TAI TFX

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
TAI TFX
Peranan Pesawat penguasaan udara halimunan[1]
Negara pengeluar Turki
Pengeluar Industri Aeroangkasa Turki
Diperkenalkan 2025 (rancangan)[petikan diperlukan]
Status Fasa rekabentuk terperinci awal[petikan diperlukan]
Jumlah dibina 250+ (dirancang)[petikan diperlukan]
Kos program AS$25 bilion[petikan diperlukan]
Kos seunit AS$100-110 juta[petikan diperlukan]

TAI TFX adalah sebuah pesawat penguasaan udara generasi ke-5 berenjin kembar[2] yang kini dibangunkan [3][4][5] oleh Industri Aeroangkasa Turki (TAI) dengan bantuan teknologi daripada BAE Systems, United Kingdom. Pesawat ini diwar-warkan akan mengantikan armada pesawat F-16 yang digunakan oleh Tentera Udara Turki dan juga akan ditawarkan kepada negara-negara luar. Projek ini merupakan sebahagian daripada projek berprofil tinggi di Turki.[6][7][8][9][10][11][12][13]

Fasa pembangunan[sunting | sunting sumber]

Pada 15 Disember 2010, Jawatankuasa Eksekutif Industri Pertahanan Turki telah memutuskan untuk mereka, membangun, dan mengeluarkan sebuah pesawat tempur udara ke udara generasi baru secara lokal yang mana akan mengantikan pesawat pejuang F-16 dan akan digunakan bersama-sama dengan pesawat F-35.[14] Dana berjumlah AS$20 juta telah diperuntukan untuk fasa rekabentuk konsep awal selama 2 tahun yang akan dilakukan oleh TAI.[15] Para pegawai TAI mengatakan bahawa fasa rekabentuk konsep akan siap pada akhir tahun 2013, dan laporan akan disediakan untuk kelulusan Perdana Menteri bagi tujuan dana fasa pembangunan dan rangka kerja.

TAI dan Industri Enjin TUSAŞ (TEI) akan mengetuai rekabentuk, proses awal dan pembangunan pesawat ini. TEI akan memfokuskan pada pengeluaran enjin pesawat, sementara TAI akan membangunkan kerangka pesawat dan komponen-komponen lain. Kajian akan mendedahkan anggaran kos pesawat, sistem-sistem mekanik dan elektronik yang akan digunakan termasuk perspektif yang lebih luas akan peluang dan cabaran di dalam penerbangan tentera.[16]

Kerjasama dengan Saab AB[sunting | sunting sumber]

Semasa lawatan negara oleh Presiden Turki, Abdullah Gül ke Sweden pada 13 Mac, 2013, pihak Industri Aeroangkasa Turki (TAI) telah menandatangani perjanjian dengan firma Saab AB Sweden, yang mana menetapkan:[7][8][17][18]

Pada 8 Januari 2015, Perdana Menteri Turki Ahmet Davutoğlu mengumumkan bahawa program TFX akan menggunakan pelantar asli buatan Turki sepenuhnya tanpa bantuan kerjasama dengan Korea, Sweden, Brazil atau Indonesia.[petikan diperlukan]

Bantuan teknologi daripada BAE Systems[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Disember 2015, Setiausaha Rendah Industri Pertahanan Turki telah mengumumkan bahawa ia telah memilih BAE Systems dari United Kingdom bagi membantu rekabentuk pesawat penguasaan udara generasi baru negara. Pada hari yang sama Rolls-Royce telah menawarkan kepada Turki perpindahan teknologi EJ200 dan pembangunan bersama enjin terbitan untuk kegunaan program TFX.[19]

Tentera Udara Turki ingin memperoleh sekurang-kurangnya 250+ buah TFX bermula pada tahun 2025 dan menyepadukan ia ke dalam struktur rangkaian berpusat yang digunakan oleh tentera udara termasuk F-35, F-16 Block 50+, pesawat tempur tanpa pemandu masa depan, Penyerak Stand-Off dan Boeing 737 AEW&C Peace Eagle.[petikan diperlukan] Turki merancang untuk menggunakan TFX bermula pada 2025, dan digunakan bersama-sama dengan F-35A. TFX akan mengimbangi kekurangan F-35 di dalam pertempuran udara-ke-udara. Kebenaran untuk memulakan fasa pertama pembangunan pesawat ini secara rasmi dijangka pada akhir tahun 2014.[20]

