Tête de Moine
| Tête de Moine | |
|---|---|
| Maklumat umum | |
| Jenis | Keju Perancis, keju separa masak ditekan, keju pusat ladang, keju tenusu, keju Swiss |
| Pensijilan | Gelaran asal dilindungi |
| Asalan | |
| Negara | Switzerland |
| Wilayah, bandar | Prunt, Moutier, Courtelary Saulcy, Courgenay |
| Lokasi | Biara Bellelay, Jura Bern |
| Ciri-ciri | |
| Sumber susu | lembu |
| Dipasteurkan | Tidak |
| Tekstur | Keras |
| Kandungan lemak | 51% |
| Tempoh penuaan | 6 bulan |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Tête de Moine adalah keju dari Switzerland yang mempunyai tekstur keras, dibuat daripada susu lembu mentah dan dinikmati dengan cara dikikis menggunakan alat yang dinamakan girolle.[1] Tête de Moine mempunyai makna "kepala biarawan", dinamakan seperti itu kerana bentuknya.[2]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Keju Tête de Moine pada awalnya bernama keju Bellelay.[2] Nama tersebut diambil dari biara Bellelay di Pergunungan Jura tempat keju ini berasal.[1] [2] Biara tersebut didirikan pada tahun 1136 dan disahkan oleh Paus Innozenz II pada tahun 1142.[3] Para biarawan dari Bellelay ketika itu membayar sewa pelbagai hartanah dengan keju yang mereka buat sendiri.[3] Tulisan tertua mengenai keju Bellelay terdapat pada sebuah surat yang ditulis pada tarikh 16 Ogos 1570.[3] Surat tersebut ditulis oleh Ketua Biara Bellelay kepada Putera sekaligus Biskop Basel.[3] Surat itu menyebutkan dryssig belleley Kess (tiga belas keju Bellelay) yang disediakan oleh Ketua Biara.[3] Pada sebuah tulisan pada tahun 1628 dinyatakan bahawa keju Bellelay menggunakan susu yang berkualiti sempurna daripada rumput dan tumbuhan terbaik di negara tersebut.[3]
Nama Tête de Moine baru mula digunakan pada tahun 1790.[3] Ketika terjadi Revolusi Perancis pada tahun 1797, para biarawan diusir daripada biara mereka namun keju ini masih tetap dihasilkan.[3]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- 1 2 Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama "Lexicon of Cheese" - 1 2 3 (Inggeris) Harbutt, Juliet (2006). The World Encyclopedia of Cheese. Anness Publishing Ltd. ISBN 978-1-84309-960-4.
- 1 2 3 4 5 6 7 8 (Inggeris) History, Tete de Moine. Diakses pada 11 Mei 2010.
