TRAX (rel ringan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Transit Express (TRAX)
Rel ringan Pihak Berkuasa Transit Utah
Umum
PemilikPihak Berkuasa Transit Utah (UTA)
Kawasan perkhidmatan
Lembah Salt Lake
LokasiWilayah Salt Lake, Utah, A.S.
Jenis transit
Rel ringan
Jumlah laluan/aliran
3
Jumlah stesen
50
Bil. penumpang harian
67,300[A 1]
Bil. penumpang tahunan
19,704,300[A 1]
Ibu pejabat
3600 South 700 West South Salt Lake, Utah 84119-4122[1]
Laman sesawang
rideuta.com
Operasi
Mula beroperasi
4 Disember 1999
PengendaliUTA
Jumlah kenderaan
146 (total)[2]
Teknikal
Panjang sistem
44.8 bt (72.1 km)[5]
Tolok landasan
4 kaki 8 12 in (1,435 mm) tolok piawai
Pengelektrikan750 V AT, Talian atas
Peta sistem


Sebuah peta keseluruhan sistem rel Pihak Berkuasa Transit Utah pada bulan Ogos 2013

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Transit Express, atau TRAX, adalah sistem rel ringan di Lembah Salt Lake, Utah, Amerika Syarikat, yang berkhidmat di Bandar Raya Salt Lake dan subbandarrnya di seluruh Wilayah Salt Lake. Nama rasminya Transit Express [6] jarang digunakan. Sistem ini dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Transit Utah (UTA). Semua kereta api TRAX adalah berkuasa elektrik, menerima kuasa daripada talian atas.[7]

TRAX mempunyai 50 stesen di tiga laluan. Laluan Biru menyediakan perkhidmatan dari Pusat Bandar Raya Salt Lake ke Draper . Laluan Merah menyediakan perkhidmatan dari Universiti Utah ke Komuniti Daybreak Jordan Selatan . Laluan Hijau menyediakan perkhidmatan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bandar Raya Salt Lake ke Bandar West Valley .

Semua stesen dan kereta api, trem dan hentian trem, dan semua laluan bas tetap TRAX dan FrontRunner UTA mematuhi Akta Orang Kurang Upaya Amerika (ADA) maka boleh diakses oleh mereka yang kurang upaya.[8] Papan tanda di stesen, di platform penumpang, dan di kereta api dan trem jelas menunjukkan pilihan kebolehcapaian. Tanjakan di platform penumpang dan bantuan daripada pemandu kereta api mungkin diperlukan untuk penaikan kerusi roda di kereta api Laluan Biru. Tanjakan-tanjakan ini tidak digunakan di laluan Merah atau Hijau. Selaras dengan Akta Udara Bersih Utah dan Ordinan UTA, "merokok adalah dilarang dalam kenderaan UTA serta hentian bas UTA, stesen TRAX, dan stesen FrontRunner".[9]

Operasi[sunting | sunting sumber]

Ciri-ciri perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

TRAX beroperasi tujuh hari seminggu, kecuali beberapa hari cuti. Operasi Isnin hingga Jumaat bermula kira-kira pukul 4:30 pagi hingga 11:30 malam dengan kekerapan lima belas minit di setiap laluan sepanjang waktu operasi. Operasi hujung minggu bermula kira-kira 5:00 pagi hingga hampir tengah malam dengan kekerapan dua puluh minit.[10]

Laluan dan stesen[sunting | sunting sumber]

Laluan TRAX
Laluan Dibuka
(sambungan)
Stesen Panjang Terminal
Laluan Biru
Laluan UTA 701
1999
(2008, 2013)
24 19.3 batu (31.1 km)[5] Pusat Bandar Raya Salt LakeDraper
(Salt Lake CentralDraper Town Center)
Laluan Merah
Laluan UTA 703
2001
(2003, 2011)
25 23.7 batu (38.1 km)[5] Universiti Utah (Bandar Raya Salt Lake) – Daybreak (South Jordan)
(University Medical CenterDaybreak Parkway)
Laluan Hijau
UTA Route 704
2011
(2013)
18 15.01 batu (24.16 km) [5] Lapangan Terbang Antarabangsa Bandar Raya Salt LakeBandar West Valley
(AirportWest Valley Central)

Juga lihat[sunting | sunting sumber]

References[sunting | sunting sumber]

Umum[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Customer Service Locations" [Lokasi-lokasi Khidmat Pelanggan]. Pihak Berkuasa Pengangkutan Utah. Dicapai pada 6 Mac 2013.
  2. ^ "About UTA". rideuta.com. Pihak Berkuasa Pengangkutan Utah. Dicapai pada 6 Ogos 2014.
  3. ^ a b c "UTA Fleet: Trax and FrontRunner" [Armada UTA: Trax dan FrontRunner] (PDF). rideuta.com (dalam bahasa Inggeris). Pihak Berkuasa Pengangkutan Utah. Ogos 2008. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 15 Februari 2012. Dicapai pada 11 Februari 2012.
  4. ^ "Siemens announces biggest US light rail order" [Siemens mengumumkan pesanan rel ringan AS terbesar]. Railway Gazette International (dalam bahasa Inggeris). 15 Mei 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Jun 2011. Dicapai pada 16 Mei 2008.
  5. ^ a b c d Pihak Berkuasa Pengangkutan Utah (dalam bahasa en) (PDF). FrontLines 2015 Project (Peta). Diarkib daripada asal pada 23 Jun 2013. https://web.archive.org/web/20130623092426/http://www.rideuta.com/uploads/FrontLines2015Map.pdf. Diperolehi 5 Mac 2013.
  6. ^ "UTA TRAX LightRail". Utah Rails. 6 Januari 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Mei 2009. Dicapai pada 19 Ogos 2007.
  7. ^ "UTA Announces FrontRunner Grand Opening Date!" (Siaran akhbar). Pihak Berkuasa Pengangkutan Utah. Dicapai pada 10 Januari 2013.
  8. ^ "Fixed Route Accessibility". rideuta.com. Pihak Berkuasa Pengangkutan Utah. Dicapai pada 13 Mac 2013.
  9. ^ "Rider Rules". rideuta.com. Pihak Berkuasa Pengangkutan Utah. Dicapai pada 12 Mac 2013.
  10. ^ "TRAX" (PDF). rideuta.com. Pihak Berkuasa Pengangkutan Utah. 8 Disember 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 25 November 2013. Dicapai pada 10 Februari 2014.

Statistik APTA[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Public Transportation Ridership Report Fourth Quarter 2015" [Laporan Jumlah Penumpang Pengangkutan Awam Suku Keempat 2015] (PDF). www.apta.com (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Pengangkutan Awam Amerika. 2 Mac 2016. m/s. 29. Dicapai pada 14 Julai 2016.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]