Tā moko
Tā moko merupakan cacahan kekal yang dipakai pada muka dan badan dalam kalangan orang Māori, iaitu masyarakat peribumi New Zealand. Cacahan begini (disebut moko) dilihat sebagai penanda penting seseorang memasuki alam kedewasaan yang turut disertakan upacara tertentu; di mana ia bertindak sebagai tanda pangkat seseorang dalam sesebuah masyarakat serta juga sebagai bahan menarik perhatian untuk bakal pasangan.
Kaum lelaki biasanya dicacah sebegini pada muka, punggung (raperape) dan peha (puhoro), manakala kaum perempuan dicacah pada bibir (kauwae) dan dagu. Cacahan ini biasanya meninggalkan permukaan yang berbekas pada kulit setelah menggunakan pahat khas (uhi[1]). Walau bagaimanapun, kaedah bertatu moden kini turut digunakan untuk menampakkan kesan yang sama pada anggota badan yang diingini.
Peralatan digunakan
[sunting | sunting sumber]Para pencacah (tohunga-tā-moko ) membuat tanda pada badan pemakai menggunakan pahat khas (uhi ) berbilah tulang burung camar yang dipukul menggunakan tukul.[2]
Warna cacahan diperbuat daripada bahan semulajadi yang tertentu: spesies kulat Ophiocordyceps sinensis (awheto) digunakan untuk warna badan manakala arang kayu (ngarehu ) digunakan untuk pewarna hitam. (Arang kayu pokok kauri - Agathis australis - bercampur dengan lemak haiwan turut digunakan.[3]) Bahan pewarna ini disimpan dalam bekas khas (oko ) yang sering ditanam untuk disimpan sekiranya tidak digunakan; bahan pewarna ini diwarisi dalam keluarga pencacah selama turun-temurun.
Sejenis corong khas (kōrere) digunakan untuk menyuap makanan kepada pemakai moko saat mulut mereka membengkak setelah pencacahan dibuat.[4]
Pencacahan sering dilakukan oleh kaum lelaki namun terdapat juga segolongan wanita yang melibatkan diri sewaktu awal abad ke-20. Pekerjaan ini dianggap sebagai suatu perkara yang tapu yakni sangat suci serta banyak pantang larangnya.[5] Pemakaian moko secara sewenang-wenangnya oleh orang bukan Māori turut dilarang[6][7][8] memandangkan ia banyak memerlukan izin tertentu serta pemahaman sejarah dan salasilah keluarga Māori yang mendalam.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Fig. 46.—Uhi, or chisels in the British Museum (actual size). Presented by Sir George Grey, K. C. B., &c". Dicapai pada 28 Ogos 2015.
- ^ Best, Eldson (1904). "The Uhi-Maori, or Native Tattooing Instruments". The Journal of the Polynesian Society. 13 (3): 166–72.
- ^ "Kauri gum". Te Ara: The Encyclopedia of New Zealand. Dicapai pada 28 Ogos 2015.
- ^ "Korere - Tasman District". Landcare Research - Manaaki Whenua. Dicapai pada 21 March 2014.
- ^ "The Māori - The Tattoo (Ta Moko)".
- ^ "Moko". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-01. Dicapai pada 2019-01-18.
- ^ "Kirituhi - Moko Inspired".
- ^ "Why Most People Shouldn't Get Ta Moko Maori Tattoos". About.com Style. Dicapai pada 3 Mei 2017.
Sumber utama
[sunting | sunting sumber]- Nikora, L. W., Rua, M., and Te Awekotuku, Ng., "Wearing Moko: Māori Facial Marking in Today's World", in Thomas, N., Cole, A., and Douglas, B. (eds.), Tattoo. Bodies, Art and Exchange in the Pacific and the West, London: Reacktion Books, pp. 191–204.
- Robley, Maj-Gen H. G., (1896). Moko, or Maori Tattooing.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Tā moko |
- Sumber dan imej berkaitan moko daripada koleksi Muzium Negara New Zealand/Te Papa Tongarewa
- New Zealand Electronic Text Centre collection on Ta Moko, mokamokai, Horatio Robley and his art. A bibliography provides further links to other online resources.
- The rise of the Maori tribal tattoo, BBC News Magazine, 21 September 2012, Ngahuia Te Awekotuku, Universiti Waikato, New Zealand