Tender[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Mac 2015, Setiausaha Rendah Industri Pertahanan Turki secara rasminya mengeluarkan Permohonan Mendapatkan Maklumat kepada syarikat-syarikat Turki yang mempunyai keupayaan "bagi melakukan rekabentuk, pembangunan dan aktiviti pengeluaran dalam negara bagi program pesawat pejuang Turki bagi memenuhi keperluan pesawat pejuang generasi bagu untuk Angkatan Tentera Turki" yang mana memberi isyarat program ini bermula dengan rasmi.[21]

Rekabentuk[sunting | sunting sumber]

Kerangka[sunting | sunting sumber]

Hüseyin Yağcı, Ketua Jurutera bagi program TFX di TAI telah menyatakan bahawa kesemua tiga kertas cadangan rekabentuk konsep setakat ini memaparkan rekabentuk ketumpatan rendah radar bagi keratan rentas pesawat, ruang senjata dalaman dan keupayaan untuk superkrus; yang jelasnya sebahagian daripada ciri-ciri jet pejuang generasi ke-5.[3]

Kemudahan fiuslaj Komposit Karbon Termaju milik TAI, yang mana telah dirasmikan untuk mengeluarkan fiuslaj dalam program pesawat F-35[22][23], telah ditugaskan untuk membangunkan fiuslaj Komposit Karbon Termaju untuk TFX. Setiausaha Rendah Industri Pertahanan Turki juga telah mengeluarkan satu tender untuk membangunkan komposit carbon thermoplastik yang lebih ringan untuk kegunaan fiuslaj TFX.[24]

Radar dan penderia[sunting | sunting sumber]

ASELSAN kini sedang membangunkan sebuah radar jujukan imbasan elektronik aktif termaju yang akan menggunakan teknologi gallium nitride (GaN) dalam program TFX.[25]

Avionik dan kelengkapan[sunting | sunting sumber]

TFX akan diintegrasi dari dalam kokpit bagi menemani pesawat udara tanpa pemandu (UAV) (kemungkinan besar TAI Anka) melalui hungungan rangkaian data encrypted.[26]

TFX mungkin akan menggunakan penerima amaran radar versi ditingkat upaya yang dibangunkan oleh Aselsan, sistem amaran peluru berpandu, sistem amaran laser, sistem pembebasan dan pengurusan penyerak dan suar, dan sistem penyesak berasaskan memori frekuensi radio digital; yang dahulunya dibangunkan oleh Aselan [27] [28]

Pendorongan[sunting | sunting sumber]

Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoğlu telah mengumumkan pada 8 Januari, 2015, bahawa pesawat TFX merupakan sebuah pesawat pejuang berenjin kembar.[2] Setiausaha Rendah Industri Pertahanan Turki, sebuah agensi perolehan untuk Angkatan Tentera Turki, telah menulis Surat Niat kepada tiga syarikat pengeluar enjin: General Electric, Pratt & Whitney dan EUROJET Turbo.

