TQ Kapten!

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
TQ Kapten!
Umum
PengarangQash Irdina
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreRomantik
Penerbitan
PenerbitLove Novel
Tarikh penerbitan
2018
Jenis media
Cetakan (kulit keras)
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789672185154

TQ Kapten! ialah novel 2018 oleh penulis novel Malaysia, Qash Irdina, dikeluarkan pada 2018 oleh Love Novel.[1] Novel ini telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama bertajuk TQ Captain pada 2019.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mikayla Mirza atau Double M, si cantik jelita yang workaholic, aktif dan terkenal kerana kelincahan dan kepetahannya di hadapan kamera. Misinya menjadi kaya dan terkenal seperti Oprah Winfrey. Namun, realiti itu tidak seindah Instagram. Kerjanya bertimbun-timbun sehinggakan ibunya sering memetir di hujung talian memintanya agar selalu pulang ke kampung halamannya di Cameron Highlands. Insiden pertama dan memalukan menemukan dia dengan Kapten Dihya’, mat perang kacak bergaya di RnR. Tidak cukup dengan insiden itu, mat perang itu juga menjadi hero menyelamatkannya. Cerita masam manis Mikayla dan Kapten Dihya’ berlarutan hingga ke Sungai Palas, Cameron Highlands. Semanis-manis aiskrim strawberi, manis lagi memori sewaktu mereka berdua sepanjang di kampung halaman Mikayla.

“Kerja nombor satu. Awak nombor dua.”- Kapten Dihya. Amboi, padu betul ayat dia!. “Lupakan saja. Selagi kerja awak nombor satu.”- Mikayla

Ayat orang tak nak kalah. Mikayla menjunjung ego. Kapten Dihya’ angkat kaki. Masa itu, baru kenal erti rindu. Oleh kerana bumi ini bentuknya sfera, mereka asyik sahaja bertemu. Bercakar belum lagi, cuma bertikam lidah. Sekejap sayang, esok membenci. Tapi bila rindu, seorang asyik tengok WhatsApp sambil menangis tak berlagu, seorang lagi tiup seruling lagu Kamelia. Masuk angin keluar asap!

“Don’t you dare challenge me, Dihya’. Just because that I confessed my own feelings towards you lately, you buat I rasa macam perempuan murah. Go to hell with your pride and concern.” – Mikayla

“Pasal Mikayla, aku memang sayang kat dia. Cuma perasaan sayang ni aku serahkan kepada Allah. Apa yang kita sayang, biar Allah yang jaga.”- Kapten Dihya’

Ada rahsia yang perlu dibongkar. Kerana selagi itu, cinta antara Mikayla dan Kapten Dihya’ tidak akan bersatu sampai bila-bila. Tapi, siapakah yang akan membongkarkan rahsia itu? Bersatukah dua jiwa itu akhirnya?

Adaptasi drama[sunting | sunting sumber]

TQ Kapten! telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama bertajuk TQ Captain yang memmulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama Astro Ria bermula 9 Disember 2019, dibintangi oleh Hisyam Hamid dan Mawar Rashid.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ TQ Kapten! by Aash Irdina Goodreads. Dicapai pada 22 Mac 2020.