TMS 4530

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

TMS 4530 atau juga dikenali sebagai Albatros merupakan sistem amaran torpedo lengkap jarak jauh.

Gambaran[sunting | sunting sumber]

Sistem amaran torpedo Albatros merupakan sistem sonar bermodul yang maju yang direka khusus bagi pengesanan dan pengelasan torpedo jarak jauh.

Ia termasuk fungsi pengawasan torpedo kekal, panoramik dan automatik sepenuhnya yang memberikan maklumat pra-amaran. Ini memberi amaran pada pengendali mengenai ancaman, membenarkan dia memulakan dan mengawal fasa pengelasan akhir dilakukan pada arah yang diberikan oleh pra-amaran.

Fungsi pra-amaran dicapai melalui penggunaan pilihan pancaran panoramik tahap rendah, Sycat, dan tahap pengelasan tahap serdahana yang menyaring isyarat torpedo sebenar dari amaran palsu. Algorithm neural Sycat telah direka bagi memberikan penilaian pantas bagi pengelasan torpedo/bukan-torpedo, dengan perhatian khusus diberikan pada kapal yang memancarkan garis spektral frekuensi tinggi. Sistem asas terdiri dari:

a. jujukan ditunda khas pendek.
b. sistem pengendalian dan tundaan jenis Angler bersaiz kecil.
c. kabinet pemprosesan
d. paparan.

Ciri-ciri utama sistem ini adalah:

a. litupan azimuth yang luas
b. pengawasan kekal
c. pra-amaran automatik
d. memberi amaran tanpa kekaburan kiri/kanan (port/starboard) kapal
e. pengelasan dan keputusan terakhir di bawah kawalan pengendali

Albatros membentuk sebahagian dari sistem penangkis anti-torpedo bersepadu Sea Defender yang baru.

Status operasi[sunting | sunting sumber]

Pembangunan tamat.

Kontraktor[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]