungan

Syurga Yang Kedua (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Syurga Yang Kedua ialah siri drama televisyen Malaysia 2017 arahan Zamri Zakaria dan Bahri Umar Bajuri, dibintangi oleh Zarul Husin, Siti Elizad dan Fasha Sandha. Siri drama ini mula bersiaran di Slot Tiara, Astro Prima bermula 12 Disember 2017 menggantikan drama Dendam Aurora.

Syurga Yang Kedua
GenreDrama
Cinta
Keluarga
Melodrama
Berdasarkan daripada
Surga yang Kedua terbitan SCTV
Pengarah
  • Zamri Zakaria
  • Bahri Uma Bajuri
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Takdir" oleh Dayang Nurfaizah
Lagu penutup"Takdir" oleh Dayang Nurfaizah
Negara asalMalaysia
Bilangan episod70
Penerbitan
Penerbit eksekutifVareen Kaur
Dato' Sadupal Singh (DS)
PenerbitDato' Sri Jaspal S. Korotana
Syarikat penerbitan
OrangeTree Production Sdn. Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Prima
Astro Maya HD
Siaran asal12 Disember 2017 – 19 Mac 2018
Kronologi
MengikutiDendam Aurora
Diikuti olehMonalisa

Siri drama ini diadaptasi dari sinetron Indonesia, Surga yang Kedua terbitan SCTV.

Drama ini mengisahkan tentang Sabrina (Siti Elizad) yang hidup bahagia bersama suaminya Daniel (Zarul Husin), namun mereka masih belum dikurniakan anak. Ibu Daniel, Dato' Sherry (Azizah Mahzan) yang mahukan cucu lelaki untuk menjadi pewaris perniagaannya sering mendesak Daniel untuk berkahwin lagi. Sabrina sentiasa tertekan dengan sikap ibu mertuanya itu, tidak lama kemudian Sabrina kemalangan lalu koma. Dato' Sherry menggunakan peluang ini untuk memaksa Daniel berkahwin dengan doktor peribadinya, Dr. Vanida atau Vivy (Fasha Sandha).

Daniel dan Vivy tersepit ditengah-tengah, Vivy yang merupakan kawan baik Sabrina tidak sanggup ingin merampas suami kawan baiknya sendiri itu. Manakala Daniel pula tidak mahu menduakan Sabrina namun akhirnya mereka terpaksa juga berkahwin disebabkan masing-masing tidak mahu menjadi anak derhaka. Sabrina yang koma kini mula sedar kembali dan dia begitu terkejut apabila mengetahui suaminya telah berkahwin lain dengan kawan baiknya sendiri. Apa yang berlaku seterusnya?

Pelakon Utama

[sunting | sunting sumber]

Pelakon Pembantu

[sunting | sunting sumber]

Watak kanak-kanak

[sunting | sunting sumber]

Lagu Tema

[sunting | sunting sumber]
  1. http://www.astroawani.com/berita-hiburan/dari-dendam-aurora-ke-syurga-yang-kedua-astro-prima-janji-terus-saji-drama-terbaik-162556
  2. https://web.archive.org/web/20180105000409/http://www.utusan.com.my/hiburan/syurga-yang-kedua-angkat-martabat-poligami-1.568779