Pada 20 Januari 2015, firma Aselsan dari Turki telah mengumumkan bahawa ia telah membuat memorandum persefahaman dengan Eurojet, pengeluar enjin EJ200 yang digunakan pada pesawat Eurofighter Typhoon.[29] Pengumuman ini juga menyatakan bahawa terbitan enjin EJ200 akan digunakan dalam program TFX.[30][31][32][33] Dua syarikat ini secara bersama juga akan membangunkan sistem perisian kawalan enjin dan sistem pengawasan penyelenggaraan enjin.[33] Pemilihan enjin EJ200 membuktikan niat TAI untuk menggunakan keupayaan superkrus.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Milli ucak cift motorlu olacak (dalam bahasa Turki), TR: Kokpit .
  2. ^ a b "Turkey advances TFX fighter project, orders new rifles, more F-35s, CH-47s", Jane’s .
  3. ^ a b "IDEF 2013: TAI reveals fifth generation fighter designs". Jane's Defence Weekly. IHS. 8 May 2013. 
  4. ^ "Pic of the day: Turkey's plans to join the stealth fighter club". Killer apps. Foreign Policy Group. 9 May 2013. 
  5. ^ "Turkey's Future Fifth Gen Fighter Fleet". Aviation week. Penton. 10 May 2013. 
  6. ^ "BAE chosen to assist with Turkey's TFX fighter project". Flightglobal.com. Dicapai 8 January 2016. 
  7. ^ a b "Turkey to Replace F-16s With Local Jets". Hürriyet daily news. TR: Hürriyet Gazetecilik ve Matbaacılık. 29 March 2013. 
  8. ^ a b "Bets open on Turkey's first fighter aircraft". Hürriyet daily news. Hürriyet Gazetecilik ve Matbaacılık. 20 March 2013. 
  9. ^ "Jet Trainer and Fighter Aircraft Conceptual Design Project". Turkish Aerospace Industries. 11 April 2013. 
  10. ^ "Turkey holding rival talks on aircraft with Koreans, Swedes". Hürriyet daily news. TR: Hürriyet Gazetecilik ve Matbaacılık. 22 August 2011. 
  11. ^ "Turkey – Jet Trainer Aircraft (T-X) and Fighter Aircraft". Global Security. 11 April 2013. 
  12. ^ "Dubai: TAI launches study on Turkish-built next generation fighter". Flight global. Reed Business Information. 11 April 2013. 
  13. ^ http://www.ibtimes.com/turkey-boost-military-defense-spending-59b-amid-soaring-regional-threats-2333898
  14. ^ "Turkey ready to produce first national fighter jet". Today’s zaman. TR: Feza Gazetecilik. 15 June 2011. 
  15. ^ "Jet Trainer Aircraft and Fighter Aircraft Conceptual Design Project". TR: SSM. 11 April 2013. 
  16. ^ "Deal for production of first Turkish fighter jet signed". Today’s zaman. TR: Feza Gazetecilik. 23 August 2011. 
  17. ^ "Yerli uçak için çok önemli adım". Hürriyet (dalam bahasa Turkish). TR: Hürriyet Gazetecilik ve Matbaacılık. 20 March 2013. 
  18. ^ "Türkiye Saab ile Masaya Oturdu". Dunya (dalam bahasa Turki). TR: Dünya Süper Veb Ofset. 7 February 2013. 
  19. ^ "Rolls-Royce Offers Engine for Turkish-Made Fighter Jet". Defense News. 6 December 2015. Dicapai 8 January 2016. 
  20. ^ Turkey; SSM envisages dual first line fighter fleet by 2023 - Dmilt.com, 18 June 2014
  21. ^ http://www.ssm.gov.tr/anasayfa/hizli/duyurular/projeDuyurulari/Documents/TF-X_Program_RFI.docx
  22. ^ Turkish Aerospace Industries, Inc. "Composite". Turkish Aerospace Industries, Inc. Dicapai 8 January 2016. 
  23. ^ "The composites industry in Turkey". Materials Today. 3 November 2009. Dicapai 8 January 2016. 
  24. ^ "A. Havacılıkta Kullanılan Karbon Elyaf Takviyeli Termoplastik Reçineli Prepreg Geliştirilmesi Projesi (KOZA)". Dicapai 8 January 2016. 
  25. ^ "Future Turkish Fighter Concepts Revealed at IDEF 13". ainonline.com. 17 May 2013. 
  26. ^ "TAI TFX / F-X Experimental Fifth Generation Fighter Concept". Military Factory, militaryfactory.com. 18 June 2013. 
  27. ^ "Could Aselsan provide EW/ECM gear for the JF-17?". quwa, quwa.org. 11 May 2016. 
  28. ^ "Helicopter Electronic Warfare System (HEWS)". Aselsan, aselsan.com.tr. 11 May 2016. 
  29. ^ "ASELSAN Signs MoU with EUROJET". Dicapai 8 January 2016. 
  30. ^ http://www.brahmand.com/news/Turkeys-ASELSAN-inks-deal-with-Eurojet-for-EJ200-engine/13417/1/13.html
  31. ^ "Aselsan, Eurojet sign MoU". Dicapai 8 January 2016. 
  32. ^ "ASELSAN ve EUROJET arasında İşbirliği". Dicapai 8 January 2016. 
  33. ^ a b "Aselsan signs cooperation deal with Eurojet - BUSINESS". Dicapai 8 January 2016. 

Templat:TAI aircraft

Pautan luar[sunting | sunting sumber]