TEPCES

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Terengganu Premier Chukai Excellent School (TEPCES) merupakan sebuah sekolah perdana di Chukai, Kemaman, Terengganu.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Nama sebenar TEPCES ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Kemaman. Sekolah ini ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Tanah Melayu untuk memberikan pendidikan menengah dalam pengantar bahasa Melayu, sebagai mana Penyata Razak 1956 mencadangkan penubuhan 2 jenis sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan.

Dalam 2 tahun selepas Penyata Rahman Talib diwartakan, menjelang tahun 1963-tertubuhlah sebuah sekolah berbahasa pengantar Melayu diberi nama Sekolah Menengah Kebangsaan Kemaman (SMKK). Seramai 35 orang pelajar telah memulakan pengajian di tingkatan 1 dengan menumpang di Sultan Ismail Secondary School, sebuah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan.

Orang yang diberi tanggungjawab sebagai Guru Besar Sekolah Menengah Kebangsaan Kemaman yang pertama ialah En.Ahmad B.Hassan, lepasan Maktab Perguruan Brinsford Lodge, England selepas bertugas di Sekolah Lanjutan Kemaman (1962-1964). Beliau berkhidmat di sekolah ini dari tahun 1965 hingga 1967 sebelum bertukar ke tempat kelahiran beliau di Negeri Sembilan pada tahun 1968.

Murid-murid ini telah diletakkan di bawah pentadbiran seorang Penyelia Kelas Lanjutan di Sultan Ismail Secondary School, Kemaman iaitu Puan Maurine Chaye dan En. Ahmad Hassan sebagai penolongnya.

Pada 1 Januari 1965, pelajar-pelajar SMKK telah berpindah ke bangunan sendiri sebagai mana yang ada sekarang. Sebanyak 7 kelas telah memulakan persekolahan di bangunan sendiri dengan pelajar seramai 276 orang. Pada tahun ini juga, pelajar-pelajar sulong SMKK menduduki Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 1967.

SMKK telah dirasmikan pembukaannya oleh Yang Berhormat Encik Mohamed Khir Johari, Menteri Pelajaran Malaysia pada 25 hb Mei 1967. Pada tahun 1973, Sekolah Menengah Kebangsaan Kemaman telah ditukar namanya kepada Sekolah Menengah Chukai. Pertukaran ini berlaku kerana singkatan nama SMKK sama dengan singkatan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Kemasik yang terletak di daerah yang sama.

Pertambahan bilangan pelajar telah meningkat setiap tahun menyebabkan bangunan yang sedia ada tidak mencukupi. Pada tahun 1966, bangunan blok B yang lengkap dengan 2 buah makmal serta 2 buah bilik Ekonomi Rumah Tangga di samping 13 buah bilik darjah telah dibina. Ini diikuti dengan pembinaan blok C yang lengkap dengan 5 buah makmal serta 2 buah bilik Ekonomi Rumah Tangga. 3 buah bangunan blok kayu pula telah didirikan pada tahun 1987 dan 1989 di bawah Projek Kilat, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. Pada tahun 1990, bangunan KBSM 3 tingkat telah dibina dan digunakan sepenuhnya pada bulan Januari 1991 bertujuan menampung bilangan pelajar yang hampir mencecah ke angka 2000 orang.

Sekolah ini ditubuhkan pada asalnya sebagai sekolah aneka jurusan, kini telah berkembang menjadi sebuah sekolah kebangsaan dengan pelbagai aliran. Aliran Sains Tulen mula diperkenalkan pada akhir tahun 1970-an. Ini diikuti dengan pembukaan kelas Bahasa Arab bagi pelajar tingkatan satu pada tahun 1988. Pada tahun yang sama, sekolah ini mencatat sejarah apabila 2 kelas Tingkatan 6 Rendah Sastera dibuka bagi menampung lulusan SPM dari daerah ini yang sebelumnya hanya berpeluang melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 Sastera di Sekolah Menengah Sultan Ismail, Kemaman. Sekolah ini juga membuka 1 kelas Bahasa Inggeris 1119 bagi pelajar tingkatan 1 pada tahun 1993/1994.

Pada tahun 2005, TEPCES telah menjadi Sekolah Premier Terengganu di daerah Kemaman dan pelajar-pelajar premier pertama menduduki peperiksaan PMR pada tahun 2007. Seramai 51 orang pelajar berjaya mendapat Straight A dalam PMR itu. TEPCES berjaya menduduki tangga ke-8 sebagai sekolah yang cemerlang dalam PMR 2007 di negeri Terengganu.Dan pada tahun 2008,pelajar premier kedua melakar kejayaan dengan percapaian 64 orang pelajar berjaya mendapat Straight A dalam PMR 2008.

Pada tahun 2013, TEPCES telah mendapat penganugerahan Sekolah Kluster Kecemerlangan di bawah pimpinan pengetua pada tahun tersebut.

Nama sekolah[sunting | sunting sumber]

  • 25 MEI 1967 - SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KEMAMAN (SMKK) telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Encik Mohamed Khir Johari Menteri Pelajaran.
  • Tahun 1975 - SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KEMAMAN telah ditukar namanya kepada SEKOLAH MENENGAH CHUKAI, KEMAMAN (SMC).
  • Tahun 1997 - selaras dengan penyeragaman taraf sekolah menengah di Malaysia SMC telah ditambah dengan perkataan KEBANGSAAN menjadi SMKC.
  • Tahun 2005 - SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHUKAI, KEMAMAN telah menjadi sekolah PREMIER TERENGGANU dan nama PREMIER CHUKAI digunakan selain SMKC.
  • Tahun 2008 - SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHUKAI ataupun PREMIER CHUKAI mula memakai nama TEPCES yang menjadi singkatan kepada Terengganu Premier Chukai Excellent School.
  • Tahun 2013 - SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHUKAI telah dianugerahkan dengan anugerah SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

Lencana sekolah[sunting | sunting sumber]

Logo SMKC

Logo TEPCES merupakan hasil ciptaan En.Ahmad B. Hassan yang merupakan pengetua pertama SMK Chukai. Lencana yang berbentuk perisai ini mempunyai simbol-simbol seperti buku dan obor yang berlatarbelakangkan warna hijau.

Maksud yang tersirat dengan bentuk dan simbol-simbol ini ialah:

  • PERISAI - Kekuatan dan ketahanan
  • BUKU - Pencapaian akademik
  • OBOR - Pencapaian kokurikulum
  • WARNA LATAR - warna sekolah

Selain simbol-simbol berkenaan, tulisan-tulisan yang tertera di atasnya ialah SMKC iaitu singkatan Sekolah Menengah Kebangsaan Chukai. Tulisan ini terletak di bahagian tengah lencana. Selain itu, terdapat perkataan KEMAMAN iaitu daerah terletaknya sekolah SMK Chukai. Sementara cogan kata BERUSAHA UNTUK BERJAYA terpahat di bahagian bawah lencana ini.

Falsafah sekolah[sunting | sunting sumber]

Kami para pendidik di Sekolah Menengah Kebangsaan Chukai, Kemaman mempunyai keupayaan dan kebolehan untuk memberi pendidikan yang sempurna dan bermutu dalam usaha memperkembangkan daya intelek dan sahsiah bagi melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu, berdikari dan beramal dengan cara hidup yang unggul sebagai mana yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Teras perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

  • Berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan
  • Bekerja dengan penuh tanggungjawab
  • Berusaha mengikis sikap mementingkan diri
  • Berkhidmat dengan penuh muhibbah dan kemesraan
  • Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara
  • Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara

Misi sekolah[sunting | sunting sumber]

Membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti

Visi sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah unggul penjana generasi gemilang

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]

No. Pengetua sekolah Mula berkhidmat Akhir khidmat
1. Ahmad bin Hassan 10 Januari 1965 31 Desember 1967
2. Amat Juhari bin Mo'ain 1 Februari 1968 30 September 1968
3. Haji Ahmad bin Mahmud 1 Oktober 1968 30 Julai 1968
4. Ahmad Tajuddin bin Osman 1 Ogos 1968 31 Desember 1972
5. Hussain bin Salleh 3 Januari 1973 31 Desember 1979
6. Haji Hashim bin Embong 1 Januari 1980 31 Desember 1983
7. Che Daud @ Zakaria bin Yacob 1 Februari 1983 31 Julai 1988
8. Khadijah binti Ab Rahman 1 Ogos 1988 30 November 1991
9. Abdul Jalil bin Abdul Hamid 1 Desember 1991 26 Februari 1992
10. Haji Mahamud bin Omar 1 Mac 1992 16 Oktober 1992
11. Haji Abd Razak bin Ramli 16 Oktober 1992 18 Oktober 1994
12. Haji Mohd Zainuddin bin Mahmood 1 Februari 1995 1 November 1995
13. Haji Mahmood bin Mamat 1 Mac 1996 15 Mac 1997
14. Haji Mokhtar @ Mukhtar bin Mohd 16 Mac 1997 30 April 1998
15. Haji Ngah @ Ngah Nasir bin Hassan 1 Mei 1998 31 Mei 2001
16. Ramli bin Zainal, AMN, PJK 1 Jun 2001 30 Jun 2006
17. Hajjah Rabiah binti Abd Samat 1 Julai 2006 15 Julai 2011
18. Che Ku Maznah binti Che Ku Endut 1 Ogos 2011 15 Julai 2016
19 Hajjah Roeaidah binti Mat Yusoff 1 Ogos 2016 15 Mac 2018
20. YM Tengku shahrir bin Tengku Dahlan 08 April 2018 kini